damdiduuu

Thursday, October 3, 2013

Cameron Highland: nak makan di mana?

lunch

ada satu gerai yang nampak macam muslim
namanya Nur Kasih Raihan
di Hotel Titiwangsa
Brinchang.
memang tengah pekan.

kalau nak makan mamak
memang ada banyak pilihan.


dinner





bila google
rata² muslim akan ke
Glory 78, Snack Corner
sebelah Hotel De La Fern
Tanah Rata.
memang tepi jalan
senang nak cari.

selain steamboat
(served, bukan buffet)
ada pilihan western food.

oh ya, dulu kita pernah duduk di Hotel De La Fern
patut la awal² dah diletak pakej steamboat dinner
dengan harga bilik
sebab hotel tak nak guest makan kat restoran sebelah rupanya
:p

mommy tak minum air manis
tapi rasa juga ice blended strawberry daddy.
rasa sesedut macam tak nak lepas!
nyum!
:p

agak potong juga
sebab tak boleh ambil sup dan tomyam sekali
kena pilih satu saja
jadi kita pilih sup untuk Alice makan sama.


rasa macam mahal RM23/pax
minimum 2 pax
jadi steamboat ni harganya RM46.
kita biasa makan steamboat kat Seremban 2
buffet RM23/pax boleh makan sampai penat :p

orang makan
budak kecik sibuk dengan Strawberry Shortcake dia.

p/s: bila makan kat Glory 78 ni
kalau tak nak peanut yang dihidang dalam 1 pinggan kecil,
awal² cakap tak nak kat pelayan
dan jangan ambil 
sebab akan dicharged 
bukan free!
sila makan sampai habis!

3 comments:

  1. as-salam cik admin saya anak kepada owner restoran erra di cameron highlands
    mengikut ape yg saya baca diatas

    disini saya ingin memaklumkan bahawa owner restoran erra adalah Puan Noor Liza wanteh...
    pemilik tersebut adalah melayu islam dan tidak ader kaitan dgn restoran sebelah...
    dengan ini sy minx cik tolong remove comment yg boleh membuat restoran rugi diatas kesilapan cik sendiri...

    pihak kami memberi notis kepada cik 3 hari untuk meminta maaf keatas kesilapan info...
    jika gagal kami akan bawa kepada peguam kami..kerana komen encik berbauh hasrat dengki dan fitnah...memandang kita sesama islam sy tidak mahu kita bermusuh sesama islam..

    sy sertakan nombor telifon onwer PN noor Liza 012 537 5075...

    sekian as-salam..

    ReplyDelete
  2. Salam Zazaphoto.. ,

    saya blogger dari CH yang juga selalu ke Restoran Erra.. saya kira statement anda :

    ****
    hmmm ... kepada yang bawa orang tua
    atau yang 'cerewet' pasal makan ni
    mungkin boleh cari alternatif lain.
    restoran ni sebelah restoran Cina
    yang ada jual pork.
    selalunya tokey kedai sebelah² sama"
    jadi kalau was²
    this is not the place for you.

    ***

    Saya rasa anda sendiri tidak mengenali pemilik antara Restoran Erra dan juga Restoren Fong Lum.Siapa mereka ya?

    Untuk pengetahuan kedua-dua pemilik adalah berbeza dan tiada kena mengena.

    Saya mengenali pemilik Restoran Erra. Bermula dengan menguruskan kafe di Hotel Cool Point sebelum bekerjasama dengan pemilik Hotel Madani yang dihujung marigold square.

    Selepas itu membuka restoran di Brij Court Tanah Rata sebelum membuka sebuah lagi iaitu lokasi yang sekarang anda kunjungi.

    Pemilik Long Fum kalau tak silap saya dahulu dibuka di Brinchang sebelum berpindah ke Marigold Square.

    Saya melihat anda membuat andaian tanpa asas. Keraguan anda diteruskan dengan menyatakan biasany owner yang sama sebelah menyebelah. Bagi saya amat dangkal telahan saudara dan ini jelas sekali mengambarkan tahap kredibiliti anda sebagai blogger.

    Malangnya kesan kedangkalan dan tahap kredibiliti anda ditanggung oleh pihak pemilik restoran erra yang tiada kena mengena dengan tahap tersebut.

    Periksa dahulu sebelum menyatakan walaupun anda mengatakan "kalau was-was" .. mungkin anda akan gunakan sekali lagi untuk menutup kesalahan anda...

    ooh yaa... Glory 78 snack and steamboat tu yang anda makan tu di mililiki oleh pemilik berbangsa India. Namun jangan bimbang, mereka mempunyai sijil halal yang sah dan sentiasa dipantau oleh pihak Pejabat Agama Islam Daerah malah kami penduduk tetap di CH ini yakin dengan kepatuhanan mereka kepada mutu dan kualiti halal yang diamalkan oleh mereka. Malah PAID CH juga mengadakan jamuan di sini.

    Lakukan penyelidikan sebelum menyatakan kenyataan anda...

    salam ..mrkumai.blogspot,com




    ReplyDelete
  3. oo saya tak perasan, owner Rstoren Erra pun dah ada menyatakan kesalahan anda di ruangan ulasan anda.
    Harap ianya jelas.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...