malam.
entah kenapa mommy rasa tak sedap badan.
macam pening ke mual sikit.
macam waktu awal mengandung dulu.
daddy kerja lewat pulak malam ni.
mommy ingat nak baring saja la dulu.
mulanya nak text daddy
tapi nanti daddy risau pulak.
tak apa la, mommy rehat saja la.
rupanya di pejabat - daddy pun sama.
tak sedap hati
sebab semua orang asyik tanya
bila bini nak bersalin?
sampaikan daddy ambil keputusan untuk balik lebih awal.
petanda
mommy cuba lelap mata.
tiba² terasa sesuatu.
tak tau macam mana nak terangkan
tapi macam gabus yang menyumbat botol ... terbuka.
tak tahu la memang ada bunyi sikit atau perasaan mommy saja.
tak sakit.
hmmmmm ... mungkin cuma perasaan mommy saja kot?
tapi andainya ada sesuatu, mommy pun tengok jam.
11.08 malam.
Selasa 26 April 2011.
ngam² minggu ke-38 kandungan.
... sambung tidur saja la.
tak lama lepas tu mommy terasa sesuatu pulak.
ada cecair keluar ...
serentak dengan tu mommy terdengar bunyi vespa ...
daddy dah balik!
... bersambung boleh tak?
:p
hahaha potong stim! :p
I love you :)
daddy baru saja parked motor.
mommy cepat² telefon daddy.
mommy cuma minta daddy naik atas
(rumah tingkat 2).
dengar suara macam daddy dah nak panik :p
sebab mommy tak mau beritahu apa²,
cuma minta naik atas saja.
mommy tak mau bangun bangun dulu.
takut darah kotorkan tilam.
dan mommy nak pastikan dulu apa yang keluar.
daddy dah sampai, mommy minta pasangkan lampu dan beri tisu.
mommy tengok yang keluar tu cecair tak berwarna
tapi ada darah sikit².
maknanya dah ada tanda la.
air kutuban pecah.
mommy beritahu pada daddy
akan bersalin atau kena bersalin dalam masa 24 jam.
daddy?
panik suruh bersiap untuk ke hospital!
:p
macam mana ni?
dari air sikit dah jadi air banyak.
mommy pun hairan macam mana banyak sangat air boleh ada.
rasa macam luar biasa banyak :p
sampai tak tahu macam mana nak bersiap
sebab air asyik keluar je!
silapnya SEMUA barang mommy dah pack dalam beg.
beg dalam kereta.
termasuk pad.
jadi mommy terpaksa minta daddy ambilkan beg dari dalam kereta
supaya mommy boleh ambil pad.
pad biasa saja yang selalu guna untuk menstrual.
biasa la daddy waktu tengah sibuk²
mesti tension²
marah² tanya kenapa bungkus semua sekali :p
(isteri abang jimat la, tak beli lebih²)
ada pad pun tak guna
air banyak sangat.
jadi mommy minta daddy bawa tuala dan surat khabar supaya dapat alas seat kereta.
cool babe
mommy cool saja masa ni.
lebih cool daripada daddy rasanya :p
sebab mommy tahu macam mana perjalanan proses bersalin tu
mungkin salah mommy tak share sama daddy :)
mommy mula sms mama Su & mama Mia
beritahu keadaan ketika tu
:)
masa tu daddy tak ada lesen kereta.
mommy drive ke hospital.
tak ada apa² yang pelik pun
sebab mommy tak sakit.
cuma air keluar mencurah².
dalam kereta air berhenti la sekejap sebab duduk rapat².
rahsia besar!
sebenarnya mommy ada satu rahsia
sampai di lampu isyarat dari Eastin Hotel nak masuk ke simpang seksyen 16 tu
mommy langgar lampu merah :p
nak cepat punya pasal.
siap kena hon lagi.
nasib baik tak ada apa² berlaku.
bahaya betul!
(moral of the story: patuhi undang² jalan raya demi keselamatan bersama!)
lapar!
sampai di PPUM mommy berhenti di depan bangunan utama
minta daddy turun belikan air coklat dan roti
sebab takut nanti lapar.
mulanya daddy nak settle check in dulu.
mommy pujuk, mungkin mommy tak dapat makan dah lepas ni kalau dah masuk dewan bersalin.
dengan berat hati daddy pun belikan.
semasa berhenti di situ, mommy sempat sms kawan²
ramai yang mendoakan.
cuma Atoy je yang reply 'Al Fatihah'
(dia memang selalu lain daripada yang lain kan?!
dah la wish masa mommy nikah 'Selamat pengantin baru, moga cepat dapat madu')
-________-
siap parking kereta, mommy dan daddy berjalan ke wad bersalin.
nasib baik dekat saja.
sepanjang perjalanan air keluar tak henti².
mommy rasa macam budak tadika yang wee wee dalam seluar :p
dah sampai hospital macam mana uh?
bersambung boleh?
:p
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment