damdiduuu

Saturday, December 17, 2011

happy birthday abang! :)

Alice main piano lagu Happy Brithday untuk daddy
... guna gigi! :p


siaran tertunda.
cerita birthday abang.
tiba² dapat tahu pemergian Black (Al-Fatihah)
simpan dulu cerita abang.

birthday abang 17 Disember.
happy birthday, sayang! :)
untuk tahun ni aku nak cuba masak sesuatu yang istimewa sikit.
dessert.
pemanis mulut.
kalau buat appetizers atau main course abang lagi handal.
abang kan master top chef kat rumah (2 tittle sekali tu!).

cari punya cari resepinya
macam² jumpa
tapi kriteria pilihan ialah

1) dessert yang orang lelaki pun nak makan
ada banyak benda pelik² yang best²
tapi kadang² orang lelaki tak suka.

2) senang
nak masak pun sambil jaga Alice.
kalau leceh mau tertinggal setengah jalan nanti!

3) ringkas
tak ada membakar.
tak ada mengukus.
waktu nak buat dulu tu tak ada kemudahan oven & periuk pengukus.
jadi kena pilih resepi yang ringkas.

akhirnya pilih chocolate trifle.
senang.
macam masak megi je.
(masak atas api, bukan rendam air panas!).
cuma kena kacau selalu tak nak jadi berketul atau lekat.

3 kali buat baru dapat perfect rasanya chocolate trifle ni :p
tapi abang dah tiup lilin & potong waktu buat dessert ni kali ke-2.
abang happy je.
abang suka chocolate trifle tu
(mesti sebab isteri dia jarang sangat² masak dessert untuk dia!) :p

untuk birthday si dia tersayang
:)


ini birthday yang ke berapa eh?
selalu kalau perempuan, rahsia.
orang lelaki beritahu je eh?
birthday yang ke berapa kena tanya tuan punya badan la.

tak ada celebration besar² pun.
untung abang suka je seadanya :)

sejarah peradaban dunia
kalau ikut²kan aku kenal abang tak lama.
3 bulan rapat, kita terus ambil keputusan untuk serious.
awalnya kita cadang nak nikah dalam masa 1 tahun
tapi rezeki, adik zaza dipinang orang dan merancang menikah bulan 7
jadi kita percepatkan plan dari 12 bulan jadi 7 bulan saja.
alhamdulillah semuanya dipermudahkan
dengan izin Allah dan dengan bantuan banyak pihak :)
selepas 1 bulan 1 minggu nikah, terus mengandung.
sekarang kita ada baby Alice yang comel, bijak dan aktif :)

si romeo
abang memang penyayang.
1 hari biasanya abang call 3 kali.
sekali waktu sebelum masuk kerja
nak tanya isterinya dah sarapan ke belum
dan nak tanya anak kesayangannya meragam atau tidur lena di nursery.
sekali lagi call waktu rehat
sama juga tanya isterinya dah makan tengahari ke belum
(kalau belum makan nanti kena marah sebab isteri pernah kena gastric)
dan macam mana keadaan anak kesayangannya di nursery.
terakhir sebelum pukul 6 petang
kalau abang perlu kerja lebih masa.
(kalau tak telefon petang, isterinya suka sangat² sebab balik rumah je pak we handsome dah tunggu kat rumah!)

kadang² waktu kerja pun abang telefon.
tak ada nak cakap apa yang penting pun.
bila ditanya kenapa telefon
'Suka hati la, orang punya telefon. Nak kena tumbok?!' jawabnya.
jawapan standard dalam telefon 'Tumbok la, tak takut!'
tapi kalau depan² tak boleh jawab macam tu
nanti tak cukup nafas kena geli dan gigit dan cubit -______-

warung kita
kalau part memasak tak perlu cerita lagi.
siap ada yang suruh buka restoran.
terbaru, abang masak nasi ayam.
siap lettuce, timun, tomato, sup ayam, nasi ayam
dan yang special - ayam diperap dengan (segala bahan mak nenek tak tau apa) termasuk kicap.
jadi bila dah masak ayam tu jadi kehitam²an macam ayam panggang.

bila request chicken chop
siap jagung carrot, mushroom cream, mash potato & gravy (susah woo cari brown sauce!).
ada 1 standard menu chicken chop goreng
1 lagi special - chicken chop bakar
... buat terliur je cerita pasal makan² nih! :p

we love our daddy!


bapa mithali
abang jaga Alice baik.
antaranya potong kuku, bersihkan hidung terutama waktu selsema dan bersihkan telinga.
bila Alice muntah, abang akan cepat² angkat Alice untuk bersihkan dan pujuk Alice.
selepas makan abang angkat Alice untuk cuci tangan dan mulut di sinki.
kemudian abang ajar Alice lap tangan dan mulut guna towel :)
paling abang suka - buli Alice!
macam² stunt diorang anak beranak buat.
selagi Alice tak menangis, selagi tu dia cuba!
yang mana buat Alice marah, lagi seronok dia kacau.
bila Alice merajuk, cepat² dia pujuk :)

moga² Alice nanti jadi budak perempuan yang tough
tak nak sikit² nangis, sikit² kena buli.
siapa berani nak buli mari rasa samurai daddy dia :p
dah la abang pernah kata
siapa nak couple dengan Alice kena lawan bertumbuk dulu :p

happy birthday daddy!
mommy & Alice love you so very much!

:)


kebelakangan ni banyak sangat cerita menyedihkan.
aku tahu abang dan Alice cuma dipinjamkan sementara.
aku bahagia dengan segala²nya.
semoga kita semua sentiasa bersyukur dan sentiasa dipelihara dalam rahmatNya.

za sayang dia :)

p/s: kalau nak beri hadiah sempat lagi ni - abang nak tiket konsert Search & hand phone Xperia :p

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...