hahahaha
boleh cakap macam tu tak?
entah la
mommy rasa macam shopping di Pureen Warehouse Sale kali ini
macam gagal je.
bukan tak pergi.
pergi.
bukan tak beli barang.
beli.
cuma ....
mama Su holiday ke Langkawi.
mama Pi ada team building.
mama Mia baru habis pantang jaga Hilmiey.
cuma mommy, daddy & Alice ke sale kali ini.
macam biasa, orang ramai.
jalan sesak.
alhamdulillah dapat parking senang.
parking di bangunan berdekatan.
RM3 per entrance.
orang terlalu ramai.
mommy tak nampak langsung
kat mana tempat wet wipe.
nak beli socks pun tak jumpa.
terpaksa percepatkan semua urusan
sebab kita bawa Alice.
beli baju pun macam gagal
sebab target nak beli baju mix & match
baju RM4, seluar panjang RM1
sebab Alice pakai baju L
tapi seluar M.
mungkin tak ada rezeki kali ini
yang RM1 semua tinggal baju & seluar 'lubang²'.
yang RM4 dan set RM6 cuma tinggal baju² yang jenis materialnya kita boleh nampak - pakai sekali je berbulu.
set RM8 ngam² ada satu design tu saja
cuma ada variasi warna biru atau pink, lengan panjang atau pendek.
last² set RM12 sahaja yang banyak cantik².
harga biasa RM17.
rasanya bukan tak ada pilihan RM1,3,4,6 atau RM8 yang cantik²
cuma orang dah pilih
tapi baju yang tak jadi beli belum letak semula pada tempat jualan.
mungkin lain kali rezeki kita :)
mommy?
sebaik saja habis pilih baju,
daddy cakap pada mommy
"Pergi letak balik"
mommy selaku isteri solehah (heheheehhe!)
pergi la letak semula di rak jualan
semua baju yang mommy tak jadi beli
:)
yang besar 150s x 2 packs, RM18
yang kecik 30s x 2 packs, RM3
tak ada dalam gambar:
lampin Dry 5 Premium S48, RM24 mama Mia pesan 2 packs
:)
tu pun jumpa tepi jalan
kat tempat barang² yang orang dah tinggalkan.
wet wipe 100s x 2 packs, RM9
(selalu beli 80s x 2 packs dalam RM10)
daddy tanya kenapa tak ambil 2?
hmmm ... dah tak cukup tangan kot?
:p
memang ada design ni je yang tinggal!
cantik, suka mommy tengok
:)
long dress
pajamas lengan panjang
pajamas lengan pendek
(baru ingat mama Mia ada belikan Alice baju 1 piece macam ni
masih belum pakai lagi
sama saiz ni rasanya)
:)
ada bunyik 'pet pet pet' bila jalan
:p
thank you, daddy!
daddy la penyelamat kita!
:)
alhamdulillah
sebaik sahaja habis pilih barang
daddy beratur.
mommy bawa Alice ke depan bahagian tempat bayaran.
elok ada 1 kerusi kosong.
dapat la mommy duduk pangku Alice
dan layan Alice yang bosan, panas tapi masih bersemangat tengok itu ini
:)
untung juga senang bawa Alice :)
dia tak meragam
cuma bila Alice bosan
mula la dia jerit²
(Alice nyanyi² untuk hilangkan bosan agaknya!)
mujur kita pujuk, Alice tenang semula
:)
sayang Alice!
next time?
mesti la nak pergi lagi.
harap² ada back up
ada lebih banyak pilihan
dan ada lebih banyak budget
:)
... amin!
p/s: baru sedar, rupanya kita pakaikan saja Alice baju apa² pun tak kisah warna biru atau tak nampak girly sangat. kita rasa comel je.
mental note: bila Alice dah besar sikit kena pakaikan baju pompuan² supaya jelas tak ada keraguan memang nampak jati diri seorang perempuan :p
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment