damdiduuu

Thursday, July 28, 2011

cerita sedih: 'hadiah' bday baby Alice :(

kita ni kadang-kadang terlalu selesa.
selalu sangat kata 'tak apa'.
kita malas buat perubahan.
ikut je rutin hari-hari macam robot.

sebab yang biasa tu tak ada risiko.
yang dah selalu tu selamat.
yang hari-hari tu mudah diramal.
tak perlu percaturan yang memeningkan.
tak bazir tenaga belajar dan menganalisa.
tak bertambah penat.

kadang-kadang kita lupa - the only constant in life is change.
satu perkara tak akan berubah dalam hidup, yang pasti perlu dilakukan ialah perubahan.

aku selalu merungut itu ini pasal nursery.

bukan kain buruk, tapi itu anak orang tidur tengah jalan :p


pasal baby Alice kena cakar atau susu basi tu tak payah cerita lagi lah

kanak-kanak yang bukan anak jemaah pun dah mula nyanyi 'lagu abuya'.
(ala, kalau dia nyanyi lagu 'Puk* Mak Kau Babi Anjing' pun negatif jugak kan, asal tak risau pulak)

ada budak kata 'Tidur! Kalau tak tidur tau la! Cubit kang!'
kasar, marah nadanya.
aku tegur 'Jangan la marah adik, cakap la baik-baik baru dia dengar'.
tak lama kemudian skrip yang sama diulang.
oleh penjaga kepada budak tu.
baru aku sedar, budak sekadar meniru sebagaimana yang dia diperlakukan.

pagi


mommy datang waktu lunch


aku lihat bayi ditindih bantal besar pada badannya.
ditepuk dadanya kuat.
diusap kelapanya kasar.
sebab nak cepat suruh tidur.
aku diam sebab bukan anak aku.
sedangkan tak ada jaminan langsung yang anak aku tak diperlakukan begitu.

aku hairan macam mana baby Alice boleh ditidurkan meniarap.
baby Alice belum boleh meniarap.
dia panik kalau meniarap lebih dari 30 saat.
dia akan menangis.
kalau 30 saat dah menangis, macam mana nak buat dia tidur dalam keadaan tu?
what the hell I've put my baby into?!

baby Alice kerap menyusu.
di rumah setiap sejam lebih dia panggil mommy dia, nak menyusu.
waktu malam lambat sedikit, selang 2 jam lebih.
di luar bila berjalan-jalan pun sama, mommy Alice sedia on demand.
lambat-lambat nanti baby Alice menangis kalau tak dilayan.
di nursery waktu makan sesi pertama ialah pukul 12 tengahari.
kadang-kadang aku datang pukul 1 petang, Alice baru minum 1oz.
pagi baby Alice menyusu dan mommy tidurkan sebelum masuk pejabat pukul 9, kemungkinan besar dalam pukul 10 dia terjaga nak susu.
dari pukul 10 sampai pukul 12 apa yang baby Alice buat? dia tak lapar?

kadang-kadang aku nak jemput baby Alice dekat pukul 7 petang pun sama.
botol ketiga baru nak diberi pada Alice
kalau last feeding pukul 3 petang, maknanya dah dekat 4 jam dia tak minum.
Am I a bad mother for putting my baby through this?!

petang semasa aku mengemas beg baby Alice kadang-kadang masih ada bayi yang tinggal.
ada yang merangkak datang, meluru menghisap botol Alice.
bukan hisap di puting.
tapi hisap seluruh botol kosong tu.
sebab kelaparan.
sekali lagi aku ambil sikap 'bukan anak aku'.

pagi: tidur sorang² dalam baby cot


mommy datang waktu lunch: hey who's that?!


ada sorang bayi ni pulak selalu saja sakit.
batuk.
kalau tak batuk, hingusnya meleleh-leleh.
ah ... aku ni yang cerewet sangat agaknya.
mana-mana nursery pun mesti ada budak sakit.
patut ke aku merungut kalau baby Alice terkena batuk?

nursery tak berkunci.
biasa la, manusia tak akan terngadah selagi tak terhantuk.
apa nak risau kebanyakan baby mak diorang jaga kat dalam tu, mesti selamat punya.
kalau baby yang mak dia tak ada kat situ, tawakal je lah ...

ada kalanya baby ditinggal unsupervised.
aku la paling risau sebab baby Alice paling kecil.
lebih-lebih lagi kalau baby Alice diletak dalam bouncer kat bawah.
lebih-lebih lagi bila budak-budak lain tengah main baling-baling bola (dan juga baling mainan-mainan lain!).
kalau dalam baby cot kurang sikit kot risau.

selalu aku bekal lampin pakai buang 6 keping.
cuma 2 atau 3 yang digunakan.
sekali tu ada penjaga baru.
aku bekal 5 keping lampin pakai buang.
semua habis, tak ada baki dibawa balik.
esoknya pun sama.
lusanya penjaga yang biasa, 3 keping saja digunakan.
korang rasa yang 5 keping tu .... ?

korang letak bedak kat baby tak?
letak kat mana?
lumur 1 muka?
dulu aku hairan kenapa balik rumah mata Alice merah, uratnya timbul.
kan dia baby lagi, takkan penat mengadap pc?
sampai la satu petang aku tiba di nursery, aku tengok muka baby Alice berbedak.
kelopak mata pun berbedak.
tepi keliling-keliling mata pun berbedak, tak ada gap langsung.
(entah kenapa bila tengok je aku rasa macam jadi bodoh, tak percaya langsung, betul ke apa yang aku tengok nih?!)
kemudiannya aku tengok seorang budak baru lepas mandi.
mukanya dilumur bedak (pinjam je bedak sapa yang sempat) sesedap rasa.
baru aku sedar mata Alice sensetif, tak boleh letak bedak DALAM mata dia ...

aku ni memang tak sedar diuntung.
orang nak jaga baby dah cukup baik.
orang lain dah hantar anak bertahun-tahun kat situ tak pernah pun komplen, siap dapat puji lagi!
kalau tak suka pergi la cari tempat lain.
habis cerita.

memang aku nak cari tempat lain.
masih mencari.
biasa la manusia ni anti-perubahan.
bila nak berubah asyik bertangguh dan beri macam-macam alasan.

sekarang tak perlu tunggu.
tepat usia baby Alice 3 bulan dia diberi hadiah istimewa.

sms sudah!


cuba cari nursery lain.
pada tengahari Rabu.
kalau korang macam mana?
berapa lama masa yang diambil untuk cari nursery lain?

1 comment:

  1. emph.. siannya dia. nasib cepat bertindak. diorg ni skang jaga sebb duit. bukan ikhlas. semoga semua selamat ye amin!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...