damdiduuu

Sunday, May 13, 2012

baby Alice demam 3.0

tak disangka²
balik daripada makan di South Sea Seafood
baby Alice demam.

tak tahu la sebab
- berjaga lebih dari regular bed time
- keluar berembun malam² kat tempat tak berbumbung
- semalam baru saja kena suntikan imunisasi (selalu memang tak demam lepas kena suntikan)
- lewat sangat tidur sebab pukul 2 pagi baru sampai rumah
- atau semua jawapan di atas

cuma yang mommy perasan
Alice memang meragam malam tu.
biasa malam pukul 8 lebih lagi dah masuk tidur
tapi kali ini pukul 8 lebih baru kita keluar rumah.


South Sea Seafood, Subang


Alice meragam


dah mengantuk
tapi suasana sekeliling masih happening


budak kecik dah penat
sian dia!

tak ada apa² yang di luar kebiasaan.
selepas keluar daripada restoran
dalam perjalanan balik
Alice drink milk dan kemudian tidur.
mommy letak Alice di baby car seat
sebelah mama Pi di back seat.

selepas mama Pi turun di Danau Kota
bila mommy periksa
terkejut besar bila rasa badan Alice panas sangat.
cepat² daddy basahkan tuala untuk letak di kepala Alice.
Alice pula bila disapu dan dituam dengan kain basah
terus dia meragam,
tak suka.

malam tu memang remuk redam hati mommy.
tak pernah bawa Alice keluar lewat malam
baru ini pertama kali
terus Alice demam :(

merebak
macam biasa bila Alice demam
kita memang tak lena tidur.
sekejap² bagun basahkan rambut, muka, leher, badan dan peha Alice.
memang teruk kali ini.
selalu kalau demam
cuma kepala, leher, tapak tangan dan ketiak Alice saja yang panas.
kali ni dah merebak sampai badan ke peha.
kesian Alice :(
daddy tampalkan cool fever kat dahi dan ketiak Alice.
Alice memang tak suka cool fever
kena saja terus menangis
:(

esoknya bila Alice bangun
terus mommy mandikan dengan air sejuk.
kali ni Alice demam memang nak menyusu saja.
bila tak diberi menyusu
menangis la dia.
jadinya pagi tu Alice menangis tak henti² waktu mandi.
sedih sangat² mommy tengok :(

apa lagi yang boleh mommy buat.
cuma feed Alice sambil nyanyi selawat syifaa
pesan pada Alice 'Be well, be healthy, don't be sick'.
daddy siap² tampalkan cool fever.

reda
selepas mandi memang suhu badan jadi kurang.
mommy risau sangat kalau Alice demam lama.
kesian, nak minum air kosong pun tak ada selera.
syukur alhamdulillah suhu badan Alice jadi makin normal sejak lepas mandi tu.
syukur sangat²!

selapas ni?
entah la.
mommy doa yang terbaik untuk Alice.
mungkin mommy akan fikir panjang untuk bawa Alice keluar malam²
lebih² lagi lepas Alice baru terima suntikan imunisasi.

semoga kita semua sentiasa dilindungi selalu!

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...