damdiduuu

Wednesday, July 13, 2011

promosi wallpaper

bisnes wallpaper makin berkembang.
dalam masa yang sama, persaingan pun makin sengit.
semalam boss mintak draftkan 1 iklan baru.
untuk surat khabar katanya.

bila dah siap baru dia bagitau iklan untuk promosi hari raya.
draft rejected sebab lebih sesuai untuk majalah berbanding surat khabar (kena berguru dengan Oh Reena nih!)
memandangkan iklan tu tak de nak buat apa pun, marilah ditempek di sini ye.


dalam iklan tu semua gambar diambil dari koleksi mural art.
koleksi baru ni masuk masa aku tengah cuti bersalin.
boleh tahan design² dia.
sesuai untuk mereka seperti Perempuan Jomblo, Farah dan artis² kreatif yang pandai menghias rumah mereka cantik².
mural art lebih kepada memberi impak dramatik kepada feature wall.

lagi koleksi mural art lengkap dan juga koleksi² lain boleh tengok kat website Maxim. (nanti nak tanya mamat yang jaga website nih dia dah upload gambar semua collection ke atau ada lagi yang dia simpan buat bekalan hari esok)
cantik woo tak tipu!
kalo tak cantik aku selamba je kata '.... booooring!' :p

rasa macam rumah besar hutan! :)


nak tengok yang real punya siap dengan contoh yang dah tampal kat dinding boleh pergi kat showroom Jalan Maarof, Bangsar.
dekat² McD Bangsar yang besar tu, depan Shell.

kat The Curve depan outlet Anakku pun ada kiosk kecik.
tapi tu agent punya la, tak tau macam mana diorang punya pricing.

mari merenung masa depan


nak tau bila masa yang terbaik beli wallpaper?
masa exhibition!
sebab banyak promosi masa tu.
boleh dapat free installation (biasa installation 1 roll RM250).
design terpilih boleh dapat sampai RM698 (biasa 1 roll RM800-900).
1 roll muat 180 kaki persegi - ngam² utk feature wall yang sederhana besar.

ala pergi je la ukur dinding tu tengok lebar & tinggi berapa, semua orang nak bagi lemak la! -______-
... tapi kalau malas nak ukur pon tak pe.
bayar je deposit untuk 1 roll pas tu suh dorang datang umah ukur.
kalau tak cukup 1 roll boleh tambah je ikut suka & ikut budget.
bila dah bayar deposit, house visit free je untuk kawasan Lembah Klang.
bijak tak? :p

rasa macam semut jalan tengah rumput tak? :p


weekend ni exhibition kat Mid Valley.
Modern Home
tak pergi pun tak pe - ukur baju di badan sendiri :)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...