damdiduuu

Wednesday, May 9, 2012

stamping di LHDN Damansara Perdana

rupanya tak siapa pun tahu
berapa kena bayar untuk parking di income tax Damansara Perdana.
orang kerja sana pun tak tahu.
abang kata ikut rate
check saja la di autopay bila nak keluar.

member office kata kalau boleh
dapatkan parking betul² depan entrance.
kalau tak ada, boleh masuk ke basement
(alhamdulillah syukur sangat² saya tak payah bersusah payah pasal parking ni!)

saya?
mujur abang yang hantarkan.
abang memang saya saya sangat².
abang risau kalau saya kena drive jauh²
(selain daripada office & nursery Alice, semua tempat lain dikira jauh!)
mana² saya nak pergi, abang hantar.
terima kasih sangat²
:)


masuk² saja tak perlu beratur
terus ke kaunter 11 untuk ambil borang
isi borang berdasarkan contoh yang ditampal dekat² dengan tempat ambil nombor giliran.
ambil nombor giliran.
tunggu nombor dipanggil untuk berurusan di kaunter


selepas urusan di kaunter
pergi ke kaunter 16 atau 17 untuk urusan pembayaran.
selepas submit borang, agreement & bayaran
tunggu kakak kaunter panggil nama dan dapat agreement yang dah siap stamping.
selesai!

p/s: sila buat stamping dalam masa 30 hari daripada tarikh agreement.
kalau dah lebih 30 hari, kena penalti RM25!



0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...