damdiduuu

Monday, November 21, 2011

terima kasih, sayang :)

tak diduga
last minute aku terpaksa juga ke KL.
event besar yang dianjur office.
kena pergi ke Hotel Istana di Jalan Raja Chulan
dari office di Damansara.

dah tak berapa nak suka.
mengenangkan waktu dah hampir pukul 2 petang.
masih banyak kerja.
pukul berapa nak jemput Alice dari nursery?
pukul berapa nak gerak?
pukul berapa nak sampai?
pukul berapa nak balik?
aih ... susah otak!

kusut
macam biasa aku beritahu pengasuh di nursery.
beritahu abang.
macam biasa juga, abang telefon dan tanya macam²
waktu aku tengah nak cepat siapkan kerja supaya cepat pergi dan cepat balik.

termasuk juga abang tanya mengapa masih belum makan
sedangkan abang dah ingatkan awal² lagi.

aku diberi tugas sebenarnya.
tugas menipu.
dah biasa buat tugas ni
tapi selalu tipu cara lain.
kali ini aku dikehendaki menipu secara langsung.
kacau!

menipu, lagi ...
disebabkan aku tak pandai menipu secara langsung
aku menipu secara berhemah.
aku taip dan emailkan penipuan
dan minta rakan sepejabat di sana menipu secara halus.
dia lebih arif sebab dah lama di hotel
jadi boleh tahu siapa boleh ditipu dan siapa yang tak boleh ditipu.

aku budget bila penipuan dah dilakukan secara deligasi
aku tak perlu ke hotel lagi.
ternyata sangkaanku meleset!
kena pergi hotel juga.
aku kena ke bank ambil wang tunai RM6,000
dah bawa ke hotel.

kusut kusut kusut!

drive
aku rasa kali terakhir aku drive sendiri ke KL
mungkin masa mengandung dulu.
sekarang Alice dah 6 bulan.
maknanya paling kurang dah 6 bulan aku tak memandu ke KL.
jalan pun ingat² lupa.
tak tau jalan mana route terbaik untuk elak kesesakan lalu lintas.

kusut kusut kusut!

buat kesekian kalinya abang telefon lagi.
ya, abang telefon dan tanya macam²
waktu aku tengah nak cepat siapkan kerja supaya cepat pergi dan cepat balik.
aku cuba cakap baik² supaya tak ada sesiapa yang naik angin.
aku tak pernah tinggi suara pada abang.
selalunya bila abang marah, aku cuma diam.
aku hormat abang.

betul ni?!
abang tanya - nak abang hantarkan?
terpana aku.
'Habis kerja macam mana?'
'Keluar saja la, ada hal kan' jawab abang.
wah, senang hati aku.
walau rasa bersalah sebab abang terpaksa keluar.
abang memang pekerja contoh
selalu datang awal serta buat kerja cekap dan kemas.
aku punya pasal abang terpaksa kena minta excuse.

petang tu semuanya berjalan lancar.
balik rumah ambil abang,
dan abang hantar ke bank
selepas itu ke Hotel Istana.
siap tugas, menyelinap aku keluar dengan jayanya!

walau jalan sesak
abang tahu ke mana patut dituju
malah kita sempat jemput Alice lebih awal dari biasa.
terima kasih, sayang
:)


hari ini dalam sejarah
:)


sayang
sebenarnya inilah kali pertama aku dan abang keluar sama².
berdua saja.
ada baby car seat di depan,
aku alihkan ke belakang.
aku duduk di sebelah abang
usik rambutnya yang panjang
'Nak kena tumbok?' gurau abang.
tak nak pun kena tumbok juga.
abang memang suka manja dengan aku.

aku teringat sekali dulu di rumah.
abang hisap rokok
jadi aku baca katalog Ikea di bilik.
kemudian abang datang rampas majalah tu
dan selak² tengok apa yang menarik.
'Yang best kat depan la' aku beritahu abang.
'Biar la, orang nak tengok yang tak best' jawabnya selamba.
hahahaha
jawapan tak boleh blah
yang buatkan aku ketawa tak henti².
tak ingat bila kali terakhir aku ketawa macam nak mati :p

aku rindu abang.
ada sekali aku siap² kemas² wangi².
malam ni aku nak spend time sama abang
nak borak² lama sikit.
lama dah tak bercerita sama abang.
tau apa abang buat?
abang tidurkan Alice.
sampai dia² sekali tertidur.
boleh?
aku pulak on fb sampai pukul 2 pagi :P
spend time la sangat!

aku harap hari ini dan hari² akan datang
aku akan selalu rapat dengan abang.
selalu peruntukan masa.
selalu berkasih sayang.
selalu bantu membantu.
selalu memahami.
selalu bertolak ansur.
selalu rindu².
aku bersyukur abang ada sama aku dan Alice.

alhamdulillah
:)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...