damdiduuu

Tuesday, November 15, 2011

tidurkan baby 6 bulan dalam masa kurang 20 minit: cara Alice

setiap pagi mommy ada mission impossible
(impossible la sangat!)
:p
sampai di nursery lebih kurang 8.10am
dan perlu masuk kerja sebelum 9.00am.
paling afdhal keluar dari nursery 8.30am.
jadi ada masa 20 minit untuk feed dan tidurkan Alice.

kenapa perlu feed dan tidurkan?
supaya Alice, mommy dan pengasuh tak stress.
win - win - win situation
hehehe siap sampai 3 tu! :p

masa
sebenarnya tidak la susah sangat
sebab memang pun masa tu waktu nap Alice.
cumanya bila dah kata baby tu
makin besar makin aktif
makin tak tahu nak duduk diam
makin banyak nak belajar
makin susah nak fokus
makin cepat meragam kalau tak dapat apa yang dia nak.

feeding
sampai di nursery
mommy keluarkan susu dari beg
keluarkan kain bedung dan sapu tangan.
sampai² saja Alice terus merengek
nak feed sebenarnya
tapi mata sibuk tengok itu ini sini sana
tangan sibuk nak capai apa saja yang dia nampak.

feed Alice dengan sabar.
sebab Alice tak boleh fokus.
kalau ada mak² hantar baby, semua Alice nak tengok
tapi mak² tu semua tak boleh usik atau tegur Alice
nanti Alice menangis (stranger anxiety)
tapi Alice sibuk nak tengok semua orang.

duduk di bahagian kepala baby
letak sebelah tangan pada baby
jadi baby tak sibuk nak bangun tengok itu ini pergi sini sana


sedia!
bila agak² dah kenyang, mommy terus letak Alice atas bouncer.
macam biasa, selalunya Alice tak nak baring.
mesti Alice sibuk nak duduk
nak capai itu ini
nak pergi sini sana.

tipsnya?
jangan duduk di depan bouncer
jangan duduk di bahagian kaki baby.
sebaliknya, duduk di bahagian kepala.
sebelah tangan letak atas dada baby.
(macam teknik tidurkan baby cara Sears tak?)
kalau boleh tangan sentuh bibir/hidung baby.

sabar - tenang
memang awalnya Alice akan tetap nak duduk dan buat itu ini
tapi bila mommy sabar
buai saja bouncer sabar²
Alice akan tenang.
buai buai buai.
ada juga kalanya macam Alice nak hisap lengan mommy
tapi sementara Alice masih boleh bau mommy, Alice akan tenang.
jadi dia akan baring.
buai buai buai.
lama² Alice pejam mata.
mommy tarik tangan mommy perlahan² dari bouncer.
buai buai buai
lama sikit nanti dia lena :)

tak mengejut
buai makin perlahan sebelum berhenti.
kadang² memang Alice terjaga bila berhenti buai bouncer dia.
jadi kena buai lagi.
makin lama makin perlahan dan berhenti.
inysa Allah akan tidur sebab memang waktu nap dia (rutin)

buai saja
selepas Alice lena baru mommy keluar dari bilik baby
rapatkan pintu
dan simpan susu dalam peti ais.
kenapa kena rapatkan pintu?
sebab kalau Alice terjaga, pengasuh boleh buai bouncer saja
Alice akan tidur balik.
tapi kalau Alice terjaga
dan nampak mommy terkantoi keluar nak pergi office
nanti Alice menangis
kuat² pulak tu!
:p

kenapa perlu simpan susu dalam peti ais?
kenapa tak beri saja pada pengasuh?
saja nak memudahkan.
susun susu siap² ikut turutan
kan senang pengasuh nak ambil untuk panaskan nanti :)

kelakar la pulak ...
dulu mommy pelik
kenapa di rumah kadang² bila masa nak tidur
Alice hentak² kaki dia.
di nursery baru mommy faham
rupanya Alice minta bouncer dia dibuai.
setiap kali mommy berhenti buai bouncer, Alice hentak² kaki.
bila dibuai, dia diam
:D

kata pun baby mommy
mesti la sayang mommy sangat²
:)


tak ada bouncer?
macam mana kalau baby tak tidur dalam bouncer?
wah ada pengasuh yang tak minta sediakan bouncer pun?
untungnya! :D

di rumah memang Alice tidur atas tilam.
alhamdulillah
Alice jenis yang tak banyak ragam
walau dia aktif dan suka nak belajar itu ini
agak senang juga nak tidurkan Alice.

1. tidur pada masa yang sama (rutin)
kalau sesekali kita bawa baby keluar,
balik lewat melebihi waktu tidur baby
mungkin dia tak tidur pada waktu yang selalunya.
disebabkan kita yang tukar suasana & jadual baby
jadi kita kena banyak sabar
jagan marah² kata baby buat perangai tak mahu tidur pula!

2. tidur pada masa yang baby hendak tidur
mommy tengok waktu tidur Alice makin lewat berbanding waktu baru lahir, 3 bulan dan sekarang 6 bulan
kalau dulu balik dari nursery terus tidur, sekarang masuk tidur dalam 9 malam.
kalau baby tak nak tidur tapi kita nak tidurkan juga, memang lebam la!

3. tidur bila baby dah penat
bagi baby buat aktiviti fizikal
meniarap, merangkak, berjalan
atau yang paling best sekali main sama² mommy & daddy!
bila dah penat baru senang baby nak tidur

4. selesa
kalau selesa senang baby tidur.
tukar lampin, tukar baju tidur yang lebih selesa jika perlu
suasana bilik tidur yang sunyi, malap dan nyaman.
(tolong jangan pasang lampu terang² & jangan membebel kalau nak suruh orang tidur!)
kalau nak mandikan, pilih waktu yang sesuai.
feed -> kenyang -> selesa -> lena
:)

kalau senang tidurkan baby, kenapa selalu dengan mak² sekali tertidur?!
ala, bagi chance la
... bukan senang jaga baby
:p

dah lena baru senang hati mommy nak pergi kerja
dah lena baru sure Alice tak stress bila kena tinggal di nursery
(at least for this specific time!)
dah lena tak la stress sangat pengasuh nak jaga Alice pagi²


p/s:
1. terima kasih untuk daddy yang permudahkan mommy tidurkan Alice hari² kat rumah.
daddy memang sporting! :)

2. terima kasih sebab daddy ada habit baik selalu keluar awal nak pergi kerja.
kalau ikut mommy, memang keluar lambat.
berkat keluar awal, dapat mommy jaga Alice sekejap di nursery
tak tinggalkan dia terlolong² macam tu je :p

3. bouncer yang cantik boleh dapat RM70 sahaja di My Dear Warehouse Sale.
bouncer yang cantik sikit dan berjenama sikit boleh dapat dengan harga yang sama di Sogo waktu sale.
rasa macam membazir je kalau beli bouncer mahal² :)

1 comment:

  1. bagusnye puan sempat tidokan baby dekat nursery sebelum pegi kerja. rasanya mcm xada mak mak baby yg lain buat mcm ni. hantar baby n terus pegi keja biar anak nanges2 + tak mandi, lol. sy tau sbb sy part time babysitter nursery haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...