damdiduuu

Sunday, October 13, 2013

say NO to milk, NO to iPad!

menjelang Alice masuk 2 tahun 6 bulan
ada beberapa perkara yang perlu ditukar
diperbaiki
ditambah.
inilah namanya membesar.
belajar perkara baru.

magazine ni ambik kat farmasi Caring, Tesco



some nice tips there
:)

berhenti menyusu susu ibu sepenuhnya
sejak lahir
Alice menyusu sampai terlena.
sekarang dah kena perbaiki.
Alice dah tak perlu susu ibu.
kena belajar tidur sendiri
(sooth ones self to sleep)

untuk kurangkan kekerapan menyusu malam²
kita beri botol.
dulu isi air kosong.
sekarang isi air Ribena.
air kosong dah tak laku.
Ribena sejuk SAHAJA pulak tu.
kalau dah tak sejuk
mommy atau daddy kena bangun tengah² malam buta
ambik yang sejuk punya dalam peti ais
(sebelum tidur dah standby 3 botol untuk 1 malam!).

bagi botol ni tak bagus
satunya sebab air bergula
tak sihat.
satu lagi bila nak potty train nanti
malam dah kena stop minum air
baru berjaya potty train.


nak pandai,
nak sihat,
nak cantik
kena makan makanan seimbang dan amalkan cara hidup sihat :)

say no to iPad!!!
memandangkan Alice dah ketagih sangat dengan iPad
kita kurangkan penggunaan iPad
(secara paksa!)
:p

kita keluarkan semula toys Alice
buku²
fail alat tulis.
bersepah jangan cerita la!
biar bergerak sikit jari².
building gross & fine motor skills.
tak ada la duduk tengok iPad 24 jam.

iPad cuma privilege pada masa² tertentu sahaja.
masa terhad
bukan ikut suka.

strawberry Shortcake, Princess Sofia tak habis²!
-__________-

adjustment ni bukan senang.
susah.
mencabar.
kena banyak guna tenaga.
mommy & daddy kena sama² tolong.
kena banyak sabar.

bab nap tu
siang² ok lagi.
boleh sabar
tunggu dia tenang
minum botol
tarik selimut
layan mata
sampai tertidur sendiri.

kalau malam ...
dah la esok nak pergi kerja
budak kecik masih meragam lagi.
siap pukul 5.30 pagi pun dia boleh nangis²
nak makan cereal
sebab tak boleh menyusu.
sabar je la ....!

soalan: berapa banyk soft toys yang diperlukan
supaya Alice boleh tidur tanpa menyusu?
:p

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...