damdiduuu

Thursday, November 24, 2011

sedih :(

sedih.
itulah yang aku rasa sekarang.
baru baca blog orang.
seorang ibu kepada 2 anak.
suaminya selalu kerja luar.

yang sedih bukan part kerja luar.
tapi part rintihan hatinya.
aku tabik blogger ini menulis secara 'celupar'.
main diluah apa yang nak.
tak ramai perempuan mahu dan tahu macam mana nak berterus terang.
terutama kepada suami.
sebab dia tu paling kita hormat dan sayang.

ada tulisanya yang aku tak berapa setuju.
contohnya bila dia kata dia ingat sampai mati
bila kena marah dengan suaminya.
macam berdendam pulak.
kan setiap malam kita dianjurkan untuk maafkan semua orang?

cermin
dalam masa yang sama aku rasa ada patutnya juga.
aku rasa orang perempuan ni cuma membalikkan macam mana dia diperlakukan.
kalau dilayan baik, perempuan tak kan mengada² terasa hati.

lelaki pun satu!
aku kesal betul kenapa ramai lelaki tak jaga mulut.
bila susah terus maki² bini.
bukan dia nak selesaikan masalah.
dia yang sakit otak lepas tu nak libatkan orang lain pulak sakit otak sama.

contohnya?
isteri shopping.
waktu weekend.
orang ramai. sesak. nak bayar beratur panjang.
waktu tu saja la yang terluang pun.
suami pegang anak.
anak menangis.
suami tak tau nak buat apa.
tepuk², kendong² tak berhenti menangis.
isteri mencari barang entah ke mana.
ditelefonya isteri.
disumpah seranah macam².
padahal suami yang tak pandai nak jaga anak SEKEJAP.
ditekan pula isteri yang mencuri² masa mencari barang keperluan.

rosak
natijahnya hati isteri remuk redam sampai berhari²
lagi² jenis yang selama hidup tak biasa kena maki dengan ahli keluarga sendiri
tau² kahwin dengan lelaki yang disayangi
dapat maki bertempek².
benda (hati!) kalau dah rosak mana nak sama dengan benda yang cantik.
tak kesian ke?
:(


blogger tu juga komplen
suaminya tak pernah hantar anak ke nursery
hanya dia saja yang bersusah payah kena siapkan anak pagi²
dan jemput anak balik tiap² hari.

suami juga tak ambil tahu pasal penyusuan susu ibu.
bila isteri minta izin beli barang berkaitan
disindir sinis.
isteri minta izin saja
TAK MINTA DUIT pun.
itu pun nak disakitkan hatinya?!
:(

sedih la.
moga kita semua jadi manusia yang lebih bertimbang rasa ...

p/s: abang tanya aku mengidam jeruk mangga masam sebab Alice nak dapat adik dah ke? aku ada macam tak sedap badan pagi ni. emosi orang mengandung?!

ergh ...!

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...