damdiduuu

Sunday, July 10, 2011

kisah ainul mardhiah

menurut kisahnya, Rasulullah saw pernah bercerita
ketika memberi semangat kepada para pejuang yang berjihad di jalan Allah:
barang siapa syahid akan dikurnia bidadari paling cantik di syurga
Ainul Mardhiah namanya

ada sahabat teringin nak tahu
betapa cantik bidadari tu
tapi malu nak tanya pada Rasullullah

sunat tidur khailulah
tidur sebentar sebelum Zohor
dalam tidurnya sahabat bermimpi terjaga di di tempat yang sungguh indah
bertemu lelaki perpakaian bersih & cantik dengan muka berseri².
bila ditanya di mana dia kini
'syurga' jawapannya

lalu sahabat menyatakan hasrat bertemu Ainul Mardhiah
dan ditunjukkan arahnya

di bawah pohon terlihat olehnya seorang wanita yang amat cantik
tak pernah dia melihat kecantikan yang sebegitu agung
lalu ditanya adakah si dia Ainul Mardhiah?
bukan. itu khadamnya. Ainul Mardhiah di singgahsana.

terus sahabat berjalan memasuki istana tersegam indah
terlihat olehnya seorang wanita sedang menggilap permata
jauh lebih cantik dari wanita sebelumnya
sekali lagi ditanya adakah si dia Ainul Mardhiah?
bukan. ini juga khadamnya. Ainul Mardhiah di singgahsana.

naik ke singgahsana yang amat mengagumkan
sahabat akhirnya bertemu dengan wanita yang terlalu cantik berbanding ke2 sebelumnya
itulah Ainul Mardhiah
diciptakan untuk lelaki syahid :)

kisah mimpi diceritakan kepada sahabat
namun usah dikhabar kepada Rasullulah
melainkan sahabat syahid di medan perang

dengan taqdirnya, sahabat syahid.
ketika menanti waktu berbuka, kisah dikhabarkan kepada Rasullulah.
baginda mengiyakan setiap butiran dalam mimpi tersebut
seraya menyatakan
sahabat tersebut sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga ...

si comel Ainul Mardhiah bersama Mak Su Najihah & Uminya :)


Ainul Mardhiah - mata yang diredai
Ainul Mardhiah juga nama yang diberi kepada cousin baby Alice yang lahir pada 23 Jun 2011
walau banyak cabaran bagi umi & keluarga menyambut Ainul Mardhiah, insya Allah semuanya sekadar asam garam melahir, mendidik & membesarkan seorang insan.
semoga semua baby dilindungiNya :)

1 comment:

  1. tq bby alice..mommy n ddy yg sudi jenguk ainul maardhiah...n hadiah tu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...