damdiduuu

Friday, July 29, 2011

hadiah sebenar bday Alice :)

tengah hari Rabu dapat sms yang nursery tak dapat jaga baby Alice lagi.
apa nak buat?
nangis?
panik?
merayu minta dorang jaga baby sampai dapat nursery baru?

tak perlu tu semua.
This is Zayck!
mommy ambil kesempatan untuk cuti jaga baby Alice.
dan-dan tu jugak.
half day Rabu, sampai Isnin baru masuk kerja semula.
mak mana yang tak suka spend time sama baby comel yang selalu dirindu-rindu, kan? :)

sebelum keluar office untuk cuti, google taska terdekat.
dapat! yeah! :D

selama cuti menjaga baby Alice baru mommy nampak perubahan dia.
baby mommy dah besar :)
baby Alice dah makin kurang tidur siang.
makin suka main, aktiviti fizikal, berbual serta makin kuat senyum dan ketawa :)
makin teliti perhatikan tangan dia, belajar guna tangan dan asyik cuba nak pegang itu ini.
maknanya baby Alice makin cepat bosan kalau tak ada aktiviti.
cepat nangis kalau tak dilayan.
tak suka baring atau duduk tengok tv saja tak buat apa-apa.

terutama sekali bab senaman fizikal ni perkara baru, dulu setakat borak je dia dah terhibur!
baby Alice kalau baring suka bergolek untuk meniarap.
kalau duduk suka bergolek untuk (tak tau, agaknya) berubah kedudukan (kot).
kalau didudukkan tak suka bersandar tapi suka tegakkan badan lurus-lurus.
suka dipegang tangannya dan berdiri - siap dia cakap (something something yang belum difahami) dengan bangga dan gembira lagi! :)

baby Alice tengah concentrate tengok tv


baby Alice mengajar mommy tak ada benda yang statik dalam dunia ni.
semua perkara pun berubah.
baby Alice berubah, makin banyak belajar dan makin pandai.
maknanya mommy pun kena berubah, kena lebih banyak belajar dan mesti jadi lebih pandai.
dengan cara tu saja mommy boleh mentor, didik dan asuh Alice.
bukan biar baby Alice tercari-cari tertanya-tanya sendiri.
bukan biar mommy dan orang sekeliling stres tak faham kenapa Alice berperangai pelik.
bukan itu untuk baby mommy :)

apa hadiah sempena birthday baby Alice 3 bulan?
play school! :D
mommy akan terus belajar untuk mengasuh baby Alice sampai bila-bila.
sementara ni mommy nak baby Alice belajar dengan kurikulum yang tersusun :)


play school ni lebih dekat dengan rumah.
insurance covered.
bukak pintu saja nampak burung kenari kuning dalam bird cage dan hamster yang suka tidur :D
cuma kosnya agak tinggi.

Registration: RM100
Deposit: RM300 (refundable)
OT (till 7pm daily) per month: RM90
Monthly fee: RM505


mahal giler kan?
double bayaran RM300 untuk nursery sebelum ni
semoga makin bertambah melimpah ruah rezeki baby Alice!
tak cukup dengan doa saja, usaha perlu dilipat ganda.
ehem ... tak teringin nak bagi hadiah birthday untuk baby Alice ke? :D

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...