sedih
layu
melankolik
Al-Fatihah
untuk allahyarham Hairul Nizam Dollah
(kalau nama tak tepat, minta tolong betulkan)
atau lebih dikenali sebagai 'Black' di kalangan teman².
semoga rohnya dicucuri rahmat
dan ditempatkan di kalangan kekasih² Allah swt.
selepas makan tengahari.
waktu tu aku tengah buat chocolate trifle.
mengacau adunan rich chocolate pudding di atas dapur.
Alice aku letak dalam stroller
sebab tak mau dia menjelajah ke sana ke mari atas walker :p
abang tengah menonton tv kalau tak salah.
terdegar dia menjawab telefon.
macam biasa skrip abang akhir² ni
'kat rumah'
dan terdengar beberapa kali nama Black disebut.
panggilan dari Pak Yong.
kemudian abang buat satu panggilan
kalau tak salah kepada Hadi
housemate rumah lama abang di Sungai Besi dulu.
kali terakhir yang aku tahu - yang menetap di rumah tu cuma Hadi dan Black.
kemudian terdengar abang tukar channel tengok berita.
Buletin 130.
seterusnya berapa panggilan lagi dibuat.
yang aku dapat tangkap ialah 'meninggal', 'kemalangan', 'Black', 'kawan' dan 'berita'.
(sambil kacau coklat dan perhatikan Alice macam² info boleh masuk ya!)
aku rasa ada orang kemalangan
tak tahu siapa.
Black atau kawanya.
mungkin meninggal.
biasa bila dapat berita macam ni
selalunya aku dan abang seboleh²nya akan terus ziarah.
... alamak, chocolate trifle tak siap lagi ni!
abang datang ke dapur.
diajaknya aku ke hospital.
Black meninggal kemalangan
keluar berita.
abang kenal leather jacket yang polis pegang.
memang leather Black, katanya.
"(lelaki macho yang dirahsiakan namanya) dah nangis² tu", sambung abang lagi.
aku tanya abang nak pergi hospital terus ke?
abang minta aku simpankan apa yang belum terjerang dan bersiap untuk keluar.
malah agaknya kerana nak cepat
abang bertanya kalau aku tak mahu pergi, abang boleh pergi seorang.
aku bersiap dan abang tukarkan baju Alice.
dalam perjalanan tak tahu kenapa aku boleh sakit perut, pening kepala, macam nak muntah.
Alice pulak yang dari semalamnya masih belum buang air besar
tapi dalam perjalanan, dalam kereta aku dapat rasakan pampersnya perlu ditukar :p
sampai di HKL nampak ada yang berkumpul di luar sebelum laluan masuk.
abang terus cari parking.
pusing punya pusing nampak kereta Pak Yong kat depan.
dua kali pusing baru dapat parking.
bila dah turun ke kawasan kecemasan
baru tahu yang jenazah dah dituntut.
keluar dari hospital kita ikut ramai² yang nak (ke mana pun tak tahu)
untuk menziarahi jenazah.
mencabar juga perjalanan
sebab tak pasti ke mana nak dituju.
ada 4 buah kereta dan banyak motorsikal
masing² kadang² ikut jalan lain² walau pun destinasi sama :p
"Megat ACAB datang!"
macam mana boleh ada 2 pulak
megat ACAB & megat berserban yang jamming di youtube :p
rupanya Hafizul yang datang
alhamdulillah
:)
akhirnya sampai juga ke kawasan kediaman di Miharja.
lebih kurang pukul 3 petang.
terima kasih untuk Mat yang tolong tunjukkan jalan :)
jenazah telah siap dikafankan di surau tingkat bawah bangunan.
kawan² yang datang sempat la tengok wajah Black buat kali terakhir.
aku pun secara peribadi tak kenal rapat dengan allahyarham.
ada sesekali terdengar berita kehilangan, kemunculan dan cerita² dari kawan² Black.
yang aku tahu Black memang dah lama dalam scene.
seangkatan dengan Uncle Joe, Zack, abang Ali dan dah kenal Pak Yong yang pada masa tu masih sekolah lagi.
(sekadar menyebut beberapa nama, aku pasti rakannya yang lain lebih ramai)
selepas melawat jenazah
sempat aku, abang dan Alice singgah ke rumah di Sungai Besi.
Hadi dah tinggal sendiri sekarang.
abang buat panggilan memaklumkan kisah pemergian.
antaranya kepada Zack, Joe, Udin dan yang lain².
aku cuma tengok sekali imbas barang² allahyarham di bilik abang dulu.
kenangan.
peninggalan.
realiti kehidupan.
kisah insan.
sebuah perjalanan.
di rumah malam tu nampak abang agak sugul.
di depan tv aku boleh rasa fikiranya ke lain.
abang berkongsi dengan aku cerita² lama.
kenangan² lalu
sejak main band tahun 1996.
pemergian yang meninggalkan kesan.
tak dijangka.
tak diduga dah sampai masanya.
macam² boleh dibetah dan dipertikai.
cuma satu yang pasti
inilah suratan.
ada banyak gambar yang terpampang di internet.
terutama gambar berkaitan kemalangan.
namun aku yakin
yang terpahat di ingatan rakan² rapat ialah kenangan pahit manis bersama.
kita ingatlah yang baiknya.
kita doakan selebihnya.
kadang² jauh di sudut hati kita tertanya
kalau kawan, apa tandanya?
sekadar sepotong doa ... Al-Fatihah
video:
http://www.ntv7.com.my/7edition/local-en/MOTORCYCLIST_DIES_AFTER_CRASHING_INTO_STATIONERY_CAR.html
foto:
http://ondscene.my/kemalangan/penunggang-maut-motosikal-rempuh-kereta-kehabisan-minyak
berita:
http://www.hmetro.com.my/articles/PenunggangmotosikalmautlanggarbelakangkeretadiMRR2/Article/artikelMA
http://www.nst.com.my/latest/man-killed-in-motorcycle-crash-1.21036
http://utusanharian.com/2011/12/19/penunggang-motosikal-maut-langgar-belakang-kereta-di-mrr2/
blog:
http://diabuatdah.blogspot.com/2011/12/maut-langgar-belakang-kereta-di-mmr.html
http://www.mummynemo.com/2011/12/lelaki-maut-kemalangan-motosikal-rempuh-belakang-kereta-d-mrr2/
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment