damdiduuu

Sunday, November 27, 2011

perkembangan bayi: baby Alice 7 bulan 1 gigi :D

ada nampak dot putih kecik saja
punya la susah nak ambil gambar!


7 bulan
Alice dah ada 1 gigi yay!
hahaha pada hal gigi belum keluar lagi
cuma ada 1 dot putih kat gusi.
bahagian bawah, kat depan.
keras.
gigi la kot
:p

nak kata Alice minum susu gigit²
dah lama kot.
sakit?
sakit la agaknya.
bab sakit mommy boleh sabar lagi
cuma mommy risau kalau selalu kena gigit
nanti berdarah,
nanti Alice tak dapat feed
dan juga susu tak boleh diguna kalau pam bercampur darah.
alhamdulillah setakat ini tak ada apa².
moga semuanya selamat :)

*prinsip mommy - walau apa pun - sakit, penat, tension, tak boleh marah baby
kalau kita tak dapat nak sampaikan mesej dengan jelas kepada baby
sampai baby faham.

kalau baby nak tumbuh gigi nanti baby selalu garu telinga.
Alice selalu saja garu telinga
terutama bila berpeluh lepas feed.

baru² ni pengasuh di nursery beritahu
Alice minum banyak
dan selalu gigit puting botol.
"Nak tumbuh gigi agaknya"

semua tanda² baby nak tumbuh gigi tu rasanya dah lama mommy perasan
cuma tak nampak pun giginya.
baru sekarang nampak 1 dot.

Alice juga tak ada air liur meleleh².
cuma baru² ni Alice belajar sembur.
time mood dia baik suka la dia sembur² :D
mommy layankan saja
tak apa la tersembur sini sana air liur
seronok tengok baby belajar perkara baru :)

Alice suka teether sejuk :)

teether
dulu waktu Alice suka nak makan (masukkan dalam mulut) semua benda
daddy belikan teether untuk Alice.
siap kita sejukkan dalam peti ais lagi! :D
bezanya, masa tu kemahiran motor Alice belum mantap lagi.
Alice tak pandai pegang teether.
sekarang Alice dah pandai pegang.
bila beri teether sejuk
tak lepas² Alice gigit dan hisap :D
moga² teether sejuk dapat kurangkan ketidakselesaan Alice nak tumbuh gigi :)


merangkak? ada apa hal ...

merangkak
Alice masih belajar merangkak.
mommy beri Alice peluang explore
dan umpan dia dengan bedak dan wet tissue
nak latih Alice bergerak.
Alice merangkak masih lagi golek + meniarap + merangkak.

kadang² kesian tengah merangkak Alice jatuh muka dulu.
kadang² tangan terlipat.
kadang² Alice nangis sikit kalau sakit.
mommy sediakan tempat lapang yang empuk.
boleh bergerak tak ada halangan.
kalau terjatuh mungkin kurang sakitnya.
minimumkan risiko.
mommy selalu main sama Alice.
selalu beri dorongan & sama² suka² sayang².
mudah²an Alice selalu nak belajar dan selalu kuat semangat :)

bila dah jatuh, mesti pandai bangun semula :)

faham
mommy perhatikan dari segi linguistik, Alice dah mula faham.
kalau dulu Alice paling faham 'Up'
sekarang dah banyak yang kita kata yang Alice faham.

Alice faham bukan semua benda boleh masuk mulut.
walau pun baby secara semulajadi semua benda pun nak masuk mulut
tapi mommy tengok Alice faham bila mommy kata
"No licking, please."

ada sekali tu mommy pasang mp3 di hand phone.
Alice pegang², main² hand phone, mommy biar saja.
bila Alice nak dah nganga mulut,
dah keluar lidah,
dah sedia nak masuk hand phone dalam mulut
cepat² mommy kata "Alice, no licking please"
sambil tunjuk gaya dengan jari - No.
Alice pandang mommy.
Alice terhenti.
tak jadi nak jilat hand phone.
turunkan hand phone,
main².

sekejap lepas tu mommy tengok sekali lagi
gaya Alice nak masukkan hand phone dalam mulut.
bezanya?
sebelum masuk hand phone dalam mulut, Alice jeling mommy dulu!
sama juga mommy kata sekali lagi "No licking, please."
Alice berhenti.

pandai kan?
dari situ mommy nampak yang Alice tahu apa yang dilarang.
tapi dah memang semula jadi
baby rasa ingin tahu
semua benda dia nak belajar
semua benda nak masuk dalam mulut.
cumanya, kita kena konsisten.
kalau sekali saja kata tidak, lepas tu biar,
dia akan buat ikut suka dia.
tapi kalau kita kata 'tidak' dan sentiasa pantau,
baby akan dengar dan cuba ikut cakap.

arahan lisan "No licking, please" tu tak termaktub kepada benda² baru la.
sebab benda baru
baby dapat je, memang terus masuk mulut.
kalau setakat cakap saja, memang tak jalan.
mesti cakap & jauhkan barang tu dari mulut dia.
serta kena sabar
buat berkali².

kalau benda tu tak merbahaya,
seboleh²nya mommy tak akan rampas dari baby.
seboleh²nya mommy nak baby belajar.
biar dia pegang.
biar dia explore.
kalau masuk mulut, jauhkan dari mulut dan beritahu 'jangan masuk mulut'.
kalau masuk mulut lagi, jauhkan dari mulut lagi dan beritahu lagi 'jangan masuk mulut'.
kalau boleh, beri peluang pada baby
jangan terus potong peluang dia untuk belajar.

seronok dapat jalan² sana sini belajar itu ini :)

mari kemari!
semasa Alice sibuk berjalan sana sini atas walker
mommy panggil "Alice ..."
memang ambil masa dua tiga kali juga mommy panggil
baru Alice tinggalkan apa yang dia tengah syok nak tengok/ pengang/ capai tu.
*yeah, memang kena selalu sabar dan ingatkan diri jangan jerit²!

yang sweet sangat
ada sekali mommy panggil
Alice masa tu tak ada dalam pandangan mommy.
sekejap kemudian Alice datang.
bukan Alice datang pada mommy
tapi Alice pergi ke tempat yang mommy boleh nampak dia
sambil body language macam tanya
'Yeah mommy, what izit? If there is nothing important, I'm going back to that interesting thing I was really deep into just now' :p

tak sangka kan?
tak sangka yang Alice datang bila dipanggil.
tak sangka Alice tunjuk muka sikit je, nak tanya 'Apa dia?'

ala, semua orang sibuk nak tengok gigi Alice!
:p


7 bulan, Alice makin aktif
makin banyak perkara dia nak belajar
makin manja
makin banyak ragam
baju pun makin banyak yang dah tak muat :p
moga kita makin sayang², makin pandai, makin giat berusaha dan makin banyak bersyukur :)

ya Allah, lindungi dan rahmatilah kami, ahli keluarga kami, sahabat² kami dan guru² kami.
kurniakanlah kami rezeki yang berkat dah kebahagiaan yang berkekalan
:)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...