aku ada kakak.
sorang je.
aku ingat masa kecik² dulu kakak la yang uruskan adik².
sikatkan rambut (kena cekak pipi sampai penyet² sambil sikat belah tepi!).
guntingkan rambut (rare kan, tak payah gi saloon!)
dan (entah kenapa) paling aku ingat - ajar adik kecik aku pakai stoken. masa tu adik baru masuk darjah 1.
aku pun ingat ada sekali dua kakak mintak aku 'cuci' lepas adik buang air besar.
'sekali dua' maknanya selalu tu kakak la yang buat.
jadi apih & gundutman kena ingat nih, jangan lepas ni suruh kakak tukar lampin anak² dorang lak.
melampau!
kakak popular.
kat kampung semua orang kenal dia.
kecik besar tua muda semua kenal.
kat pejabat pulak - dah pergi family day branch sendiri, siap dijemput lagi pergi family day branch tempat kerja sebelumnya.
dia suka join treasure hunt, out station sana sini, melancong & ... shopping!
kakak suka belanja orang.
dari arwah mak, arwah nenek dan sampai sekarang baby Alice, macam² je dia belikan untuk diorang.
orang berhenti tepi jalan tolong tukar tayar pun dia bagi upah sampai RM50!
moga² makin bertambah kaya la dia!
(kaya macam mana baru kakak belikan aku gelang emas & iphone eh?)
ada seorang mamat nih pulak namanya Ali.
bukan Ali Zaza.
Ali Melaka.
Ali pun anak sulung.
ada salah seorang adik dia lelaki, rambut panjang.
sekali tu dia pernah sound adik dia.
jagan asyek lepak kat rumah jiran.
sebab polis baru je rush rumah tu.
('sebab adik aku la aku sound' katanya)
Ali pun popular.
paling bangsat - dalam scene Melaka sapa tak kenal dia.
awex² KL apa tah lagi!
mak cik² dan nenek² pun suka Ali.
sebab dia peramah.
macam² isu dia boleh cerita.
tak bosan bila Ali ada.
Ali abang besar.
dia ada band (antaranya) Chaos City.
rasanya banyak gig band ni main sebab dia banyak cable.
Ali selalu jaga budak² dia.
macam² hal lepas sorang² semua dia handle.
band Ali tetap main
ska, punk rock, pop
walau pun di majlis kenduri kahwin (hahahaha pecah rahsia!)
yang peliknya kakak & Ali dedua lahir pada 13 Julai.
rasanya ciri² orang yang lahir pada 13 Julai ni
- peramah
- pemimpin
- popular
- suka berkawan
- garang tapi senang didekati (jap lagi Ali kata ' ... lahanat!')
- manja :D
apa² hal happy birthday la untuk kakak & Ali.
barang siapa nak belanja cup cake silakan lah.
(topping fresh cream ya, bukan fondant!)
bukan untuk kakak atau Ali
tapi untuk mommy Alice :D
ala kita kan boleh tolong celebrate!
cheers!
moga selalu senang, sihat, bahagia & bertambah kaya.
pesanan wajib: moga cepat bertemu jodoh (apa boleh buat, dah pesanan wajib!)
Allah selamatkan kamu ....
saya, kakak dah cup cake yg sungguh menggiurkan masa majlis sanding ikin !
.
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment