damdiduuu

Showing posts with label mengandung. Show all posts
Showing posts with label mengandung. Show all posts

Tuesday, April 26, 2011

sudah 38 minggu!

ngam sui 38 minggu
2 minggu sebelum EDD - 10 May 2011
selalu orang bersalin 2 minggu sebelum EDD
baby Alice camner eh? hmmm ...


sekarang dah tak terjaga malam kerap lagi
mungkin 1 kali je
tapi tak tau asal malam dalam pukul 2am boleh terjaga sebab lapar
walaupun masa dinner makan complete meal

nak bergerak semakin susah
wah nak bangun dari katil tu satu cabaran yang hebat
kena ada skill tersendiri baru boleh bangun.
perut penuh & besar.
tapi bila dah berjaya bangun still sakit² sana sini.
mommy strong untuk baby Alice!

kaki bengkak.
korang boleh nampak buku lali?
mommy baby Alice kaki dia bengkak sampai tak nampak buku lali.
tangan pun boleh bengkak.
bila cuci tangan yang style guna sebelah tangan je genggam² boleh rasa sakit.
baru sedar tak boleh genggam abes.
sakit.
cincin kahwin pun dah tak muat.
abang bising la tu kalau tak pakai cincin.
budget ada je orang nak ngorat CikMok dia! :p

semalam boss baru balik dari Korea
dia belikan Faceshop Hand & Body Shiffon Cream Strawberry
wangi sangat bau strawberi (duh!)
tunjuk kat abang, tanya boleh letak kat perut tak?
dia kata ok :)


tapi boleh pulak si budak baby Alice nih tak gerak² lepas letak krim strawberi!
selalu masa tengok tv macam² aksi akrobatik dia buat
mentang² daddy dia layan!
tapi semalam senyap je, gerak sikit² je.
risau 1 malam!
(sebab tu bila terjaga tak boleh lelap kot, sampai lapar²)
marilah selawat syifa' ramai²
moga² semuanya disembuhkan.

alhamdulillah hari nih baby Alice punya kick count normal.
ibu² jangan malas buat carta pergerakan baby tau
(hahahaha pandai nasihat orang, pada hal seniri pon malas - baby dah senyap baru sibuk² nak buat kick count!) :p

mudah²an semuanya selamat.
lepas nih nak guna lagi tak krim tu eh?
hmmm ....

Saturday, April 23, 2011

panduan untuk bakal bapa: Trimester Ketiga

kandungan: 6-9 bulan

perut membesar, letih, susah berjalan, bengkak kaki
Trimester ketiga merupakan antara fasa yang paling mencabar bagi ibu apabila kandungan semakin membesar. Menjelang 6 bulan, ibu merasakan mereka sudah ‘cukup besar’ sedangkan masih ada sekurang²nya 3 bulan lagi untuk mereka harungi sebelum melahirkan anak.

diet
Pada masa ini bayi telah ‘lengkap’, cuma mengumpul lemak untuk menjadi lebih gemuk dan supaya dapat mengawal suhu badan di luar rahim kelak.
Berdasarkan antenatal check up anda sepatutnya tahu keadaan ibu sekarang yang lazimnya perlu menjaga diet dengan mengurangkan makanan manis² dah berkalori tinggi sebaliknya makan makanan seimbang dan TIDAK terlebih makan bagi mengelakkan bayi susah dilahirkan kerana terlalu besar.
tips untuk bapa:
- masuk sahaja bulan ke 6 kehamilan, kawal dan elakkan pengambilan makanan segera dan makanan berkalori tinggi seperti aiskrim, kek serta makanan ringan.

tidak selesa perut
Saiz bayi mungkin telah pun bertambah, ada kalanya pergerakan bayi membuatkan ibu kurang selesa terutama jika bayi menendang buah pinggang atau duduk dalam keadaan kaki/peha/lututnya ke sisi.
tips untuk bapa:
- bercakaplah dengan kandungan, kadang kala anak anda rindu mendengar suara ayahnya.
- usap perut ibu perlahan² dan perhatikan kerenah anak anda, pesankan perkara yang baik² untuknya. bukan anak saja, malah hati ibu pun sejuk mendengarnya :)

panas
Menjelang 6-9 bulan, ibu mula menjadi cepat 'panas'.
Kerap berpeluh selepas makan, minum dan membuat aktiviti² ringan.
Lebih cenderung untuk tidur dengan suhu bilik yang sangat rendah, walaupun masih kerap kali terjaga di malam hari.
tips untuk bapa:
- bertoleransi dengan keadaan ibu, ini tidak akan lama :)

kepala bayi sudah turun ke bawah
Menjelang kelahiran, kedudukan kepala bayi akan menghala ke bawah.
Berita tak baik?
Sekiranya kepala bayi masih belum turun, ada risiko kelahiran menjadi rumit maka setiap ibu lazimnya berharap kepala bayi cepat turun dan tidak akan senang hati selagi kedudukan bayi tidak ‘betul’.
Berita MASIH tak baik?
Sekiranya kepala bayi SUDAH turun, ibu akan mengalami kesakitan di bahagian pangkal rahim sehingga ke peha akibat tekanan kepala bayi tersebut – ini menjadikan ibu susah untuk berjalan dan terpaksa mengerahkan seluruh kudrat dan keazaman untuk melangkah.
Kesian kan?
tips untuk bapa:
- perkara yang paling asas macam berjalan pun perlu dilakukan dengan bersusah payah oleh ibu. Sabar lah ya kalau speed tak laju!



p/s: tidak semua ibu mengalami simptom kehamilan yang sama, malah kehamilan pertama dengan kehamilan seterusnya adalah berbeza. Rajin²lah bertanya khabar pada isteri anda

panduan untuk bakal bapa: Trimester Kedua

kandungan: 3-6 bulan

paling selesa
Alhamdulillah sekiranya tidak minggu 12, menjelang minggu 16 adalah waktu selesa di mana badan ibu telah stabil dengan perubahan fungsi dan hormon. Menjelang waktu ini, kebanyakan ibu tidak lagi mengalami morning sickness

risau & ragu
Memandangkan trimester ini adalah waktu yang paling selesa dalam seluruh kehamilan, ambil kesempatan untuk:
- membeli belah bagi persediaan barangan bayi dan yang penting juga – BARANGAN IBU
- hadiri kelas² persediaan antenatal, penyusuan susu ibu, penjagaan bayi dan sebagainya
tips untuk bapa:
- ibu lazimnya kuat semangat dan naluri keibuan akan menjaga bayi mereka dari sebarang ancaman, namun setiap ibu perlukan sokongan moral, material dan fizikal untuk menempuhi tempoh mengandung, melahirkan dan seterusnya mendidik serta membesarkan anak. Bantulah isteri anda menghilangkan risau dan ragu di hatinya :)

selera makan & nikmatnya kentut!
Walaupun morning sickness tidak lagi ketara, namun ada ibu yang masih bermasalah untuk makan. Fasa ini merupakan fasa penting untuk bayi anda membina organ² dan fungsi tubuh badannya, maka pemakanan ibu sangat penting!
Pada masa ini system penyahtinjaan ibu semakin baik, menjelang minggu 16 ibu akan merasa nikmatnya kentut! Anda tidak akan memahami perkara ini sehingga anda sendiri mengalaminya!
tips untuk bapa:
- terus bekalkan ibu dengan buah²an berserat tinggi dan pastikan ibu makan makanan berkhasiat terutama susu rendah lemak, telur, sayur²an hijau, kekacang dan minum air secukupnya.

mimpi seksi
Perubahan bentuk badan menyebabkan ramai ibu berasa tidak seksi dan kadangkala ragu untuk berhadapan dengan orang ramai.
Perkara ini boleh terbawa² ke dalam mimpi di mana manifestasi seksi boleh terjadi dengan ibu bermimpi lelaki kacak, bekas teman lelaki atau lelaki yang tidak pernah terlintas di fikirannya.
Apa ‘bahaya’ mimpi ibu mengandung?
Berbeza dengan orang lain, ibu mengandung kerap terjaga di malam hari kerana perlu ke tandas atau posisi tidur yang tidak bagus untuk kandungan (badan akan mengejutkan ibu dari tidur supaya ibu dapat membetulkan posisi tidur demi menjamin kandungan mendapat oksigen yang cukup).
Apabila terjaga, ibu lebih cenderung mengingati mimpi mereka berbanding mereka yang tidur nyenyak sehingga pagi.
tips untuk bapa:
- layanlah isteri anda dengan baik - lazimnya isteri tidak meminta lebih selain daripada layanan lemah lembut, perkataan yang baik² dari suami tersayang dan sedikit perhatian.
- sekiranya anda tidak memahaminya sekali pun, dengarlah cerita² dan bebelan isteri anda, jangan cepat memotong atau bercakap kasar
- sekiranya suami tidak prihatin kepada isteri, bagaimana pula dengan lelaki yang hadir mimpinya? Jangan beri peluang kepada isteri untuk melayan emosi yang karut².

p/s: tidak semua ibu mengalami simptom kehamilan yang sama, malah kehamilan pertama dengan kehamilan seterusnya adalah berbeza. Rajin²lah bertanya khabar pada isteri anda

Friday, April 22, 2011

panduan untuk bakal bapa: Trimester Pertama

kandungan: 0-3 bulan

penat, cepat tidur tetapi kerap terjaga
fungsi fisiologi menjadikan wanita hamil mudah penat, tak kira apa aktiviti seharian yang dilakukan.
tips untuk bapa:
- cuba jadualkan semua aktiviti supaya boleh diselesaikan menjelang petang atau awal malam
- beri ibu rehat pada waktu malam
- elakkan aktiviti yang tidak dirancang supaya ibu dapat cukup rehat
- beritahu awal sekiranya ada sebarang plan supaya ibu dapat bersedia awal dari segi mental dan fizikal

muntah², kurang selera makan, masalah buang air besar
perubahan hormon menjadikan keadaan sistem badan tidak menentu, mengganggu selera makan dan boleh menyebabkan muntah², loya dan pening atau lebih dikenali sebagai morning sickness - malangnya tidak hanya berlaku pada waktu pagi sahaja. paling kurang ibu akan berhadapan dengan keadaan di mana kualiti dan kuantiti buang air besar yang menurun, paling teruk ada ibu yang terpaksa dibedah akibat sembelit
tips untuk bapa:
- bersimpati! inilah perkara paling asas yang boleh anda lakukan!
- galakkan ibu makan biskut atau snek setiap 2 jam, jangan biar perut kosong kerana ia akan mengakibatkan morning sickness
- beri cadangan makanan yang ringkas² kerana lazimnya ibu yang tidak berselera tiada idea untuk makan apa, maka mereka tidak makan, sedangkan ini tidak baik untuk ibu dan kandungan
- bekalkan ibu dengan makanan kaya serat seperti buah²an umpama pisang atau epal sebelum ke tempat kerja, pastikan ibu makan pada waktunya
- TOLONG jagan berharap ibu boleh masak masakan yang sedap² ketika ibu sendiri tiada selera makan ... bersimpatilah!

penyakit
badan ibu akan merendahkan tahap antibodi untuk memberi akomodasi dan bertoleransi dengan kandungan, akibatnya banyak penyakit mudah dijangkiti ibu
tips untuk bapa:
- segera bawa berjumpa doktor sekiranya ibu sakit
- ajukan kepada doktor berkenaan sebarang masalah kesihatan yang dihadapi ketika pemeriksaan antenatal setiap bulan
- jaga kebersihan, jaga kesihatan anda sendiri - jangan batuk atau bersin dekat dengan ibu bagi mengelakkan jangkitan. dapatkan rawatan segera sekiranya bapa tidak sihat.

kerap buang air kecil
Kehamilan mengakibatkan buah pinggang bekerja lebih berat daripada biasa, maka ibu mengalami situasi kerap buang air kecil
tips untuk bapa:
- bersabarlah dalam melayan kerenah ibu mengandung, apa lagi pada waktu bukan hamil pun tandas awam wanita lebih sesak daripada tandas lelaki. Bersabarlah sekiranya banyak pit stop yang perlu disinggahi kerana setiap penantian itu pastinya sangat² berbaloi!

pembentukan susu
Sakit atau tidak selesa lazimnya terjadi pada bahagian payudara sebagai persediaan awal untuk menghasilkan susu ibu bagi bayi. Keadaan yang sama berlaku ketika haid, bezanya semasa kehamilan ketidakselesaan ini berpanjangan hingga 12 ke 16 minggu.
tips untuk bapa:
- terdapat kaedah urutan yang boleh dilakukan, tambah pengetahuan anda dengan membaca buku² terutama terbitan publisher yang cenderung ke arah keagamaan.


emosi
Dengan semua perubahan fisiologi yang berlaku tidak hairanlah gangguan emosi akan mudah berkalu kepada para ibu. Percayalah, anda juga akan mengalami perkara yang sama – jika tidak lebih teruk lagi, sekiranya anda yang hamil.
tips untuk bapa:
- banyakkan bersabar, hargailah isteri yang mengandungkan zuriat anda :)

p/s: tidak semua ibu mengalami simptom kehamilan yang sama, malah kehamilan pertama dengan kehamilan seterusnya adalah berbeza. Rajin²lah bertanya khabar pada isteri anda

panduan untuk bakal bapa: info kehamilan

dari sudut kesihatan, kehamilan dikira berdasarkan minggu.
kandungan lazimnya dikesan seawal 4 minggu.
biasanya EDD, estimated due date atau tarikh jangkaan lahir bayi diberikan pada 40 minggu.
namun yang demikian, kandungan dikira matang dan boleh lahir pada bila² masa dari usia 37 - 41 minggu.

EDD sebagaimana namanya, tarikh jangkaan lahir adalah semata² jangkaan.
sebahagiannya dibuat berdasarkan tarikh akhir haid ibu.
selebihnya pula diandaikan daripada penilaian ultrasound atau teknik pemeriksaan lain.
mengikut statistik di US, hanya 5% bayi lahir tepat pada EDD.
adalah dinasihatkan ibu bapa bersedia untuk kemungkinan kelahiran seawal 37 minggu.
kandungan tidak akan dibiarkan melebihi 41 minggu maksima.

sekiranya kandungan gugur sebelum 3 bulan (trimester pertama) ianya dianggap sebagai 'keguguran' di mana kandungan belum lagi ditiup roh (mengikut ajaran Islam).
sebaliknya sekiranya kandungan gugur selepas 3 bulan, ia dikira sebagai kelahiran pramatang.
begtu juga jika kelahiran berlaku sebelum kandungan menjangkau 37 minggu, juga dianggap kelahiran pramatang.

pada masa kini, teknologi perubatan membolehkan bayi diselamatkan walaupun dengan kelahiran pramatang.
jangan risau, kebanyakan kehidupan individu setelah dewasa tidak dipengaruhi oleh bagaimana mereka lahir - sama ada pramatang atau tidak, pernah diinkubasi atau tidak.



lebih mudah jika kehamilan dibahagi mengikut 3 fasa
trimester 1: 0-3 bulan
ibu: menyesuaikan fisiologi dengan kehadiran kandungan.
kandungan: mengukuhkan kedudukan dalam rahim & membina saraf

trimester 2: 3-6 bulan
ibu: badan menjadi stabil dengan kandungan.
kandungan: membina organ² dan fungsi badan

trimester 3: 6-9 bulan
ibu: menanggung perubahan² yang disebabkan oleh kandungan yang makin membesar.
kandungan: menambah lemak dan semakin membesar

PPUM: Antenatal Week 37

22 April 2011
*kalau boleh nak baby lahir hari nih - Jumaat. kan best! :)
Parking Duration: 7.31 - 9.22am
Parking Fee: RM2.00

hari nih kuar awal sket je kot dari minggu lepas.
beza 3 minit
tapi trafik jauh lebih smooth
dan yang paling best dapat park kat open air car park
sama jugak tempat biasa tu
tapi lebih dekat dengan Klinik Ibu Mengandung
tak yah naik bagunan 'Parking Kenderaan Awam' tu, tak yah turun naik tangga :)
alhamdulillah!

Pendaftaran
sampai kat Klinik Ibu Mengandung pukul 7.44am
dapat nombor giliran 23
duduk je, baru dorang start panggil nombor.
kena bayar RM6.00

Ruang Menunggu B
terus masuk ke Ruang Menunggu B
letak kad biru dalam kotak
bila kena panggil buat
- urine test : dah tau dah nurse tu celup je strip pas tu suh buang balik sampel kat toilet! :p
- timbang berat : aiceh naik 0.7kg dari minggu lepas! ngeee! -_______-
- ambil bacaan tekanan darah: OK :)

isu berat
kat site nih ada panduan untuk pertambahan berat badan.
saranan: trimester 3 elok naik dalam 0.5kg seminggu.
tapi mommy baby Alice nih dah naik 0.7kg -_______-
ok, rilex!
jangan mengelabah tak tentu pasal
tapi mesti jaga makan, banyakkan berjalan dan lebih aktif lagi eh dalam minggu² mengandung terakhir nih
moga² senang baby Alice nak lahir dan kesihatan baby & ibu terjaga sentiasa :)
oh, dan suami saya pesan 'banyakkan sup, ikan & air masak, bukan ayam goreng je!' thanx hun! :p


Toxoplasmosis
Lepas je ambil ukuran tekanan darah, ada staff yang explain pasal toxoplasmosis.
Pesannya jagan sentuh najis kucing.
Aku tanya kalau sampah macam mana?
Katanya tak apa.
Mesti dia nih cakap ikut context penyakit nih je kan, pas tu dia terpana bila aku bukak bab sampah lak :p
Ada 1 borang kaji selidik.
Baru je jawab 2 ke 3 soalan nombor dah dipanggil kena masuk bilik rawatan jumpa doktor.
Kalau senang nanti kita jawab & sumbit la borang kaji selidik tu eh :D

antenatal check up
hari nih jumpa doktor Arab - agaknya la :p
biasa² je dia check heartbeat baby guna doppler.
dia macam tak baca je sejarah sume
dia tanya je bila next ultrasound, bila last ultrasound, apa result
pas tu kata dia tak boleh nak agak berapa besar baby

GTT
diulang: dia macam tak baca je sejarah sume
bila bagitau dulu Ujian Glukos dapat 7.1 terus dia suruh buat Glucose Tolerance Test pulak
yang kena puasa sejak 10pm tu, pagi pun tak boleh sarapan.
dah la iye² tanya famili tak ada sejarah diabetik ke
budget Melayu je semua diabetik ke?
hmmm ... tak apa la, untuk kebaikan baby Alice next week kita buat la GTT eh
GTT nih nanti kena bayar RM13.50

vitamin
minggu nih nak mintak vitamin sebab dah nak habis
sekali dapat obimin sampai stok untuk 4 minggu!
RM10 je :p
tapi pil kalsium tak de pulak
gigi dah rasa gerak² nih
kena banyak minum susu & makan makanan kaya kalsium lepas nih :)
cuma yang tak best orang farmasi tak tau ngular gi mana.
kena mengadu dengan nurse sana sini baru pak cik tu datang.
dah la sibuk cakap kat mobile phone
(sabar la mommy Alice, dia ada hal kot tu!)

time slip
lepas jumpa doktor, dapat time slip sampai 10.30am.
gi kaunter 1 bayar duit vitamin & set next appointment.
gi amek vitamin kat Farmasi Materniti (yang pakcik ngular tu!)
pas tu balik opis.
sampai opis 10.10am :)

payment summary
RM6.00 jumpa doktor
RM10.00 Obimin untuk 4 minggu
RM2.00 parking
RM18 total

best x? :D

Tuesday, April 19, 2011

nak terberanak dah?

Suspense!
Estimated Due Date atau tarikh jangkaan bersalin untuk baby Alice ialah 10 May 2011.
Lagi 3 minggu.
Tapi baby boleh lahir seawal 37-41 minggu.
Minggu 37 bermula hari nih, 19 April 2011.

sekarang nih apa² pun ingat nak bersalin.
sakit perut nak membuang pun ingat nak bersalin.
lapar ingat nak bersalin.
sakit belakang ingat nak bersalin.
tapi memang sakit belakang pun.
tak lama lagi lah nih.

kebetulan masih ada gambar nih


apa² pun, zaza mintak maaflah kat semua.
i always prefer to keep people at arm length - within safe distance.
tak mau menyakitkan atau tak sengaja menyinggung.
banyak isu yang timbul.
bayak isu yang dielakkan.
terutamanya kat dalam scene.
ada banyak perkara yang nak diperjelaskan dengan panjang lebar.
sebaiknya biarlah yang lepas² dah dimaafkan kalaupun tak dilupakan.

plan bersalin kat PPUM yang dekat² KWSP Jalan Gasing, PJ.
bila terima berita, jemputlah melawat.
kalau nak datang rumah kena tanya daddy baby Alice bila nak buat makan² sebab dia top chef kat umah :D

tengok² daddy baby Alice eh :)


moga semuanya selamat, jaga diri :)

p/s: kalo nak melawat kat hospital pastikan dress up semat² eh ~ budget la anak Si Photographer confirm mesti ada gambar dengan pelawat :D

Monday, April 18, 2011

Result: Glucose Test


Jumaat lepas buat ujian minum air gula.
untuk uji kalau ada diabetis semasa mengandung.
minum air gula 1 mug, lepas 1 jam ambil sampel darah, ukur kandungan gula dalam darah.

risiko diabetis semasa mengandung?
kandungan cepat besar.
baby mungkin lebih daripada 4kg.
sukar bersalin normal.
bagi ibu yang memang ada diabetis, lazimnya kandungan tidak akan dibiar lebih daripada 8 bulan.
dapat diskaun 1 bulan lebih :p


tahap berjaga², kena repeat test kalau bacaan: 7.2
saya & baby Alice: 7.1
fuhh bahaya!
kena banyak minum air masak, kurangkan minuman bergula, jaga makan dan lebihkan bersenam lepas nih :)

hmmmm bila la Alice nak kuar nih? ...


.

Friday, April 15, 2011

PPUM - Antenatal week 36



15 April 2011, Jumaat
Parking duration: 7:34am - 12.47pm lamanya!
Parking fee: RM6

Punya berkobar 1st time nak g check up kat PPUM!
tensen sebenarnya.
sebab dulu nurse kata boleh ambik nombor start 7.30am.
selalu kuar g keje 9am.
nih awal giler kena redah jem -______-

kuar 7am, tak de la teruk sangat jem dari Mutiara Damansara - Eastin Hotel - Seksyen 16.
tu yang boleh sampai parking dalam 7.30 tu kot.
parking pon dapat tingkat 1.
sama jugak lokasi kat parking yang dekat surau tu.
dah tau serba sedikit layout hospital nih tak de la tertekan sangat :)



pendaftaran
sampai Klinik Ibu Mengandung terus tekan butang J.
pukul 8.00am baru nombor start kena panggil.
dapat nombor 0008.
submit
1. borang booking yang dah siap isi
2. kad biru PPUM
3. salinan IC suami - sebab Encik Suami tak dapat hadir sama
4. IC ibu

tunggu
tunggu key in data dalam system

bayaran
dah siap orang pendaftaran tu key in info, nama dipanggil kat Kaunter 1
bayar glucose test: RM31 kat Kaunter 1
bayar: booking bersalin RM500 kat Kaunter 4 (kalau kerja kerajaan atau ada Gurantee Letter free rasanya)
masuk ke Ruang Menunggu B

test
dapat nombor baru
urine test - sempoi sungguh! pergi kat meja tepi toilet, bagi sample urine dalam bekas spesimen, nurse celup test strip, pas tu dia suh g buang balik sample urine tu kat toilet :D
ambil ukuran berat kat nurse yang buat urine test tu.
tinggi tak ukur, dia tanya je 'kak, tinggi berapa?'
ambil blood pressure kat nurse ujung bilik
isi info - nurse kat station lain isi info dalam fail (shot kancing gigi, blood test yang dah buat, etc)
pergi Bilik 9 untuk glucose test

glucose test
dapat 1 mug air warna oren
kena minum habiskan, tak boleh jalan jauh-jauh, tak boleh makan atau minum lain dalam masa 1 jam tu.
sementara nak tunggu 1 jam - dengar ceramah penyusuan susu ibu
lepas habis ceramah ambik sampel darah, letak dalam bakul, Isnin depan call tanya result
kalau result tak bagus dorang akan bagi appointment yang lebih cepat dengan pakar.
* kalo korang tanya aku, air glukos tu kurang manis daripada air oren berkabonat yang biasa (carbonated orange drink atau air gas) ataupun Twister perisa oren. hairan gak kenapa ada orang sampai nak termuntah-muntah minum air tu pada hal melo ais kaw kat mamak jauh lagi manis daripada air glukos tu, seriously! Mommies be strong, ok?! :)


berita baik & nasib baik
- yang ambil sampel darah tu DOKTOR yang cute - cekap dia buat kerja sampai aku puji 'profesional!' - senyum doktor tu :p
- bulan Jun 2011 dijangka siap wad bersalin baru PPUM yang MESRA BAPA, jom ramai-ramai bersalin murah tapi selesa kat PPUM - suami pon dah boleh masuk masa tu!

tunggu
lepas ambil sampel darah, lama jugak tunggu giliran untuk jumpa doktor
bosan & ngantuk tapi tak dapat nak buat apa sebab nak alert tak nak terlepas giliran -_____-

check up
alhamdulillah dapat doktor perempuan muslim ... agaknya la kot - Bahasa Melayu dia ok tapi bila aku cakap English dengan dia sikit punya berabuk dia punya English. Bagus la tu, aku nih kalau nak cakap perkara yang jujur/emosi senang sikit kalau cakap English :D
doktor tu periksa semua yang aku mintak dia periksa :D
aku pun tak harap ultrasound sebab dah puas - dah tak sabar nak tengok baby yang real punya
doktor tu cuma dengar heart beat baby guna doppler (mana aku tau nama alat nih uh? aku rasa la kot) :p
periksa perut tekan-tekan dengan tangan je - doktor yang sebelum nih tak pernah pulak sebab tiap-tiap bulan jumpa tengok ultrasound.
doktor tu pon check untuk breast cancer jugak

jangan buat sesak toilet! :p

time slip atau MC
time slip akan diberi oleh doktor yang buat check up
cuma patutnya aku tunggu 2.45pm untuk set appointment ultrasound, doktor pon tak tau nak bagi time slip sampai pukul berapa, jadi dia tanya kalau dia bagi MC ada hal tak dengan kerja aku.
aku jawab je 'no problem'
rezeki jangan ditolak! :p

ubat
aku masih ada obimin & neurogain
malas menunggu kat farmasi sebenarnya, jadi tak ambil vitamin lain di sini

ultrasound appointment
doktor bagi surat untuk buat ultrasound
kena pergi ke tingkat 3 untuk buat temu janji
kata doktor tempat tu dah tutup dan akan dibuka semula 2.45pm sebab hari nih Jumaat
aku kamikaze je naik tingkat 3, betul-betul depan lif tingkat 3 tu aku tunjuk borang ultrasound dan tanya nurse 'nih nak buat kat mana?'
'kat sini lah' jawab nurse yang tengah makan kek - dia layankan je aku, ambik borang tu dan mintak aku tunggu kat luar.
alhamdulillah dia tak kata 'kitorang dah tutup, datang balik 2.45pm' :p
aku dapat tarikh 5/5/2011 - tak tau la masa ni dah bersalin ke belum.
mujur la sebelum nih tiap-tiap bulan dah puas ultrasound kat KJMC, tak la rasa tertekan sangat kalau tak buat lagi pun :D

check up appointment
due 10/5/2011, sekarang dah 36 minggu
jadi kena jumpa doktor seminggu sekali
next appointment kena minggu depan lah cuma bukan buat appointment dengan doktor nih, kena pergi kaunter dan set di sana
untuk set next appointment nih kena pergi kat Ruang Menuggu A kat luar tadi - Kaunter 1
orang Kaunter 1 tu kata kena bayar lagi RM9 untuk glucose test tadi - asal ada tambahan lagi RM9 tak tau la pulak.
bukan patut RM31 je ke?

payment summary
RM31 + RM9 = RM40 Glucose test
RM500 deposit bersalin
RM6 parking
RM546 total

Ok la aku puas hati dengan trip hari ni walaupun pergi sorang.
Waktu menunggu memang lama, tapi berbaloi la dengan bayaran dan layanan yang diberikan.

maklumat tambahan
30 April 2011 kalau tak salah aku ada kelas antenatal di PPUM
bayaran RM50 per couple
yang bagusnya mengikut orang yang dah ikuti kelas nih ialah penglibatan suami
- bapa urut belakang ibu sebab masa menyusu ibu sakit belakang
- bapa mandikan bayi siap ada praktikal
jom g jom! :D

Sunday, April 10, 2011

PPUM - booking bersalin

minggu nih baby Alice dah 35 minggu dalam kandungan.
kalo ada rezeki lagi 2 minggu nak keluar dah :D
aku pilih Rabu 6/4/2011 untuk booking bersalin di PPUM.
kononnya Isnin gaji.
Malangnya boss sangkut di Singapore, Rabu atau Khamis baru dapat paycheque.
Kena keluar duit simpanan jugak lah nampaknya.

daddy Alice tak dapat teman - dia cuma boleh cuti selepas Alice lahir.
Alhamdulillah Gundutman sudi teman.
Dia nak cuti tapi tak de aktiviti & tak de member (ada gak orang cam nih dalam dunia nih!).
Gundutman pon baru je disahkan mengandung 10 - 12 minggu Sabtu lepas, dijangka bersalin akhir Oktober 2011.
Insya Allah Alice sudah 5 atau 6 bulan masa tu.
banyak la yang kami boleh kongsi :)



Gundutman siapa?
Adik bongsu aku.
Nombor 4.
Perempuan.
Aku punya suka la nak panggil apa :D
Kami nikah pada hari yang sama, 3 Julai 2010.
Kenapa?
Jinx ke? :p

Gundutman tunggu aku di stesyen train Amcorp Mall.
Aku baru je tau rupanya stesyen tu namanya Taman Jaya (bukan Stesyen Amcorp Mall!) :p
Jangan tanya train apa - sampai sekarang aku fail bab-bab train nih.
Kat Singapore ada MRT & LRT saja - tu pon rail LRT pendek je (sebab dia Light).
Malaysia punya aku belom khatam.
Confusing :p

Janji 9pagi.
Rupanya jalan sesak di Kg Penchala nak ke TTDI (suami sarankan ikut TTDI sebab LDP sesak).
Jalan nak masuk ke Seksyen 16 PJ pon sama sesak dekat Eastin Hotel tu.
Trafik perlahan.
Lalu dekat Hospital Mata Tun Hussin On, Hotel Hilton, Jalan Sultan, masuk dekat papan tanda mahkamah, hujung jalan tu stesyen Taman Jaya.
Korang tau antara mahkamah dengan stesyen Taman Jaya tu ada JPJ?
Boleh perbaharui lesen memandu kat situ.
Cuma jangan ikut jalan dari Hotel Singgahsana - sampai lusa tak jumpa jalan masuk atau papan tanda JPJ tu! (bercerita daripada pengalaman pahit nih!).



Jumpa Gundutman, beli air dan makanan alas perut di kedai majalah Stesyen Taman Jaya (walau dibekal kueh karipap & burger jawa oleh daddy Alice - thanx hun!) :)
Bertolak ke PPUM.
Ikut tiket parking, 9.34am - 10.50am kitorang parked kat sana.
Kena bayar RM2.00

Pertama kali datang kira-kira 7 bulan yang lampau, kitorang parking di tempat yang sama tapi merentasi Bagunan Timur dan menjelajah segenap pelusuk hospital untuk cari klinik utama.
Misi hari ini untuk parking di Trauma & Kecemasan.
Tidak kesampaian.
Parking dekat surau jugak yang jumpa.
Tak mau merentasi Menara Timur, aku & Gundutman bersepakat menyusur bangunan Dental (bahaya wo jalan tepi jalan yang tak ada kaki lima!) dah berjaya menemui Wad Bersalin sebelah bagunan Dental tu.
Rupanya Wad Bersalin tu betul-betul bertentangan dengan pagar automatik tempat parkir.
Namun disebabkan dah terlebih tawaf di kawasan parking, lambat sikit kita dapat buat kesimpulan tu :p
Yup, kita parked kat rooftop tak berbumbung tingkat 4A1 dan 2 ibu mengandung nih berjalan turun tangga - car park tak ada lift dan jalan pintas ke Bagunan Obstetrik ditutup! (jalan kaki kat ramp kereta sebenarnya - punya la bahaya! sebab penat kalau ikut tangga!) :p

Masuk je Wad Bersalin tu rupanya kat situ lah Klinik Ibu Mengandung.
Tanya kat kaunter 1 - kata nih pertama kali datang, belum pernah buat booking.
Kena ambik nombor giliran - kategori untuk booking.
Alhamdulillah, nombor semasa 2007, nombor kita 2008.



Makan masa juga tunggu nombor dipanggil.
Mulanya misi marah sebab lambat sangat datang - dah minggu 35 tapi belum buat ujian diabetik.
Sabar.
Dalam dunia ni tak ada siapa yang suka nak marah-marah tak tentu pasal.
Semua orang pun nak suasana kerja yang ceria & gembira selalu.
Aku terangkan aku susah ambil cuti, semua antenatal check up buat hujung minggu.
Misi puas hati dengan jawapan aku.
Cuma dia tak senang sebab jadual untuk ujian diabetik sudah penuh hingga bulan 5, takkan nak buat lepas beranak.
Kalau kandungan diabetik tapi tak dirawat kan susah.
Akhirnya aku TERPAKSA diselitkan juga hari Jumaat yang sepatutnya dikhaskan untuk pesakit yang sememangnya diabetik.

Aku bersyukur perkara ni tak jadi isu.
Aku sentiasa ingatkan diri yang PPUM ni semi-kerajaan, pesakit mereka ramai.
Hospital & pesakit sama-sama perlu tolak ansur.
At the end of the day all we want is just to get things done as best as we could.
Semoga aku akan sentiasa ingat & semoga Tuhan permudahkan segala urusan aku :)



Jadi hari ni tak perlu bayar apa-apa, cuma ambil tarikh temujanji.

Bila dah sampai tarikh termujanji:

- Datang awal: nombor giliran boleh diambil seawal 7.30pagi (tekan Butang J)
bawa:
1. wang pendaftaran untuk bukan pakar RM31
2. wang pendahuluan RM500
3. IC ibu
4. IC bapa (salinan IC jika bapa tidak hadir)
5. kad biru PPUM
6. spesimen air kencing (atau boleh beri pada hari itu)
7. Surat rujukan doktor & laporan ultrasound

p/s: Kata misi seelok-eloknya datang lah pada bulan ke-3 kehamilan baru senang nak atur semua ujian :)

Wednesday, April 6, 2011

antenatal week 34 - membebel

kandungan makin besar.
cepat penat.
susah rupanya kalau gemuk.
masa iron baju atas lantai, nak iron yang jauh sikit dah perut tersendal dengan kaki, tak sampai tangan, boleh gosok yang dekat² je.
tandas cangkung 1 cabaran.
bila mencangkung lama² kaki jadi kebas, lutut lenguh lipat lama² (lutut kanan memang sakit).

mata kering.
penglihatan jadi terbatas dan terpelik sikit.

kadang² terasa butt baby kat bahagian kanan perut.
kanan tengah atau kanan atas.
wah rasa pelik pulak apa yang terbonjol² nih.
tepuk² baby sikit tanya 'Alice buat apa tu'
'Alice duduk la baik²'

daddy marah kalau tepuk², dia suruh biar je.
tapi bila explain - mommy tak selesa, sakit², rasa macam tercekik tulang (tapi nih tersendal perut) baru la daddy faham.
slow² daddy cakap kat baby 'Baby duduk la baik², tak mo sakitkan mommy', pujuk² dia, sekejap je dia dah tak terbonjol lagi.
oho, anak daddy rupanya Alice nih eh.
nak dengar cakap daddy saja :)



uneventful
itu lah yang tertulis kat surat rujukan Dr Fatima Najla dari KJMC.
bagus baby mommy, sayang dia.
walau pun dia aktif, penat mommy dia nak layan dia bergerak ke sana sini (pada hal gerak dalam amniotic sac je!) - apa la mommy nih, tak punk langsung! :p
ye lah, nak layan daddy dia yang kuat buli lagi, baby yang aktif lagi, tak menang tangan mommy!
dari 1.7kg dah naik 2.4kg - cepat sangat berat baby naik, kata doktor - walau berat mommy naik 2kg saja bulan lepas.
mommy ada terbaca yang doktor anggarkan berat baby 2kg++ tapi bila lahir 3kg lebih.
mommy tak mo risau la sekarang, mommy harap semuanya ok - apa pun jadi mommy akan jaga saja baby baik² k :)

minggu depan patut dah booking bersalin kat PPUM.
mommy tak pasti lagi nak pergi 1 atau 8 April.
mungkin 1.
daddy tak dapat cuti, tunggu baby lahir baru kita cuti sama² eh :)
kena banyak sabar sebab pergi sorang².
baby teman mommy k :)

Tuesday, April 5, 2011

KJMC - Antenatal Week 34

Hari nih 2nd shot tetanus ... ouch!

26/3/2011
Parking duration: 8.39-9.54am
Parking fee: RM3.15
Mommy's weight: 61kg
Blood pressure: 100/70
Baby estimated weight: 2.4kg

Hospital Charges
Disposable & Medical Supply: RM3.10 - tetanus shot
Laboratory: RM5.00 - urine test (albumin: -ve, sugar: -ve)
Pharmacy: RM82.00
Registration Fee: RM2.00

Consultant Fee
Dr Fatima Najla
Specialist Consultation Fee: RM30.00
Specialist Procedure: RM50.00

Total: RM172.00

Sunday, April 3, 2011

KJMC - Antenatal Week 29

baby dah turun
kepala ke bawah dah :)
baby dah besar, tak muat gambar kat ultrasound tu pasal doktor dah tak bagi print out kot :p


26/2/2011
Meet doctor at: 8.38am
Mommy's weight: 59kg
Blood pressure: 100/70
Baby estimated weight: 1.37kg
Gestation age: 29/52
EDD 11/5/11
BDP 75=30
AC 248=29
FL 56=28
EFW (gm): 1.37kg
liq adq
Sex: XX

Hospital Charges
Laboratory: RM5.00 - urine test (albumin: -ve, sugar: -ve)
Pharmacy: RM73.00
Registration Fee: RM2.00

Consultant Fee
Dr Fatima Najla
Specialist Consultation Fee: RM30.00
Specialist Procedure: RM30.00

Total: RM140.00

Saturday, April 2, 2011

KJMC - Antenatal Week 25

yeah, confirmed baby girl! :D

kedudukan baby masih kepala ke atas, belum turun lagi.
awal lagi pun kan?

doktor pun dah tanya nak deliver kat mana.
belum decide lagi.
tapi tak de sponsor.
mungkin hospital selayang, hospital sungai buloh, hospital ampang atau PPUM ...

wah hari nih kena 1st of the 2 shots for kancing gigi!



22/1/2011
Meet doctor at: 8.37am
Mommy's weight: 57kg
Blood pressure: 100/70
Gestation age: 24/52 + 6/7
EDD: 8/5/11
BDP 61=25
AC 202=24
FL 45=24
EFW (gm): 757g
liq adq
sex: XX

Hospital Charges
Disposable & Medical Supply: RM3.10 - tetanus shot
Pharmacy: RM103.00
Registration Fee: RM2.00

Consultant Fee
Dr Fatima Najla
Specialist Consultation Fee: RM30.00
Specialist Procedure: RM30.00

Total: RM168.00

Antenatal class: RM100.00
view antenatal class review by the adorable Zahra Elena's mom :)

Friday, April 1, 2011

antenatal week 20 - membebel

skg rasa baby dah besar la.
dulu masa baru² mengandung doc kena tekan² perut dulu masa nak scan baru nampak baby.
skg masa dia ratakan gel kat perut guna scanner tu pon dah nampak dah sket².
baju kemeja yg pkai g keje dah xmuat.
baju kurung yg aku bwk balik dr seremban dulu pon bukan semua yg muat.
baju kurung lama aku sume kain xleh masuk, yg paling besar pon ngam² je, sket hari lagi dah xleh pkai.
dlm bnyk² tu ada brapa lai je yg boleh pakai.
cik li kata nnt beli baju baru la (yay!) :D

pas tu doktor kata nanti nak kena shots.
2x lak tu.
kancing gigi.
mungkin mgu 24 & 32.
dia kata tu je shots yg kena amek.
masa check darah, dia tgk result kata la vaksin hepatatis B xpernah amek kan,
so dia suggest lepas baby lahir nnt amek la shot hepatatis B kat hospital biasa.

haaaaaaa ....!
lagi 1 - blood test tu tunjuk 1 fakta penting.
sebenarnya darah aku O+!
cilaka nyer doktor klinik negeri kat seremban tuh.
camner tah dia bley dpt result A+ dulu masa bt check up nak masuk utm.
dah xpsl² jadi anak pungut! -_______-
so skg sume org dlm family aku pon darah 0+.
ayah je B+.
baru la betol!

doktor tu kata kena check blood type tu kalo besalin nnt nak kena blood transfusion.
tu ok la.
pas tu dia kata kena tau blood type mak kalo baby jaundice.
yg tu xpaham la napa - sbb slalu anak & mak xsemestinya sama.

pas tu berat dah (55.5kg kot) naik 2.5kg.
alamak, aku dah takut dah sbb doktor kata 1 mgu boleh naik 0.5kg so 1 bln naik 2kg.
nih dah terlebih 0.5kg.
tapi doktor tu kata xpe, 2-3kg sebulan ok lah.
(pas tu dia xde sebut lg jgn mkn mcD so ok la boleh je g mkn mcD kan!) :D

yg lain² dlm blood test result tu ok la, haemoglobin count ok, rubella & xde hiv.

hmmm ... aku tanya doktor tu boleh tau gender dah ke.
dia kata kalo baby kepala ke bawah pas tu dia kang² boleh la nampak.
pas tu dia bosan je nak layan dia kata 'tu je dia nak tau' -_____-
masa scan tu baby mgadap ke blakang so kita nampak tulang blakang dia.
pas tu scan butt, doc tu kata dia kepit nih, xnampak.
tapi dia kata la 'kosong je nih'.
so mungkin perempuan ... tapi blom confirm lg.
pas kuar tu aku tanya cik li, suka x dpt baby girl.
cik li jwb je 'kan dia kata blom tau lg'.
ok la, blom boleh excited lg kot.
tapi aku tetap nak belikn baby baju merah keh keh keh
(merah tau bukan pink!) :D

Thursday, March 31, 2011

KJMC - Antenatal Week 20

belum confirm, tapi mungkin baby girl! :)




23/12/2010
Parking duration: 5.54-6.49pm
Parking fee: RM2.10
Mommy's weight: 55.5kg
Blood pressure: 100/70
BDP 47=20
AC 148=20
FL 33=20
EFW (gm): 342g
liq adq


Hospital Charges
Laboratory: RM5.00 - urine test (albumin: -ve, sugar: -ve)
Pharmacy: RM82.00
Registration Fee: RM2.00

Consultant Fee
Dr Fatima Najla
Specialist Consultation Fee : RM30.00
Specialist Procedure : RM30.00

Total: RM149.00

Wednesday, March 30, 2011

KJMC - Antenatal Week 16

rasanya masih awal lagi.
kedudukan baby masih breech, kepala baby belum turun.
jantina pon masih belum tahu.

selain daripada tu, ada juga buat blood test.
perkara malang yang terjadi - semasa sampai di lab untuk ambil sample darah, ada seorang staff lelaki yang tengah tengok² mesin di sana.
dia cuba ambil sampel darah, dah cucuk kedua² belah lengan baru dia cakap 'saya tak pandai'.
selepas tu baru ada sorang staff yang pakai uniform nurse datang & ambil sampel darah.
sekejap saja, tak sampai beberapa saat.
saya tanyakan padanya 'kenapa, susah ke?'
jawab nurse tu 'salur darah halus sangat'



20/11/2010
Parking duration: 8.25-10.26am
Parking fee: RM4.20

Mommy's weight: 53kg
Blood preassure: 100/60
Gestation age: 15/52
EDD: 11/5/11
BDP 30=15
AC 95=15
FL 19=15
EFW (gm) 132g
liq adq

blood test result
group O+
Haemoglobin 12.4
HIV 1 & 2 Antibody non reactive
Serology - VDRL non reactive
Hepatatis HBs antigen, antibody non reactive -> need vaccination
Rubella Ig G 52.1

Hospital Charges
Laboratory: RM120.00 - blood test & urine test (albumin: -ve, sugar: -ve)
Pharmacy: RM82.00
Registration Fee: RM2.00

Consultant Fee
Dr Fatima Najla
Specialist Consultation Fee: RM40.00
Specialist Procedure: RM30.00

Total: RM274.00

Tuesday, March 29, 2011

KJMC - Antenatal week 11

untuk antenatal minggu 11 nih ada berita baik dan berita tak baik
berita baik: tak ada perubahan pada fibroid
berita tak berapa nak baik: placenta rendah
risikonya: mungkin tak boleh bersalin normal

macam bulan lepas, doktor pesan lagi - bulan depan kita tengok placenta naik ke tidak.


minggu lepas daddy kata 'ada alien dalam perut dia', minggu nih baru excited tengok baby dah berbentuk & gerak² :)

19/10/2010
5.50pm
Mommy weight: 51kg
blood pressure: 100/70

Hospital Charges
Laboratory: RM5.00 - urine test (albumine: -ve, sugar: -ve)
Pharmacy: RM82.00 - obimin, calcium, neurogain
Registration Fee: RM2.00

Consultant Fee
Dr Fatima Najla
Specialist Consultation Fee: RM40.00
Specialist Procedure: RM40.00

Total 169.00

Monday, March 28, 2011

fibroid

sebenarnya pada antenatal check up kali pertama (week 7) yang lepas, kita juga dapat tahu ada fibroid pada rahim.
tak tahu berapa lama dah ada, cuma baru dikesan sebab baru pertama kali buat ultrasound.

berapa besar fibroid: 4cm!
berapa besar baby: tak sampai 1cm!

fibroid 4 kali ganda besar dari baby! T_T

risiko?
fibroid boleh membesar sama baby.
fibroid boleh mengakibatkan keguguran.
ada sepupu yang sampai sekarang, selepas melahirkan 4 anak masih ada fibroid sebesar bola tenis pada rahimnya.



bila baru je dapat tahu tentang fibroid nih, nak bagitau orang kita dah mengandung pun rasa serba salah.
sebab kandungan berisiko.
kalo dah excited tak pasal² lepas tu ada komplikasi macam mana?!
malu & sakit sendiri :(

cuma 1 doktor pesan:
kita tengoklah bulan depan macam mana.
harap² dia tak menggaggu kandungan.

apa itu fibroid?
ketumbuhan yang bukan kanser pada rahim
baca maklumat lanjut berkenaan fibroid

KJMC - Antenatal Pertama!

Recap: Dah sahkan mengandung di PPUM, tapi belum layak buat pemeriksaan di sana lagi.

Kekangan: Follow up hanya boleh dibuat di Klinik Ibu Mengandung PPUM hanya SELEPAS kandungan berusia 4 bulan.

Apa nak buat sementara tu?
Terpaksa la ke klinik swasta yang
- boleh terima antenatal yang lebih awal daripada 4 bulan
- ada temujanji hujung minggu (yeah AL dah habis buat cuti kahwin!)
- doktor perempuan muslim
- lokasi terdekat

Ke mana kita?
KJMC!

kita tak tau rupanya evening clinic masa biasa ialah 6-8pm.
kita datang lepas habis kerja 6.30pm baru bertolak dari Pelangi Damansara.
Sebab tu doktor charged over time kot :p

dari ultrasound kita dapat tahu baby dah 7 minggu :)
belum sampai 1cm pon panjang dia.
dijangka lahir 10/5/2011.
ahlan wa sahlan ya habibi!




21/9/2010
Parking duration: 7.16-9.18pm
Parking fee: RM2.10

Hospital Charges
Pharmacy: RM12.00 - kalau tak salah dapat tablet kalsium, stok asid folik dari PPUM banyak lagi
Registration Fee: RM7.00

Consultant Fee
Dr Fatima Najla
Specialist Consultation Fee: RM60.00
Specialist Procedure: RM40.00

Total: RM119.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...