damdiduuu

Thursday, April 21, 2011

panduan ke Wad Bersalin PPUM


PPUM, Pusat Perubatan Univeriti Malaya
atau UMMC, University Malaya Medical Center
atau University Hospital
terletak di Petaling Jaya
ada di antara laluan Bangunan TM, (Telekom Malaysia yang dekat² Bangsar sana) ke Amcorp Mall.
Dekat dengan gerbang Kota Darul Ehsan.
Bertentangan dengan Bagunan KWSP PJ, Jalan Gasing


ha orang perempuan kalo bagi direction memang panjang berjela
tengok je la kalau boleh faham eh :p

pintu masuk dekat dengan bangunan Kecemasan dan Trauma
tapi jangan la pergi lalu depan bangunan Kecemasan & Trauma tu
kena lalu belakang bagunan tu
sabar sket sebab situ sibuk, ramai orang turunkan penumpang sebab tu la laluan utama


sekarang nih (April 2011) banyak construction jadi jalan sempit.
lepas laluan berbumbung (ke ada apa tah kat atas tu) jalan jadi 2 lane
ikut kiri
JANGAN belok kanan - nih akan keluar dari kawasan hospital
boleh nampak kedai Samsonite depat traffic light

sebaliknya, kalo nak drop penumpang, boleh MASUK KIRI tu - dah sampai dah Wad Bersalin.
cumanya tak boleh parking situ.
jadi kalau masuk kiri, sampai depan Wad Bersalin, turunkan penumpang, lepas tu u-turn dan teruskan perjalanan



hati² sebab lepas daripada tu jalan dah jadi 2 hala.
lepas selekoh akan nampak auto gate untuk ke parking awam kat sebelah kanan.
masuk la parking kat situ.
untung² boleh dapat parking dekat.
kalau tidak, kena naik ke bangunan Tempat Letak Kereta Awam Bertingkat (pada hal kita bawa kereta persendirian, bukan kenderaan awam!) :p


selepas parking, keluar semula ke auto gate parking.
seberang jalan ada bangunan tinggi Pergigian.
sebelah bagunan tu ada bagunan Blok D.
kat hujung Blok D tu la letaknya Wad Bersalin!





kalau ikut peraturan, hanya 12 tahun ke atas boleh melawat
2 orang pelawat pada 1 masa
waktu melawat
- setiap hari
- 1.00 - 2.00 petang
- 6.00 - 7.oo malam
tapi sejak bila pulak korang suka nak ikut peraturan nih? :p


Wad Bersalin di Tingkat 1 - Tingkat 3
jadi cuma kena tau Wad Obstetrik berapa
Wad Obstetrik 1 - Tingkat 1
Wad Obstetrik 2 - Tingkat 2
Wad Obstetrik 3 & 4 - Tingkat 3
ala ... kat situ ada sign board, baca, jangan malas!

p/s: hmmm dah bagi direction tak reti² lg nak g mlawat?! :p

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...