itu kesimpulan yang boleh dibuat
selepas tengok perkembangan Alice akhir² ni
percaya
memang susah nak sapu hidung Alice bila ada hingus.
macam tu juga bila Alice bersin².
tapi ada rahsia sebenarnya.
Alice percaya dan beri pada mommy
untuk sapu hidung dia
bila rasa macam tak selesa.
mungkin perkara kecik saja bagi orang lain
tapi terlalu besar maknanya
untuk seorang bayi
:)
lawak la pulak
Alice ada kecenderungan
untuk buat lawak.
supaya mommy ketawa
bila dia buat sesuatu.
baru² ni Alice drink bottle
tak sengaja nak drink bottle
tapi dia termasukkan sisi botol dalam mulut.
bukan puting botol.
macam mana nak minum susu?
ketawa mommy tengok.
Alice pulak bila tengok mommy ketawa
dia sengaja buat lagi
dan ketawa sama².
sebijik macam waktu Alice eat toe dulu.
baby pun ada niat nak buat orang lain suka hati
:)
lawak sikit
satu hari dah lama tak main Barbie
mommy pun beri Barbie pada Alice.
rambut Barbie dah kusut masai!
nak beri sikat Barbie
takut Alice telan - kecik sangat!
nak bagi sikat biasa macam tak bersih kalau Alice masuk dalam mulut.
last² mommy kata saja pada Alice
'Comb Barbie's hair'
tau Alice buat apa?
bukan sikat rambut Barbie guna tangan
tapi Alice ambil Barbie jadikan sikat
untuk sikat rambut dia sendiri!
tu la, bagi arahan tapi tak cukup sokongan material
dah jadi lain pulak mesej yang diterima
:p
wrestlemania
pernah tengok wrestling?
pernah tengok orang tengok wrestling?
ada yang siap bagi ulasan berapi bila tengok wrestling
(eh ke tengok bola?!)
baby Alice tak tengok wrestling
tapi ada satu hari dia tengok Wipe Out
bila orang jatuh dengan bola²
dan orang jatuh dalam air
Alice komen² siap tunjuk aksi dengan jari² dia lagi!
tak tahu la apa yang dia komen
suruh orang tu lompat betul² jangan jatuh
atau suruh orang tu main air lagi :p
cumanya, pada usia satu tahun
baby Alice dah ada pendapat dia sendiri
:)
monkey see monkey do
Alice juga banyak belajar dari apa yang dia tengok di sekeliling.
tak kurang juga bila tengok tv.
sekali tu kita perasan
ada ditayangkan orang tabik
kemudian Alice pun tabik sama
tapi tabik versi dia sendiri.
tangan kat kepala
jari telunjuk bengkok tunjuk kepala
jari lain semua lurus.
daddy dan mommy ketawa sorok²
:p
stranger anxiety
mommy ada terbaca
yang stranger anxiety memuncak bila bayi umur 12 - 18 bulan
terutama sejak mula berjalan.
mommy perasan bila di nursery Alice sekarang memang lebih clingy.
waktu mommy nak simpan susu dalam peti ais pun
Alice tak mahu duduk bawah.
Alice nak panjat mommy, nak dukung, nak duduk di riba.
bila diletak atas bouncer
kadang² Alice bangun dan elok saja bergulung kecik² duduk kat riba mommy.
macam mana nak pergi kerja? :p
tak apa :)
itu la tandanya baby sayang
tak boleh berenggang
macam kita dengan mak kita waktu kecik dulu
(bila dah besar mak 'dah tak ada', terpaksa juga berpisah ...)
my very own things
selalu pagi² bila daddy letak Alice dalam kereta
mesti Alice tak mahu duduk.
menangis saja dia
sebab dia tahu daddy tak ikut ke nursery.
akhir² ni kita beri Alice purse lama mommy (Carlo Rino tu!)
memang Alice tekun belek.
disebabkan Alice budak baik
mommy beri Alice hadiah.
mommy beri Alice kad untuk simpan dalam purse tu.
hasilnya?
Alice seronok ada kad sendiri :)
dia belek dan main dengan suka hati.
sebelum turun dari kereta
Alice akan simpan kad dan purse dalam glove compartment baik²
:)
oh ya, bila sebelah tangan tengah pegang kad
Alice tak tahu macam mana nak tepuk tangan :p
mesti dia senyum lebar dan ketawa²
bila tepuk tangan dengan kad kat tengah².
alahai comelnya
:)
opah hang!
satu perkara yang betul² buat kita terhibur
ialah Alice dah pandai kiss!
yang peliknya, orang kiss bunyi 'muahh'
Alice?
bunyi 'pah!'
dia cuma dekatkan muka
kemudian bila dah kembali ke posisi asal
bunyi slow²
'pah!'
kiss dulu, lepas tu baru bunyi,
bukan serentak!
yang Alice suka kiss
ialah semua soft toys, teddy bear dan dolls dia.
baby lain pun Alice suka kiss.
orang besar?
jangan harap!
kalau nak rasa Alice kiss
bagi dia kiss baby
lepas tu kata 'kiss aunty/mommy/mama'
untung² boleh dapat.
kalau terus² saja nak kiss orang dewasa
.... kirim salam!
i pah you
yang paling tak boleh blah
siap waktu mandi
Alice dekatkan muka kat baldi,
ingatkan dia nak minum air dalam baldi tu
kemudian dengar bunyi 'pah'.
amboi! orang dewasa tak mahu kiss
air dalam baldi pulak dia kiss?!
:p
moga Alice sentiasa sihat dan rajin belajar.
sayang sayang sayang!
:)
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment