damdiduuu

Saturday, July 2, 2011

dari SaraKids ke Seremban

lepas kerja abang bawak aku & baby Alice ke SaraKids di Shah Alam.
nak beli cooler bag yang kecik sikit.
senang nak bawak hari².

bagi ibu² yang menyusukan bayi mesti familiar dengan website SaraKids.
banyak barang penyusuan ibu dengan harga berpatutan kat sana.
lebih banyak pilihan berbanding hypermarket biasa.

tengok je website untuk tau harga dan product line SaraKids
http://www.sarakids.com/

usya cooler bag kat SaraKids banyak pilihan :)


mulanya pening juga nak cari outlet nih berdasarkan alamatnya.
bila tanya member yang jadi agen SaraKids, rupanya dekat saja dengan Giant/ Stadium Shah Alam.

lepas makan nasi briani di TTDI Jaya, kita ke I-City.
kemudian abang tanya 'Nak pergi mana lagi?'
'Jadi ke nak balik Seremban?'
'Jom lah' jawabnya.

Ad-hoc betol!
asalkan beg baby dah ada, insya Allah semua ok.
dah sampai Nilai baru sedar mommy tak bawak pump :p
merasa la perah guna tangan ...
kira ok la tu :)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...