sebab kalau ikut kata² nurse yang buat antenatal check up sebelum ni
bila dah masuk 37 minggu yang baru akan buat ultrasound sekali lagi
(kemungkinan besar ultra sound terakhir)
dan kalau baby belum engage
akan terus refer ke hospital dan² tu jugak.
minggu yang 37 tu baru suspense kan!
suspense sikit je la kot
sebab dari minggu 30 kalau tak salah
memang baby dah turun kepala ke bawah.
selalunya pergi sendiri
sebab kalau antenatal check up kat klinik kesihatan kerajaan ni
suami macam tak ada fungsi sangat pun
(selain buat semak kerusi) :p
kecuali kalau bawak nak check up/ cucuk baby sekali.
suami tak boleh masuk bilik konsultasi
tak boleh tengok ultrasound sama²
cuma boleh teman sampai pintu depan
(sebab tak nak kasik semak dalam klinik)
dan tolong drive
serta belikan sarapan/snack waktu menunggu saja.
kali ni tak sangka pula abang nak teman.
dia sendiri yang minta cuti
(abang ni jenis kalau demam, dapat MC pun dia tak cuti
sebab nak jaga prestasi kerja)
dan dia sendiri yang nak sama² pergi.
alolo sweetnya ... walau pun aku rasa nanti buat penat badan je tunggu lama² kat klinik tu.
MGTT, again!
oh ya!
ada kemungkinan abang teman
sebab bini dia bising
risau macam mana nak keluar pagi² redah jem
sebab kali ni kena buat sekali lagi ujian MGTT
rujuk sini untuk baca pasal ujian MGTT yang lepas.
jadi kena ada kat klinik kesihatan sebelum 8 pagi.
lagi lambat sampai
lagi lambat ambil sampel darah lepas minum air gula
lagi lama kena berlapar tak boleh makan, tak boleh minum.
jadi untuk antenatal minggu ke-36 ni
selain dari check up biasa
kena buat ujian minum air gula juga.
prosedur MGTT & antenatal check up
- makanan terakhir pada jam 10 malam sebelum ujian, kemudian cuma boleh minum air kosong saja
- datang ke klinik sebelum 8 pagi
- ambil nombor giliran ikut zon
- terus ke bilik spesimen untuk ambil sampel darah
- minum air gula (tak boleh makan/minum lagi dah lepas ni)
- hantar buku pink ke kaunter depan semula
- tunggu giliran untuk ambil berat
- tunggu giliran untuk urine test
- tunggu giliran untuk hemoglobin count test
- tunggu giliran untuk jumpa nurse (antenatal check up)
- lepas 2 jam minum air gula, ambil sampel darah sekali lagi (lepas ni baru boleh makan minum)
antenatal result minggu 36:
urine
- normal
hemoglobin
- naik sikit 12 dari bulan 11.9, tak la jauh beza pun
berat
- naik 1.5kg jadi 64kg dari minggu lepas 62.5
blood pressure
- 98/89: ada nurse kata rendah, ada nurse kata normal untuk ibu mengandung
nadi
- 77
bengkak
- tak ada, alhamdulillah kali ni memang rasa lagi fit dari 1st time mengandung dulu lagi sembab & water retention lagi teruk
usia kandungan
- 36 minggu yay! :D
tinggi rahim
- 30 cm ... aik, minggu lepas 32cm! :p
kedudukan
- kepala baby dah turun
jantung baby
- 146
baby gerak
- normal
nasihat
i) nasihat biasa
- rehat cukup
- kira kick count baby
ii) tanda² nak bersalin - terus pergi hospital
1) pecah air kutuban
2) contraction
3) keluar lendir + darah
result MGTT trimester ke-3
- nak tahu sekarang ke nak surprise? :p
- lebih kurang sama je dengan yang lepas dalam 4 - 6 macam tu, normal sihat tak ada diabetis, alhamdulillah! :)
(result tampal kat buku yang simpan kat klinik kesihatan, tak ada catat dalam buku simpanan sendiri)
maybe next time boleh tempek result.
lepas saja antenatal check up
(dah mood nak pergi berpoya²)
dengan tak disangka²
rupanya nurse tu terus saja bagi appointment untuk jumpa doktor
dan buat ultrasound.
tu la, lain nurse lain je pendapat dia.
last check up nurse dulu tu kata minggu 37 baru ultrasound
tapi nurse ni ok je nak proceed hari ni je buat lagi satu appointment
petang ni juga
jumpa doktor
buat ultrasound.
ok la.
on je la.
lagi pun apa ada hal
baby memang dah lama kepala dah turun.
memandangkan mak Forrest Gump kata
life is like a box of chocolate,
you'll never know what you gonna get,
dengan tak disangka²
lepas ultrasound
doktor tu kata
baby kepala dah turun
tapi kedudukan tak tepat
senget² lagi.
memang pun.
selalu je rasa baby pergi ke tepi ke tengah lagi.
lagi pun macam awal giler lagi kan
baru minggu 36
kalau baby normal nak lahir pun minggu 37.
bila cakap kat doktor macam tu
doktor tu jawab
(terjemahan) "Saya suruh pergi check up saja
bukan suruh pergi bersalin."
(doktornya baik, lemah lembut, graceful macam stewardess!)
maunya tak panik bila doktor tu bagitau
dia akan tulis referral letter
untuk bawa ke Klinik O&G HKL
(sebab bagitau dia nak bersalin kat HKL)
jadi orang HKL
boleh plan untuk baby delivery.
panik tak?
dah elok² semua ok tiba² hari ni jugak kena pergi HKL!
kalau aku drive sorang pagi ni
memang confirm telefon abang mintak hantar jugak la :p
(memang tak pass nak drive pergi HKL sendiri!)
oblique lie,
baby kepala ke bawah tapi tak ngam² dalam laluan
macam nak tangan keluar dulu
jadi please do the necessary
:p
dua beranak perangai sama.
masing² suka dapat pergi mana² sama².
tq abang, tq Alice yang selalu buat saya happy :)
abang parked kereta kat public car park depan wad bersalin HKL
kalau tak salah 3 jam pertama RM2
(lupa pulak nak tanya abang berapa parking rate).
yang leceh sikit parking tingkat atas² yang ada kosong
tapi lif tak berfungsi.
penat kita bawak Alice turun tangga dan tak tau mana arah nak tuju.
HKL
hari lain, lain aktiviti
nak kena call buat appointment
baru boleh datang untuk antenatal check up.
nak walk in boleh
tapi nanti akan dapat appointment hari lain untuk check up
tengok system
ada kosong baru boleh masuk system.
kat klinik kesihatan boleh datang berlenggang lagi.
kat sini ada kaunter bayaran pulak
tapi masa kita pergi tu tak ada pun kena bayar apa².
sorry gambar tak jelas.
usya doktor
ada3 orang je pakar kat sini?
cukup ke?
yang lain semua nurse yang check eh?
apa² hal pergi bilik 20 ni
itu pun tak jumpa doktor,
nurse saja beritahu apa nak kena buat
bilik 16 untuk ultrasound.
kalau kat klinik kesihatan doktor yang buat ultrasound
tapi kat Klinik O&G HKL ni sonographer yang buat ultrasound
maknanya ada langkah² tambahan yang lebih² lagi
baru akhirnya dapat jumpa doktor!
HKL ultrasound
hey ho lets go!
apa lagi
mari la kita ke HKL hari ni jugak
esok dah kebetulan public holiday - cuti panjang.
abang macam biasa
his first concern
mestilah Alice.
jadi abang putuskan kita jemput Alice dulu
sebab abang risau dari HKL nanti kita gerak lambat
nanti lambat pulak nak jemput anak kesayangan dia :D
wow!
tempat baru, suasana baru
confirm la kita rasa banyak benda pelik².
dipendekkan cerita
prosedurnya
- ambil nombor giliran pada pukul 2 petang untuk sesi petang
- urine test
- timbang berat
- ambil blood pressure reading
- tunggu giliran kat depan bilik 20
- pergi ultrasound
- tunggu giliran kat depan bilik 20 semula
dulu ada ustazah masa belajar dulu pernah cakap
anak orang baik² mesti la baik :p
jadi ultrasound ok je
petang tu elok je baby duduk kat posisi dia
tak senget pun.
jadi kita diberi next appointment untuk antenatal check up pada 5/5/2015
fuuu ... lepas cuti
langsung abang tak ada masa nak apply cuti!
ultrasound result
kalau ikut dua² ultrasound
satu pagi satu petang
1) baby dalam 35 minggu 5 hari
maknanya Sabtu/Ahad cukup 36 minggu.
adakah hari lahirnya pun Sabtu/Ahad jugak?! :-O
2) berat baby dalam 2.7-2.8kg dah
3) yang lain semua insyaAllah ok :)
fuuu ... panjangnya cerita.
jom pergi cuti!
:D
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment