damdiduuu

Saturday, April 16, 2011

merancang perkahwinan - borang nikah kahwin

pagi-pagi buta lagi suami aku cari 'Borang Permohonan Nikah'.
kalo korang jadi aku, korang suspicious tak? :p
baru bangun, terpisat-pisat boleh pulak aku tanya 'nak buat apa?'
'kawan nak' katanya.

borang-borang yang kena ada untuk urusan nikah kahwin:

1. Borang 1 - Borang Permohonan Nikah
- untuk permohonan di KL, borang boleh download dari website nih
- lelaki cuma perlu isi bahagian pengantin lelaki & pengantin perempuan, bahagian wali tak perlu tanda tangan wali pun ~ senang kan?
- KL paling ringkas sebab bila submit ke Pejabat Agama yang dekat Masjid Negara tu dorang akan proses dan-dan tu jugak
- Negeri Sembilan perlu ambil borang di Pejabat Agama dan makan masa 3 hari bekerja untuk diproses

2. Borang Mastautin
- hanya perlu kalau alamat dalam IC tak sama dengan negeri tempat ambil Borang 1
- borang ni boleh dapat/minta semasa kursus kahwin
- Borang Mastautin & Borang 1 perlu tanda tangan imam masjid kariah sebelum diserah ke Pejabat Agama supaya dorang boleh keluarkan Surat Kebenaran Nikah
- Surat Kebenaran Nikah laku antara 1-3 bulan, berbeza ikut negeri. Kalau KL 3 bulan, jadi dalam masa 3 bulan sebelum nikah boleh la serah Borang 1 dan Borang Mastautin yang lengkap, imam dah sain ke Pejabat Agama. jangan awal sangat nanti Surat Kebenaran Nikah tu expired pulak. jangan lewat nanti tak kawin! :p

3. Borang Ujian HIV
- boleh guna saja keputusan yang Klinik Kesihatan Kerajaan keluarkan lepas buat HIV test, tak perlu borang lain
- kena bayar RM1 kalau tak salah untuk ujian ni dan keputusan boleh dapat serta merta
- darah pun ambil setitik saja, jangan la takut :p
- dapatkan maklumat klinik kesihatan semasa kursus kahwin sebab setiap klinik ada hari dan masa yang berbeza-beza yang dorang ada buat HIV test nih

4. Surat Akuan Bujang
- kalau company kecik yang tak biasa dengan isu-isu nih, boleh dapatkan draf surat semasa kursus kahwin. Untuk syarikat besar selalu ada format tersendiri, rujuk HR korang :)
- secara kasarnya surat ringkas 1 perenggan je menyatakan korang masih bujang, dicetak atas letter head rasmi syarikat dan ditanda tangan oleh boss - tak kira lah muslim atau bukan.


5. Sijil Kursus Kahwin
- obviously dapat lepas hadir kursus kahwin
- bukan la tak payah dengar ceramah masa kursus kahwin, tapi ilmu fardhu ain dan ilmu kekeluargaan nih kan sepanjang masa pun kita kena belajar :)
- jadi semasa menghadiri kursus kahwin korang paling bangsat patutnya ada misi:
1. dapatkan Borang 1
2. dapatkan Borang Mastautin
3. dapatkan draf Surat Akuan Bujang untuk beri contoh pada HR kat office
4. dapatkan contact number Klinik Kesihatan yang ada buat HIV test - paling best kalau klinik tu boleh walk in saja tak payah buat appointment

selamat berjaya!

p/s: korang kenal ke kawan suami aku yang nak nikah tu? :p

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...