waktu nap Alice.
selepas feeding, Alice pun tidur dengan nyenyak :)
senang hati daddy & mommy.
tak macam baby lain yang menangis²
dan kena bawa jalan² keliling lounge :p
bila sampai giliran Alice
masuk dalam bilik suntikan baru Alice terjaga.
nurse terangkan dulu pasal persediaan suntikan 1 tahun
dan kena beri Alice makan kuning telur bermula pada umur 8 bulan.
daddy pegang Alice
nurse kata pegang macam posisi nak menyusu.
nasib baik mommy tak cakap kuat²
'eh daddy mana pernah menyusukan Alice!' :p
mulanya Alice tak faham apa².
bila dah kena suntikan pertama
baru Alice menangis.
alolo cian dia!
nurse pesan minta daddy cakap² borak² sama Alice.
kemudian kena inject lagi sebelah pula
Alice nangis sekejap saja.
daddy bangun saja dari kerusi selepas injection tu
terus Alice berhenti nangis dah.
alhamdulillah, kuat rupanya baby mommy ni.
mommy suspek Alice nangis sebab stranger anxiety bila nurse pegang dia
bukan sebab kena inject :p
keluar dari bilik suntikan
Alice mengadu sama daddy dia
'Daddy, tadi Alice kena injection
2 pulak tu
kat kiri kanan peha'
... alahai sedihnya!
hehehe daddy nampak penyanyang sangat dalam gambar nih kan?
:)
Alice kuat la!
budak kecik tak tahu duduk diam!
sampai rumah, tidur ...
sayalah juara!
kena inject 2 kali hari ni!
*Suntikan imunisasi di PPUM adalah percuma
tapi cuma ada pada hari bekerja sahaja.
alhamdulillah :)
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment