Fi tanya
"Sebelum beranak....berapa banyak duit kena tabung???"
wah susahnya nak jawab soalan tu.
sangat² subjektif.
bersalin
yang pertamanya dari segi bersalin dan
antenatal check up
yang nih bergantung berapa banyak
office cover
save banyak bila
office cover terutama bab bersalin
tapi kalau tak
cover bersalin pun boleh ke hospital kerajaan atau semi kerajaan
kalau hospital kerajaan mungkin boleh dapat kurang RM100 termasuk epidural dan c-sec
semi-kerajaan macam PPUM atau HUKM kurang RM1,000
antenatal
antenatal check up kalau ke pusat kesihatan kerajaan mungkin beberapa ringgit saja
semi-kerajaan kurang RM50 sekali
check up bergantung kepada apa
test yang kena buat dan berapa banyak ubat yang kita nak bawak balik
secara kasar sepanjang kehamilan 12 kali kena pergi
antenatal check up
selain daripada
monthly check up, paling tidak sekali eloklah ke kelas antenatal, macam² perkara boleh belajar.
harga kelas antenatal bergantung pada hospital.
ada juga masa²
emergency yang ibu penat, bengkak kaki atau ada perkara² kecemasan yang kena pergi klinik, jadi kalau tak ada doktor panel kena juga budget untuk kecemasan.
nursery
play pen? baby cot? moses basket? crib?
terpulang citarasa masing².
murah mahal semua ada.
setakat nih yang paling murah rasanya
baby cot Ikea RM165 dengan tilam yang beli masa MyDear Warehouse Sale RM65
lebih murah
playpen sebab tak perlu beli
bumper pad
cumanya alhamdulillah untuk
baby Alice aku dapat 50% diskaun untuk
bumper pad dan set
comforter Sweet Cherry masa Jusco 1 Utama buat
Renovation Sale dulu
moses basket pon beli
as it kat MyDear Warehouse Sale RM30 saja -
baby kecik tak terus tidur dalam
baby cot sebab tu beli jugak
moses basket nih
secara umum: senarai secara kasar
feeding
paling bagus untuk bayi mestilah susu ibu
kalau nak beli
Madela Free Styler Double Pump kena la simpan dalam RM2.3k
selain tu pam manual pun ada.
BPA free feeding bottle dari belas² ringgit sampai ratus² ringgit pun ada.
nak beli
deep freezer untuk simpan EMB boleh budget dalam RM800
selain tu mungkin kena beli botol/bekas plastik untuk simpan EBM,
cooler bag, ice pack, strelizer, warmer, nursing pillow.
health
termometer, minyak baby,
medicine dropper antara barang penting yang kena sediakan
bathing
yang paling asas ialah
baby bath tub
ada
sling, bathing toys terpulang pada keperluan
travel
travelling system - car seat, baby carrier, stroller boleh dapat dari puluh² ringgit - macam
display set masa
warehouse sale - sampai ke riban² punya
selalunya orang beli yang besar dan dasyat sebelum baby lahir
lepas tu beli yang ringan ala-payung bila dah selalu
travel
atau guna sekejap je sebab
baby bila dah besar sikit tak suka duduk dalam
stroller
ramai yang lagi suka
sling/baby wearing
baju
yang paling ibu² suka
shopping mestilah baju dan aksesori berkenaan.
yang nih terpulanglah nak OshKosh B'gosh, Baby Gap atau beli masa Pureen Warehouse Sale.
kalau kat Pureen Warehouse Sale boleh dapat RM3 sehelai seluar/baju.
yang lain² tu sendiri mau ingat la.
secara kasar mungkin kena sediakan 10 - 15 helai baju
baby
ramai orang cakap nanti dapat banyak hamper baju & toiletries
toiletries
ramai ibubapa suka beli
jumbo size kat
warehouse sale
ada jugak yang banyak sangat hamper sampai tak bukak² & tak habis² :p
accessories
antara barang yang boleh ditambah termasuklah
changing table atau paling bangsat
changing mat
cloth diapers 1 set
diaper &
liner boleh dapat dalam RM50-60, mungkin perlu 10 - 15 set
cuma kalau hantar anak pada orang mungkin bukan semua nak guna
cloth diapers
ada masanya kena juga guna lampin pakai buang - paling mahal rasanya Mami Poko dalam RM39 untuk pek 52 pcs
1 bulan untuk bayi baru lahir boleh budget nak guna dalam 150 keping
diapers (kalau salah tolong tunjukkan)
Mommy's Stuff
barang ibu kena beli berperingkat sebab dari semasa ke semasa berat badan bertambah.
ramai yang rasa baju, seluar, pakaian dalam dan kasut lama² tak muat.
selepas bersalin pula nak kena ada
nursing bra, nursing pad, nursing dress, nursing cover, set bersalin, tungku letrik dan bengkung.
sebaik sahaja lepas bersalin nak urut pun kena upah bidan urut tradisional.
kalau 'tak cukup tangan' boleh juga upah
confinement lady untuk masak, mandikan
baby, basuh baju dan sebagainya.
antara barang yang beli masa ada promotion dan warehouse sale - sapa yang boleh dapat lagi murah dan berbaloi memang dia terer! :D
menjawab soalan tak
entry nih?
TAK PUN eh? :p
rasanya sama jugak la kalau orang tanya nak beli rumah kena ada
saving berapa untuk perabut, langsir,
grill, lampu,
tiles, etc kan?
semuanya ikut budget dan citarasa masing²
cumanya kalau kita tengok
the big picture kita tak akan beli barang mahal² sampai membazir.
tips persediaan untuk bayi
- bersalin di hospital semi-kerajaan mungkin lebih mahal dari hospital kerajaan tapi pakar dan peralatan yang lebih baik (hospital kerajaan pun dapat banyak pujian sekarang nih terutama yang rakan bayi dan rakan bapa!)
- pilih hospital kerajaan yang baru, cantik mata memandang
- pilih hospital yang ratio
nurse/doktor - pesakit rendah untuk dapat layanan baik
- membeli belah di
baby warehouse sale memang dapat jimat banyak berbanding harga biasa kat
shopping complex
- membeli belah di
baby warehouse sale boleh juga jadi membazir kalau berbelanja tak ingat dunia!
- antara
baby warehouse sale yang popular Pureen, MyDear, Viva House, Anakku dan
sale barang
baby banyak kat Anakku, Sogo, Metrojaya, Jusco
- elakkan
last minute shopping sebab barang baby & ibu nih banyak, kena pandai plan baik²
- ada baju Baby Kiko yang harga sampai RM30 sehelai (baju sahaja), tapi ada romper Baby Gap yang boleh dapat RM10 sehelai - tinggal nak kena pandai cari :)
selamat berbelanja! :D