6.30 am.
tiba² sakit perut.
sakit sangat.
pedih ulu hati.
gastrik.
mana datang gas?
malam 8 pm tadi elok je makan nasi ayam.
macam mana boleh kena gastrik?
sakit tak boleh blah!
aku slow² tanya abang
"Sakit perut la, hantar Za pergi klinik boleh?"
"Bila?" tanya abang terpana.
"Sekarang pukul 6.30 pagi" jawab aku.
kenapa?
macam diduga
doktor tanya aku lewat makan?
tak ada.
semua normal.
makan normal.
tak ada yang luar daripada kebiasaan.
"Sakit perut nak muntah"
tu saja fakta yang lain dari selalu.
kata doktor mungkin sebab stress.
emak pergi umrah?
(emak aku dah meninggal!)
gaduh dengan suami?
(hari² pun abang buli aku, tapi makin sayang. tak ada pulak rasa nak lari dari rumah ke apa) :p
tak suka babysitter?
(pengasuh yang biasa tak ada.
selalu aku letak 6 keping pampers dalam beg, hari ni luak 1 je.
kesal tu MEMANG ada la, tapi tak sampai tak lena tidur)
aku beritahu doktor semuanya normal.
tak ada yang tak normal.
tak tahu kenapa tiba² boleh kena gastrik.
dulu masa kat universiti kena gastrik sebab masakan kafeteria tak best :p
sekarang tak tahu kenapa.
- baru 7 bulan, ada 1 tahun 5 bulan lagi nak minum susu ibu!
soalan maut
doktor tanya aku mengandung ke?
tidak.
aku ambil depo provera.
bila ingat² balik
1. oksigen
ada satu hari aku macam tak cukup oksigen kat pejabat.
sakit kepala.
pagi².
kaw² punya tak selesa.
dah niat nak balik tidur.
alhamdulillah kemudian beransur baik.
... morning sickness?!
(semasa mengadungkan Alice, jarang aku kena morning sickness)
2. jeruk mangga masam
aku teringin nak makan jeruk mangga masam
fuyooo kecur air liur!
(pada hal memang hobi pun makan mangga masam - tak kira jeruk atau kerabu mangga)
3. merancang
aku tak tahu depo provera ni berkesan ke ata tidak.
kebelakangan ni aku boleh pulak timbul jerawat macam perempuan pms.
dulu ok, cuma baru² ni saja.
rasanya macam mana eh?
biar benar!
p/s: suntikan Depo Provera
boleh didapati di Klinik Izham, Palm Spring Damasara.
dengan Dr Imelda harganya RM41 suntikan untuk 2 bulan.
di KJMC, Dr Fatima RM66.20 untuk 3 bulan.
Dr Imelda empathic suka borak², siapa yang stress mesti senang hati lepas jumpa dia :D
Dr Fatima Ob/Gyn tersangat pakar yang dah 'lahirkan' ramai baby
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment