damdiduuu

Saturday, April 23, 2011

panduan untuk bakal bapa: Trimester Ketiga

kandungan: 6-9 bulan

perut membesar, letih, susah berjalan, bengkak kaki
Trimester ketiga merupakan antara fasa yang paling mencabar bagi ibu apabila kandungan semakin membesar. Menjelang 6 bulan, ibu merasakan mereka sudah ‘cukup besar’ sedangkan masih ada sekurang²nya 3 bulan lagi untuk mereka harungi sebelum melahirkan anak.

diet
Pada masa ini bayi telah ‘lengkap’, cuma mengumpul lemak untuk menjadi lebih gemuk dan supaya dapat mengawal suhu badan di luar rahim kelak.
Berdasarkan antenatal check up anda sepatutnya tahu keadaan ibu sekarang yang lazimnya perlu menjaga diet dengan mengurangkan makanan manis² dah berkalori tinggi sebaliknya makan makanan seimbang dan TIDAK terlebih makan bagi mengelakkan bayi susah dilahirkan kerana terlalu besar.
tips untuk bapa:
- masuk sahaja bulan ke 6 kehamilan, kawal dan elakkan pengambilan makanan segera dan makanan berkalori tinggi seperti aiskrim, kek serta makanan ringan.

tidak selesa perut
Saiz bayi mungkin telah pun bertambah, ada kalanya pergerakan bayi membuatkan ibu kurang selesa terutama jika bayi menendang buah pinggang atau duduk dalam keadaan kaki/peha/lututnya ke sisi.
tips untuk bapa:
- bercakaplah dengan kandungan, kadang kala anak anda rindu mendengar suara ayahnya.
- usap perut ibu perlahan² dan perhatikan kerenah anak anda, pesankan perkara yang baik² untuknya. bukan anak saja, malah hati ibu pun sejuk mendengarnya :)

panas
Menjelang 6-9 bulan, ibu mula menjadi cepat 'panas'.
Kerap berpeluh selepas makan, minum dan membuat aktiviti² ringan.
Lebih cenderung untuk tidur dengan suhu bilik yang sangat rendah, walaupun masih kerap kali terjaga di malam hari.
tips untuk bapa:
- bertoleransi dengan keadaan ibu, ini tidak akan lama :)

kepala bayi sudah turun ke bawah
Menjelang kelahiran, kedudukan kepala bayi akan menghala ke bawah.
Berita tak baik?
Sekiranya kepala bayi masih belum turun, ada risiko kelahiran menjadi rumit maka setiap ibu lazimnya berharap kepala bayi cepat turun dan tidak akan senang hati selagi kedudukan bayi tidak ‘betul’.
Berita MASIH tak baik?
Sekiranya kepala bayi SUDAH turun, ibu akan mengalami kesakitan di bahagian pangkal rahim sehingga ke peha akibat tekanan kepala bayi tersebut – ini menjadikan ibu susah untuk berjalan dan terpaksa mengerahkan seluruh kudrat dan keazaman untuk melangkah.
Kesian kan?
tips untuk bapa:
- perkara yang paling asas macam berjalan pun perlu dilakukan dengan bersusah payah oleh ibu. Sabar lah ya kalau speed tak laju!



p/s: tidak semua ibu mengalami simptom kehamilan yang sama, malah kehamilan pertama dengan kehamilan seterusnya adalah berbeza. Rajin²lah bertanya khabar pada isteri anda

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...