asalnya bukan dompet wang
tapi dompet kunci.
saya tanggalkan penyangkut kunci yang buat semak tu.
saya buat dompet wang.
best sebab saiz kecil dan cantik!
ultra portable.
walau pun duit kertas berlipat 3.
dah lama saya beli dompet tu.
tahun 2004.
7 tahun yang lampau.
bersama dompet tu saya ada beli 2 lagi barang jenama sama.
barang² tu sangat saya hargai!
ada killer stilletto warna gold, dengan batu kristal besar bentuk berlian warna coklat gelap.
sangat² chic!
sama handbag saiz kecil atasnya berbentuk bulat.
kelihatan sangat comel dan menarik sekali.
antara harta yang sangat² saya sayang.
orang kata barang mahal boleh tahan lama.
malangnya stiletto dan handbag dah tak boleh guna.
warna gold stiletto dah mengelupas.
tapaknya dah tak lekat.
tali handbag tercarik.
salutan hitam handbag pun sama mengelupas.
dulu saya cuba bersihkan handbag tu yang terimpan cantik dalam almari.
buat beg pam susu.
balutan hitam yang mengelupas tu buat pam jadi kotor ada bintik² hitam.
akhirnya saya guna handbag yang mak mertua bagi untuk bawa pam susu.
tak segah beg yang disayangi, tapi boleh la ...
terima kasih, mak! :)
agaknya 'tahan lama' tu tak la sampai 7 tahun kot.
cuma dompet saja yang saya masih gunakan dengan aktif.
warnanya dah terpalit kotoran.
dah lama.
tak cantik lagi.
namun masih berfungsi.
sekadar gambar hiasan
minggu lepas alhamdulillah saya dapat rezeki lebih.
selepas tolak barang² untuk baby Alice & (sikit :p)daddy Alice, saya berkira² untuk beli dompet baru.
dah 7 tahun kan.
inilah splurge saya.
selalu asyik beli barang keperluan.
apa salahnya beli barang kehendak.
belum iphone, ipad dan gelang emas pun (pada hal semua barang ni saya nak sebab orang lain ada, bukan sebab betul² nak sampai tak tidur & termimpi²).
dengan daddy & baby Alice, kami ke Metrojaya The Curve.
laju saya ke display shelve Carlo Rino.
ketika membelek dompet yang diidami, baru saya perasan dompet baru ini lebih besar dari key purse sedia ada.
lebih cantik, lebih elaborated dan lebih chic :)
namun bila dibelek harganya ...
50% lebih tinggi dari yang saya jangka :(
sebagai pengguna bijak, saya pulangkan kembali dompet itu kepada juru jual.
kensel!
untung kan ada isteri macam saya - stick to budget (tolong beritahu suami saya ya!).
dalam hati saya berkira².
mungkin bukan sekarang waktunya untuk membeli dompet itu.
mungkin bila dah cukupkan budget boleh datang kembali.
mungkin dalam masa terdekat.
mungkin masih belum perlu.
mungkin belum rezeki ...
(
pagi tadi dalam lif selepas hantar baby Alice ke nursery saya terasa sesuatu yang agak janggal.
bila diperiksa poket kiri seluar terasa kosong.
... oh no wallet hilang!
*apakah yang bakal berlaku seterusnya? adakah dompet baru yang super chic bakal jadi milik saya?! sms 'derma' dan hantarkan ke akaun bank saya :D
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment