damdiduuu

Tuesday, June 28, 2011

baby Alice kena cakar :(

pagi hantar Alice pergi nursery elok je
lunch datang tengok muka ada merah².
tanya abang - pagi tadi muka baby ada kena gigit nyamuk ke apa?
tak ada katanya.
abang pesan ambil gambar.

ada tanda merah di kulit muka Alice
di atas kening
di kelopak mata
di tepi mata
di bawah mata sampai pipi
ada tanda yang segaris je, ada tanda yang lebih lebar.

tanya pada pengasuh
mula² dia mumble² something
apa tah tak jelas
kena kacau?

dua kali tanya baru dia jawab dengan panjang lebar
ada sorang budak tu selalu geram tengok baby
aku tanya 'dia buat apa?'
'dia cakar agaknya, tadi tak nampak pun merah, Hadeef pun pernah kena, mak dia kerja kat bawah ...' dan ada cerita panjang lagi aku tak ingat
(tak ingat dia cakap 'Hadeef pernah kena' ke atau 'Hadeef selalu kena'

*sigh*

aku sengaja tak bagitau abang
kalau bagitau mesti abang risau
aku lagi risau: risaukan abang
kalau² dia capai butterfly yang ada kat ********** pas tu tikam budak tu.
biar la aku je yang down sekarang
:(

aku tidurkan baby Alice
sebab mengejar masa, selepas letak Alice dalam baby cot aku feed Alice dengan susu yang dah perah ke dalam botol pagi tadi.
pagi tadi aku letak rata² 1 botol 2.5oz.
yang tinggal dalam botol ada separuh.
feed.
Alice muntahkan.
aku bau.
oh, bau santan masam.
padan lah
*susu perahan SELEPAS DIPANASKAN cuma tahan 1 jam, selepas 1 jam dah tak elok untuk beri pada bayi

pengasuh bawak lagi 1 botol.
sama juga.
kandungan botol dah tinggal separuh.
feed.
muntah.
bau.
masam.

*sigh*

macam mana la dorang boleh pelik yang Alice cirit birit.

*sigh*

aku susukan Alice sampai dia lena
balik office lewat setengah jam
makan gaji buta dah nih

*sigh*

kalau boleh memang aku nak baby Alice menyusu direct paling awal sampai umur 6 bulan.
kalau boleh aku nak jaga Alice sendiri supaya apa² jadi aku tak kan salahkan orang.
pada umur 3 tahun, aku nak hantar Alice ke kelas pertahanan diri supaya dia tidak dibuli dan meningkatkan self esteem dia - ada kelas pertahanan diri untuk bayi 2 bulan tak?

kalau boleh ...

kalau korang macam mana?
boleh?

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...