jalan tu jalan juga
tapi pincher grip kat tangan kanan tu penting! :p
cubit cubit cubit
penting untuk ambil dan pegang benda² kecil
termasuk makanan
:)
sedar tak sedar
baby Alice dah 13 bulan.
by right
dah bukan baby lagi.
dah jadi kanak².
banyak perkembangan Alice akhir² ini.
tapi mommy yang sibuk nak shooting
semua jadi tertangguh:p
yang dahulu didahulukan.
prioritize.
tak sempat nak mengarang panjang²
ada baby yang pandai berjalan
sejak umur 8 bulan.
lebih² lagi baby yang ada kakak atau abang.
baby suka meniru.
abang dan kakak boleh sampaikan mesej
macam mana nak berlatih berjalan.
walau pun ada makcik
yang ajar cara urut kaki Alice
supaya cepat berjalan
dan kita pun selalu galakkan dia,
tapi Alice berjalan ikut suka dia sendiri.
walking tall
yang mommy perhatikan
Alice lebih suka berjalan di nursery
mungkin sebab ada kawan yang sama² baru nak pandai berjalan
dan mungkin juga sebab ada banyak ruang lapang
yang berlapik tikar ABC lembut
:)
sekarang dah nampak Alice makin gigih belajar bercakap.
banyak bunyi yang ditiru
dan banyak senaman mulut yang dia buat :D
bila ketawa, kadang² boleh nampak gigi atas
ada 4 batang gigi atas yang makin tumbuh besar!
gigi bawah ada 2 saja
:)
selain berjalan,
skil yang nampak Alice tengah tajamkan ialah bercakap.
boleh nampak Alice faham banyak perkataan daripada yang dia boleh sebut.
what's wrong with my button?!
selalunya tengah main, bila nak drink milk
nanti Alice akan datang pada mommy
dan kalau tak sabar, Alice terus selak baju.
kadang² Alice suka kacau pusat.
jadi bila Alice selak saja baju
terus mommy warn 'No no no! No disturb belly button!'
Alice buat muka tak bersalah
tunjuk kat depan baju dia
dan kata 'baten! ... baten!'
hahahaha orang kata belly button
dia kata button kat baju dia pulak!
:p
antara perkataan yang Alice faham:
drink milk
drink water (air kosong dalam botol)
sleep
dah/enough
No!
walk
lay down
sit down
up
bath
take off baju (Alice tarik² baju dia tapi tak pandai tanggal baju sendiri)
button
Teddy, Pinky, Barbie, Bina, Koala, piano (Alice's toys)
read book/flip page (selepas sepahkan book!)
keep (bila nampak je dia nak buat sepah, cepat² kata 'Alice, keep toy/book', dia akan simpan dan kemudian tepuk tangan!) :D
clap hand
ride car (naik toy car keliling rumah)
play wire (perkara bahaya yang Alice suka buat!)
eat toe
tickle
nose
wipe nose
bottle
babab (Alice tepuk² peha dia kuat²!) :p
change pampers
cat/ meow
card
purse
kiss (pah!)
am (makan)
drink (apa² bekas kalau bagi pun dia akan buat aksi minum!)
dancing (lebih macam head bang pun ada!) :P
bababa (bye²)
what's my name?
selalunya Alice panggil daddy
bunyi macam daddy juga.
kalau daddy jauh
nak jerit²
selalunya Alice panggil 'Ayah!'
hahaha dulu kita pelik
kenapa Alice panggil daddy 'ayah'
sebab kita ajar 'daddy'.
lama² mommy fikir
sebenarnya bukan Alice panggil 'ayah'
tapi Alice tiru mommy -
tiap kali bila daddy buli, mommy jerit² 'Ayang!'
bukan 'ayah' sebenarnya,
tapi Alice panggil 'ayang'!
:p
mommy? cuma dengar 'mie' saja Alice sebut
itu pun waktu malam tengah tidur tapi lapar nak minum susu
:p
don't cry for me Argentina
selalunya di nursery pagi²
bila mommy nak pergi kerja
mommy sneak out
untuk mengelakkan Alice menangis kuat² tak mahu ditinggalkan.
tapi selepas baca di internet
rupanya kena cakap good bye
kena beritahu baby 'petang nanti mommy datang pick up'
kena ajar baby terima perpisahan
dan yakinkan dia kita akan jumpa lagi.
kalau tiba² terus hilang
lagi baby jadi lebih frustrated.
mulanya mommy skeptical.
buat apa nak berdrama pagi²
lagi leceh kalau beritahu Alice mommy nak tinggalkan dia di nursery.
awalnya memang susah juga.
selepas drink milk dan main,
bila dah sampai masanya
bacakan selawat sambil usap kepala dan hembuskan pada ubun²,
doakan moga Alice dilindungi,
kiss dan beritahu mommy nak pergi kerja,
petang nanti mommy jemput Alice.
dengar cakap kakak,
play toys with friends, don't be naughty, be a good girl.
i'll be back :)
bila diberitahu macam tu, memang Alice meragam sikit.
mula merengek, nak dukung, nak panjat, nak duduk di riba
siap tiba² nak drink milk lagi.
tapi kemudian dia faham.
dia duduk saja
main toys.
bila mommy keluar dari bilik
kunci pagar tangga
bye² Alice sebelum turun tangga
Alice tengok dari jauh. Alice tak gembira, Alice diam
tapi dia tak menangis.
baby mommy is so strong
:)
entah kenapa kebelakangan ini
rasa macam Alice lebih clingy dengan mommy.
aiyok! mommy pun ada banyak kerja nak kena selesaikan.
jadi kita cuba lebihkan Alice dengan daddy.
bila Alice meragam,
daddy yang pujuk dan hug.
bila nak tidur
daddy akan bawa ke bilik,
change pampers dan daddy yang padamkan lampu.
Alice nak kena lebih banyak main dan spend time sama daddy
dan juga biasakan dengan mama Su, mama Mia & mama Pi.
Alice mesti belajar terima lebih ramai orang.
oh ya, baru² ni di launching Maxim
antara ramai² orang kat situ
Farah SaraKids yang paling banyak contact sama Alice.
Farah curi² kiss Alice.
selalunya Alice cepat berpaling bila dengan orang dewasa.
tapi dengan Farah - Alice tengok, tenung dulu
lepas tu baru paling.
siap senyum² lagi :)
yang mahalnya, bila mommy beritahu Farah
'Alice kiss bunyi pah!'
terus Farah pah Alice
senyum lebar budak kecik tu!
:)
jadi bukan la tak boleh langsung nak approach Alice ni
cuma kena tahu caranya
:)
untung la Alice tak suka dengan orang.
bila Alice duduk di riba mama baby lain
mommy yang sedih :(
(baby sebenar pun sedih juga bila tengok baby lain duduk kat mak dia!)
selain daripada tu
Alice pun suka duduk di riba pengasuh yang sekarang ni
pengasuh yang ke-4 di nursery yang sama.
mujur dengan pengasuh kali ni Alice dengar kata
tapi masih manja.
tak menikus macam sebelum ni takut sangat²!
dah 2 minggu berturut²
sampai Jumaat malam saja Alice mula demam
dan sembuh pada hari Ahad.
mungkin memang pada masa ni musim bayi demam.
di nursery ada baby yang masuk wad
dan demam teruk.
Alice ada batuk² sikit
waktu tidur malam kadang² batuk
sampai muntah.
kesian dia :'(
minggu ni moga² dah betul² sembuh!
di nursery pun sebelum ini Alice tak minum susu sangat.
baru ni saja sampai habis semua 5 botol!
be healthy, be well, don't be sick ya baby!
hah, kenapa change pampers? bukan cikgu english taught "change diaper" ke?
ReplyDeletehaaaaa...? camne camne camne
marketing strategy. bila dah besar berus gigi dengan colgate jenama darlie & minum milo jenama vico :D
ReplyDelete