damdiduuu

Friday, December 16, 2011

resepi senang: Chocolate Trifle Brown Attack



senang sangat nak buat chocolate trifle ni.
tak perlu bakar dalam oven
tak perlu kukus dalam periuk pengukus.
rasanya pun sedap.

ikut asalnya, 'trifle' ialah pemanis mulut yang 'berlapis'.
yang selalu dilapis²kan biasanya
- swiss roll atau kek gulung
- kastad
- campuran buah²an dalam tin
- hirisan buah, selalunya strawberi
- whipped cream
- agar²
- serta hiasan lain macam aiskrim, badam, buah ceri, dan macam² mak nenek lagi.

nak kasik cantik
selalu trifle dibuat dalam trifle bowl
iaitu bekas kaca lutsinar yang berkaki
baru nampak lapisan² yang berbeza.
bowl tu pulak selalunya tinggi
jadi banyak² lapisan boleh dibuat :)

sekarang kita nak buat seringkas mungkin
jadi kita kurangkan lapisan
dan buat tinggi macam kek biasa saja.

nak bagi tak nampak pelik
supaya orang lelaki suka makan
(motif utama: nak buat untuk birthday abang)
kita tak buat fruit trifle
jadi tak guna buah² dalam tin, tak guna agar².
sebaliknya kita buat chocolate trifle
yang ini tua muda miskin kaya semua suka
(apa ada kena mengena dengan pangkat darjat pulak nih!) :p

chocolate trifle dalam bekas kueh raya yang dimaksudkan


sukatan
resepi ni untuk bekas bulat lutsinar yang selalu orang guna untuk jual kueh masa bulan puasa.
boleh dapat 8 - 12 potong.
kalau buruk lantak sorang pun boleh habis.
nak bagi lagi sedap, kongsi la dengan tersayang :)

bahan²
lapisan 1: kek
kek gulung dah siap beli kat kedai
- guna setengah loaf saja

lapisan 2: rich chocolate pudding
2 sudu serbuk koko
1 sudu tepung kastad
2 sudu gula
1 setengah cawan susu coklat (yang lebihnya minum gitu je best!) :p
(nak sedap boleh guna secubit garam, sebiji telur ayam & sedikit esen vanila)

lapisan 3: kastad
2 sudu tepung kastad
2 sudu gula
1 tin susu cair
setengah cawan air kosong

lapisan 4: hiasan
ikut suka - boleh letak whipped cream, chocolate rice, buah ceri (jadi macam kek black forest)
nak letak patches Brown Attack pun boleh (sebab nama chocolate trifle Brown Attack).

comot tapi sedap!


cara membuat:

1) potong kek gulung dalam 1 cm tebal
susun pada dasar bekas.

2) bancuh rich chocolate pudding
2 sudu serbuk koko, 1 sudu tepung kastad, 2 sudu gula, 1 setengah cawan susu coklat campur dalam 1 bekas sama² sampai sekata.
gaul ni kena sabar dan ambil masa supaya semua jadi sebati, tak berketul dan semua larut
*boleh tambah secubit garam dan sedikit esen vanila, tapi tak letak pun tak pe

*nak buat boleh, nak tinggal pun tak pe
pukul sebiji telur ayam sampai kembang dalam bekas besar yang boleh muat bancuhan chocolate pudding

3) bancuh kastad
2 sudu tepung kastad, 2 sudu gula, 1 tin susu cair, setengah cawan air kosong sama juga masuk dalam 1 bekas yang lain dan gaul sampai sebati dan tak berketul.

4) masak rich chocolate pudding
masak bancuhan coklat dalam periuk atas api sederhana.
kacau selalu supaya tak lekat dan kepekatan sekata.
bila dah agak pekat, tutup api

*nak buat boleh, nak tinggal pun tak pe
nak bagi chocolate pudding lagi pekat
masukkan dalam bekas yang ada telur tadi dan kacau sebati

5) tuang lapisan 2
tuang coklat ke atas kek gulung yang dipotong tadi.
letak ngam² ikut lapisan cantik saja
jangan letak banyak² sangat, tak sedap.
coklat yang lebih boleh letak dalam bekas kecik yang lain

6) lapisan nipis kek gulung
potong senipis²nya kek gulung
letak atas permukaan coklat
supaya tak terbentuk lapisan coklat keras sebab kena angin.

7) masak kastad
sama macam coklat, masak kastad atas api sederhana
kacau selalu supaya tak lekat.
bila dah pekat, tuang ke atas lapisan nipis kek gulung tadi

kastad ni memang banyak lebih
jadi sediakan bekas kecik untuk buat miniature version of the trifle.
coklat & kastad lebih letak dalam bekas kecik tu.

trifle ni kena sejukkan dalam 2 jam baru sedap makan (beri pada raja)
jadi kalau tak sabar, boleh wallop je versi kecik tu untuk diri sendiri (bijak! bijak!)

sepotong chocolate trifle Brown Attack
baru potong nak beri pada raja!


tips

potong
selalunya trifle dihidangkan secara scoop
makan dengan sudu macam aiskrim
bukan untuk dipotong.
tapi kalau kita buat coklat dan kastad yang cukup pekat
serta tapak kek gulungnya cukup padat
maka kita boleh potong trifle macam kek untuk dihidang

blender
ada yang cadangkan chocolate pudding dan kastad boleh putar dalam blender sampai sebati.
senang jadi berkrim dan tak berketul
tapi kalau rasa leceh nak keluarkan blender dan kemudian bila dah siap kena cuci blender,
senang gaul guna sudu saja.
kata pun resepi senang :)

teknik telur
kalau nak guna telur untuk pekatkan coklat
masuk coklat dalam bekas yang ada telur
JANGAN masukkan telur dalam coklat panas
nanti telur putih jadi serat rambut putih!
kalau nak masukkan telur ke dalam coklat kena ubah suhu telur
dengan cara masukkan coklat sesenduk dalam telur, kacau
kemudian baru masukkan telur tu ke dalam coklat panas.
tak paham?
masuk coklat ke bekas telur.
BUKAN telur ke bekas coklat.
ada beza.
tak caya cuba :p

vanila
esen vanilla kalau tak letak pun tak apa
sebab wangi coklat dan kastad pun dah cukup menyelerakan :)

swiss roll
seboleh²nya guna kek gulung yang tak terlalu manis.
kalau kek manis sangat, kena adjust supaya coklat lebih pahit baru rasa dia balance.

jelly

boleh tambah lapisan agar² juga kalau suka
tapi pilih yang tak ada pewarna dan tidak terlalu manis.

nak mengelakkan 'muncung' trifle jatuh macam dalam gambar ni
potong dari tepi masuk ke tengah bulatan
baru nampak cantik.
yang reject² semua tukang masak boleh habiskan.
yay!
:D

tadaaaaaa!
selepas dihias
chocolate trifle Brown Attack
dengan sepenuh kasih sayang
:)


p/s: ala, ada rich chocolate pudding tu tak kan tak boleh letak nama Brown Attack?
kasik chance la!

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...