damdiduuu

Wednesday, October 2, 2013

Heritage Hotel, Cameron Highland

memandangkan kita tempah bilik
agak last minute jugak
dah tinggal tak banyak choice kat Agoda.
kenapa booking?
kenapa tak walk in?

sojuk!
bangunan yang kat belakang tu rasa macam betul² duduk dalam awan.
diseliputi kabus!

murah, boleh pilih, peace of mind
sebelum ni pernah kita datang main terjah
dah la masa tu hujan
dan banyak hotel yang full house.
tenang sikit kalau awal² dah tau nak duduk mana
berbanding dah penat² sampai
baru nak panjat hotel satu² tanya ada vacancy tak.
macam yang kita tau
kalau walk in
published rate memang lagi mahal berbanding kalau beli siap²
dan boleh pilih hotel mana yang berkenan di hati.

pemandangan dari tingkat 4 hotel
:)


nak pilih hotel mana?
awalnya mommy nak duduk kat Lake House
(berangan jadi Mat Salleh jap!)
tapi tak ada rezeki.
fully booked.
mungkin next trip kot
:D

banyak hotel yang selesa pun fully booked
macam Cameron Highland Resort
(ada banyak lagi hotel yang tak available during weekend.
ini pun bukan peak season, cuma weekend biasa saja.
lagi cari, lagi sakit hati) :p
dan banyak juga hotel cuma tinggal bilik besar untuk lebih daripada 3 orang
jadi last² dapat Superior Room
kat Heritage Hotel.
Tanah Rata.
alhamdulillah
bila check in dapat
1 king bed
dan 1 single bed
walau pun kita booked untuk 2 orang sahaja.
rezeki Alice
:)

dah siap lompat² atas katil :p
banyak review yang kata kalau bilik ada carpet
nanti bau lembab
tapi bilik ini ok, alhamdulillah
:)

air panas ok

ni port Alice
untuk snacking
sambil layan iPad dia.

ada pintu
boleh keluar ke balcony.
sejuk.
jaring besar sangat, tak selamat untuk Alice.
daddy saja keluar hisap rokok kat balcony.

pemandangan daripada balcony bilik



apartment yang selesa
3 bilik
pun ada banyak yang available
dalam lingkungan RM300++.
kira murah
bila dibandingkan harga sama
1 bilik hotel
dengan 3 bilik apartment.
bezanya apartment tak ada breakfast.
kita berdua saja
dengan Alice
tak berbaloi nak masak² sangat.

lagi sekali,
kalau ada ahli kumpulan yang 'cerewet'
mungkin hotel ni tak sesuai
sebab ia dalam kawasan gereja.
bukan dalam gereja
tapi kejiranan gereja.
sekali lagi - tokey sama kot
(spekulasi semata²)

hal yang lain²
semuanya ok
kita tak ada complaint.
malam kita tidur lena
(cuma Alice yang tak sudah²
bila terjaga asyik nak menyusu saja.
bila la wean-off Alice ni!).

bilik selesa
senyap.
tak ada serangga
tak ada bau
tak ada kettle (lepas tu kita request ... walau pun ta guna!) :p
alhamdulillah.

ramai orang (termasuk kita) lagi suka makan alfresco
pada hal sejuk giler!
:p

tak biasa pakai glove
Alice usik² muka nak rasa glove.
dah usik muka sendiri, usik muka daddy pulak
:)

kat bahagian dalam cafe hotel.
sofa ni ol skoll 
90s style
:)

sebenarnya mommy dread juga
bila turun breakfast
sebab ada terbaca review hotel ini
"food is tak best".
alhamdulillah.
cukup semuanya.
ada roti, toast (dengan mak nenek jem, butter, cheese semua)
cereal, susu,
tosay (ke capati ntah, mommy tak tau sangat) :p
nasi lemak (siap kari ayam! cari roti jala tak ada pulak),
bubur nasi (dengan ramuan serba serbi),
mee rebus DIY (syok pulak boleh masak² rendam bahan² custom picked dalam air mendidih),
western breakfast
alhamdulillah
.
lebih dari cukup
:)

kalau ada terlebih ambil pun
rasanya puding roti dia
siap letak cream custard banyak²
tapi bila makan rasa telur overwhelming.

daddy yang selalu tak makan banyak pun
kali ini ambil 2nd helping
:)

subhanallah.
pemandangan dari car park depan lobby hotel.
diselaputi kabus sejuk segar
:)

Heritage Hotel, Tanah Rata
superior room for 2 pax
via Agoda
1st Saturday, October 2013
(weekend peak season, not school holiday/super peak season)
room per night including breakfast for 2 pax, tax & service charge
RM250

alhamdulillah
:)

2 comments:

  1. Tengah survey hotel murah2 n selesa di Cameron.plannya nak gi hujung tahun tp time cuti sekolah kan mesti ramai org..kena tukar plan lah ni...

    ReplyDelete
  2. Thanks untuk review hotel ni.. cam teringin nk pergi sini

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...