damdiduuu

Showing posts with label pavlova. Show all posts
Showing posts with label pavlova. Show all posts

Saturday, May 4, 2013

birthday cake Barbie & pavlova

selain daripada potong kek kat sekolah dulu
mengambil kesempatan hari mengundi
kita pun celebrate birthday Alice 27 April
dan birthday mommy 4 Mei


pavlova just strawberry sedap
macam biasa book kat
4 cakes in a cup
RM60


kek barbie
1st time
tempah kat baker dari Senawang
Cik Biha.
chocolate moist cake
dengan topping butter cream.
recommended!

RM100


alhamdulillah
berbaloi bila budak kecik suka
:)


thank you, daddy!


kita suka cream topping yeah! :p


Alice ni kalau nak duduk sama² ok
tapi kalau orang lain nak conquer mommy dia,
orang lain nak duduk sorang² kat riba mommy dia
dia tak kasik!
:p

tak ada dalam gambar:
maSu, papa Zuri, umie Hilmiey.
terima kasih banyak².
moga bertambah rezeki kita akan datang!

alhamdulillah!
:)

Tuesday, September 11, 2012

video: Pavlova



1 sudu teh cuka putih
1 sudu teh ekstrak vanila
setengah sudu besar tepung jagung
1 cawan gula halus
4 biji telur (ambil putih telur sahaja)

pukul putih telur hingga kembang.
masukkan gula sesudu sekali masuk
sehingga habis.
masukkan tepung jagung,
ekstrak vanila,
cuka putih,
gaul hingga sebati.
pukul 4 minit lagi
atau sehingga puncak keras terbentuk.

letak adunan yang telah kembang pada dulang pembakar.

panaskan ketuhar pada 300 darjah Fahrenheit
setelah adunan dimasukkan dalam ketuhar, turunkan suhu kepada 250 darjah Fahrenheit
bakar selama 1j 15 minit.
padamkan api, buka pintu ketuhar dan biarkan pavlova selama 45 minit
atau sehingga sejuk.

setelah sejuk
hiaskan dengan whipped cream dan berries

Friday, August 3, 2012

nikmat yang dinanti²


kek ni untuk abang.
dah lama nak bagi.
abang tak berapa suka sangat pavlova.
manis sangat katanya
(jadi isteri dia boleh habiskan pavlova yang sungguh lazat itu sorang²!).
baru hari ni sampai.
belum buka lagi kotaknya.
moga abang suka kek ni
:)


yang atas untuk abang.
yang besar kat bawah tu
untuk saya share ramai²
dengan kakak dan adik².
tapi tak ada siapa pulak yang nak datang minggu ni...


apa boleh buat
nampaknya cuma rezeki kita berdua sama Alice.
hui ... tak sabar nak tunggu waktu berbuka
:D

Friday, June 29, 2012

2nd wedding anniversary

wah diam tak diam
dah nak masuk 2 tahun usia pernikahan :)
anak dah umur 14 bulan.
belum nak tambah lagi kot :p

apa program nak celebrate?
kita mulakan dengan bukak kotak la
:D


fuyoo kotak dah ada branding sekarang!
:D


wah! cheesecake?!


dah Like kat fb?


pavlova la!
strawberry passion fruit pavlova.
masam manis kenangan 2 tahun bertiga
:)

terima kasih untuk 2 tahun yang bermakna
1 anak comel yang bijak
1 budak (besar) nakal yang kuat buli
sebanyak²nya pengorbanan yang tak dapat dibalas
serta sokongan moral, tenaga dan material yang akan selalu diperlukan
:)

syukur alhamdulillah
:)

Thursday, May 3, 2012

strawberry pavlova for my birthday!

memandangkan birthday Alice
dan birthday mommy jaraknya cuma seminggu
waktu cari birthday cake untuk Alice
mommy pun cari la cake untuk mommy juga.
tapi dalam masa seminggu
birthday cake Alice pun belum tentu habis lagi.
rasa macam bosan juga kalau nak makan kek lagi.

red velvet?
rainbow cake tinggi²?
cheesecake yang makan sikit saja dah cukup?
akhirnya mommy pilih pavlova saja la.
special sangat!
:D


yay, happy birthday!
:D

berbanding dengan kek Alice yang agak mengecewakan
pavlova ni mommy suka 100%!
dan harganya cuma RM50
jauh lebih murah daripada kek.

apa nak kata pasal pavlova
kerak tepinya rangup manis
isi dalamnya lembut
krimnya sedap
strawberry jadi pelengkap rasa.
tak ada apa yang kurang!

pavlova ni tempah daripada 4 Cakes In A Cup
dan penghantaran dibuat percuma oleh cik puan tokey besar
ke pejabat mommy.
memandangkan cik puan tokey besar kerja di Dataran Sunway saja
boleh la buat regular order macam ni kan :D


sekali makan mommy & daddy saja dah habis banyak ni!
strawberry dia memang banyak bersepah²!

syukur alhamdulillah
sekarang cuma tunggu celebration tertunda minggu depan
baru mama Pi free nak celebrate 3 birthday sekali gus
birthday mama Pi, Alice & mommy.
semoga dipermudahkan semuanya
syukur alhamdulillah
:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...