menjelang tahun 2012, Alice dah pun masuk 8 bulan.
kita dah mula beri Alice makan kuning telur
sebab bila dah cukup 1 tahun nanti
Alice akan diberi suntikan immunisasi
yang ada mengandungi kuning telur.
jadi sejak umur 8 bulan perlu beri makan kuning telur
supaya boleh tahu kalau ada kesan alahan.
telur tu kena masak sampai keras
sebab
baby/ kanak² tak elok makan makanan separuh masak
takut sistem penghadaman dan imunisasi belum boleh lawan
kalau ada apa² kuman tak baik dalam makanan.
kemudian kuning telur campur sikit dengan susu ibu
sebab
baby kan dah biasa dengan rasa susu ibu :)
alhamdulillah
Alice tak ada alahan dengan kuning telur
(kalau ada alahan rasanya awal² lagi boleh tahu - selalunya kalau
baby alah, ibu pun tak boleh makan)
Alice aktif.
dia suka kalau kita pegang
dancing², berdiri, berjalan atau aktiviti fizikal lasak.
Alice masih belajar merangkak.
sudah boleh merangkak tapi belum boleh laju² atau jauh².
dalam pada tu Alice bukan tumpu nak sharpen dia punya crawling skill
sebaliknya Alice selalu nak cuba perkara yang lebih advance.
sekarang Alice suka memanjat, berdiri dan berjalan
(ikut perangai siapa la tu!)
:p
wawawawa
Alice nak belajar bercakap
tapi kita boleh tengok macam mana susahnya untuk dia buat bunyi yang berbeza.
Alice cuma mahir sebut suku kata yang sama berulang².
antaranya 'papa', 'mamam', 'nenek' (hairan kan?!), 'tata', 'fafa', dan beberapa bunyi lagi.
yang kelakar, selalu bila daddy tanya apa² pada Alice
dengar macam Alice jawab 'entah' :p
kadang² bila berbual dengan Alice
kita boleh dengar apa yang Alice sebut
bunyi lebih kurang dengan perkataan yang kita expect dia akan sebut :)
tak apa la Alice,
ambil la masa untuk belajar
sekarang masih awal :)
nak senang tak payah sebut banyak² suku kata
Alice cuma akan jerit 'Aaaaaaaaa' lama²
sambil tepuk² mulut dia dengan belakang tangan.
jadi la bunyi 'wawawawawa'
kadang² guna belakang tangan sendiri, kadang² ambil tangan daddy (laju sikit bunyi keluar)
kadang² guna botol bedak, botol air mineral atau hand phone mommy
(dah la ketuk mulut kuat² pulak tu!)
kalau tengah change pampers, guna ibu jari kaki sendiri pun boleh!
bijak tak? :p
stranger anxiety & separation anxiety masih lagi jadi isu pada Alice.
cuma dia dah kurang menangis
selagi orang senyum, borak² sama Alice
Alice masih boleh senyum dan malu² menyorok kat mommy atau daddy.
tapi bila orang dah usik atau angkat atau dukung
memang Alice akan nangis kalau dia tak yakin dengan orang tu.
moga kita banyak sabar
dan moga kita belajar banyak dari fasa ni :)
Alice juga dah makin cepat bosan
dan makin terbuka dalam tunjukkan emosi dia.
Alice akan cepat protes secara verbal dan dengan body language
cepat menangis dan cepat meronta² kalau bosan.
untungnya, tak susah nak pujuk Alice.
cuma beri dia mainan atau objek yang boleh tarik perhatian dia.
dia akan senyap dan main sendiri.
kalau tak ada apa nak beri, cuma pujuk mulut atau tepuk²
memang masak jugak la nak tunggu dia diam :p
oh ya, Alice juga di 'fasa menjengkelkan'
dia suka tengok barang jatuh dan dikutip.
kita beri barang. Alice ambil. Alice jatuhkan. kita kutip.
kita beri barang. Alice ambil. Alice jatuhkan. kita kutip.
kita beri barang. Alice ambil. Alice jatuhkan. kita kutip.
baca di internet, baby cuma rasa seronok
sebab dia baru tau benda² boleh jatuh dan boleh dikutip semula.
bukan dia sengaja nak buat kita bengang :p
ibu², bapak², para penjaga - sama² kita banyakkan sabar eh?
:)
sekarang memang nampak ketara yang Alice selalu belajar dari persekitaran dia.
tu yang
mommy agak
concern juga dengan kata² yang kita sebut seharian.
juga dengan cara kita melayan orang lain.
baby selalunya cuma tiru
kita yang kena tunjuk contoh yang baik.
pasal bahasa juga sama.
untuk ada kosa kata yang luas dalam Bahasa Melayu
Alice perlu dengar pertuturan seharian yang menyeluruh dalam Bahasa Melayu.
walau pun secara dasarnya bahasa pertuturan selalunya bahasa pasar - bukan bahasa piawai.
hantar pesakit ke hospital?
dikejarkan.
lalu?
melewati.
pegang kuat²?
kejab
masa?
dari masa ke masa/
dari semasa ke semasa.
bila? kata tanya.
bila sampai di sana, saya nampak dia - salah.
apabila sampai di sana, saya nampak dia - betul.
menang jadi arang, kalah jadi
abu (bukan babu!).
di sana, di Kuala Lumpur, di sekolah - tempat, ejaan
jarak
dibuat, dibuang, dihantar - perbuatan, ejaan
rapat
nak biasa dengan Bahasa Inggeris juga sama
nak belajar tatabahasa cara mudah
biasakan mendengar pertuturan seharian yang betul.
i love you.
she
loves you.
Alice
loves me.
she
doesn't like it.
they
don't like it.
i love it very much!
biasa la, paling penting sekali sebaiknya tak ada la
foul language
dan cara kita melayan orang ialah sebagaimana kita nak diri kita dilayan.
semoga semunya dipermudahkan
amin
:)