damdiduuu

Thursday, May 3, 2012

strawberry pavlova for my birthday!

memandangkan birthday Alice
dan birthday mommy jaraknya cuma seminggu
waktu cari birthday cake untuk Alice
mommy pun cari la cake untuk mommy juga.
tapi dalam masa seminggu
birthday cake Alice pun belum tentu habis lagi.
rasa macam bosan juga kalau nak makan kek lagi.

red velvet?
rainbow cake tinggi²?
cheesecake yang makan sikit saja dah cukup?
akhirnya mommy pilih pavlova saja la.
special sangat!
:D


yay, happy birthday!
:D

berbanding dengan kek Alice yang agak mengecewakan
pavlova ni mommy suka 100%!
dan harganya cuma RM50
jauh lebih murah daripada kek.

apa nak kata pasal pavlova
kerak tepinya rangup manis
isi dalamnya lembut
krimnya sedap
strawberry jadi pelengkap rasa.
tak ada apa yang kurang!

pavlova ni tempah daripada 4 Cakes In A Cup
dan penghantaran dibuat percuma oleh cik puan tokey besar
ke pejabat mommy.
memandangkan cik puan tokey besar kerja di Dataran Sunway saja
boleh la buat regular order macam ni kan :D


sekali makan mommy & daddy saja dah habis banyak ni!
strawberry dia memang banyak bersepah²!

syukur alhamdulillah
sekarang cuma tunggu celebration tertunda minggu depan
baru mama Pi free nak celebrate 3 birthday sekali gus
birthday mama Pi, Alice & mommy.
semoga dipermudahkan semuanya
syukur alhamdulillah
:)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...