damdiduuu

Showing posts with label merancang keluarga. Show all posts
Showing posts with label merancang keluarga. Show all posts

Wednesday, November 30, 2011

biar betul?!

pagi
6.30 am.
tiba² sakit perut.
sakit sangat.
pedih ulu hati.
gastrik.
mana datang gas?
malam 8 pm tadi elok je makan nasi ayam.
macam mana boleh kena gastrik?

sakit tak boleh blah!
aku slow² tanya abang
"Sakit perut la, hantar Za pergi klinik boleh?"
"Bila?" tanya abang terpana.
"Sekarang pukul 6.30 pagi" jawab aku.

kenapa?
macam diduga
doktor tanya aku lewat makan?
tak ada.
semua normal.
makan normal.
tak ada yang luar daripada kebiasaan.
"Sakit perut nak muntah"
tu saja fakta yang lain dari selalu.

kata doktor mungkin sebab stress.
emak pergi umrah?
(emak aku dah meninggal!)
gaduh dengan suami?
(hari² pun abang buli aku, tapi makin sayang. tak ada pulak rasa nak lari dari rumah ke apa) :p
tak suka babysitter?
(pengasuh yang biasa tak ada.
selalu aku letak 6 keping pampers dalam beg, hari ni luak 1 je.
kesal tu MEMANG ada la, tapi tak sampai tak lena tidur)
aku beritahu doktor semuanya normal.
tak ada yang tak normal.
tak tahu kenapa tiba² boleh kena gastrik.
dulu masa kat universiti kena gastrik sebab masakan kafeteria tak best :p
sekarang tak tahu kenapa.

wah ... Alice masih menyusu
- baru 7 bulan, ada 1 tahun 5 bulan lagi nak minum susu ibu!


soalan maut
doktor tanya aku mengandung ke?
tidak.
aku ambil depo provera.

bila ingat² balik

1. oksigen
ada satu hari aku macam tak cukup oksigen kat pejabat.
sakit kepala.
pagi².
kaw² punya tak selesa.
dah niat nak balik tidur.
alhamdulillah kemudian beransur baik.
... morning sickness?!
(semasa mengadungkan Alice, jarang aku kena morning sickness)

2. jeruk mangga masam
aku teringin nak makan jeruk mangga masam
fuyooo kecur air liur!
(pada hal memang hobi pun makan mangga masam - tak kira jeruk atau kerabu mangga)

3. merancang
aku tak tahu depo provera ni berkesan ke ata tidak.
kebelakangan ni aku boleh pulak timbul jerawat macam perempuan pms.
dulu ok, cuma baru² ni saja.

rasanya macam mana eh?
biar benar!

p/s: suntikan Depo Provera
boleh didapati di Klinik Izham, Palm Spring Damasara.
dengan Dr Imelda harganya RM41 suntikan untuk 2 bulan.
di KJMC, Dr Fatima RM66.20 untuk 3 bulan.
Dr Imelda empathic suka borak², siapa yang stress mesti senang hati lepas jumpa dia :D
Dr Fatima Ob/Gyn tersangat pakar yang dah 'lahirkan' ramai baby

Tuesday, June 21, 2011

merancang keluarga: depo provera



apa?
- kaedah merancang keluarga melalui suntikan
- terapi hormon yang tahan 3 bulan

mana?
- suntikan boleh dapat di banyak klinik kerajaan dan swasta
- cuma boss saya concerned sikit, dia tak mau doktor sembarangan yang bagi shot
- untuk mengelakkan perkara tak diingini, saya pergi jumpa doktor specialist yang buat antenatal check up dulu
- Dr Fatima di KJMC

bila?
- masa yang sesuai untuk ambil suntikan nih dalam bulan ke-3 atau ke-4 selepas bersalin
- Dr Fatima kata 'start fertile 3rd or 4th month'

berapa?
- klinik swasta biasa mungkin dalam RM37
- kat KJMC harganya sekitar RM40
- Dr Fatima charged consultancy RM20 (murah kan?!)

macam mana?
- sebelum nih doktor (lain) kata kalau 'ada isi sikit' suntik kat tangan
- saya suntik kat pinggul
- tak sakit pun ... betol!
- 2 hari pertama rasa loya-loya dan kepala rasa tak berapa best (ntah-ntah sebab stres kot?)
- lepas tu ok dah (agaknya la kot) ;p

sesuai?
- self monitor - kalau sebulan naik sekilo lepas ni tak payah lagi guna kaedah ni
- kalau menyusu badan kemungkinan besar berat badan terkawal (yeah!) :D

next shot?
- 3 bulan dari suntikan sebelumnya
- kalau awal atau lewat 2-3 hari tak pe, jangan sampai seminggu

selamat merancang!
:D

p/s: bila doktor ada sebut pasal kenaikan berat badan tu baru perasan la - selera makan memang bertambah. selalu je teringin itu ini. sejak sarapan lagi dah nak 2nd helping. terjaga tengah malam pun rasa lapar. moga-moga mental kuat untuk jaga kesihatan! :)

Thursday, June 9, 2011

susuk lepas bersalin

ibu yang lepas bersalin, berapa ramai yang guna susuk lepas bersalin eh?
nak pasang tak mahal pun
kalau tak salah masa pergi specialist kat Damansara Perdana dulu katanya kurang RM400
susuk nih tahan 3 tahun
berani tak?



implanon - tahan 3 tahun


sebulan lepas bersalin berat badan mommy baby Alice dah kembali macam sebelum mengandung
cumanya tu berat dalam pantang
masa makan semua dikawal
selera pun tak ada sangat
tak berapa sihat lagi

lepas nih macam mana?
kalau ambil pil perancang boleh jadi gemuk
nak guna susuk?

hmmmm ... tak kot
mungkin guna suntikan je lah
yang nih tahan 3 bulan
harganya RM37 sahaja

tapi kalau ada side effect teruk macam mana?
miserable 3 bulan?
... dan boleh gemuk jugak :p



suntikan depo provera- tahan 3 bulan


apa kaedah perancang keluarga yang berkesan orang selalu guna eh?
jom blogwalking!

p/s: kalo entry bunyik cam mistik nak je korang baca eh! :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...