damdiduuu

Showing posts with label bersalin. Show all posts
Showing posts with label bersalin. Show all posts

Tuesday, May 24, 2011

kaedah tahan sakit bersalin

ada 3 kaedah biasa tahan sakit waktu bersalin
1. epidural
2. suntikan
3. sedut gas

1. epidural
- paling mahal
- boleh jadi kebas sampai tak rasa nak meneran
- jarang ibu ambil epidural sebab selagi boleh nak bersalin normal, fisabilillah tu!

2. suntikan
- biasanya pethidine
- hmmm ... tak tau lah kalau boleh kurangkan sakit sebab rasa cam sama je selepas & sebelum injection :p

3. sedut gas
- laughing gas: nitrous oxide + oxygen
- patut sedut 20-30 minit sebelum contraction
- sama jugak, tak tau la gas nih boleh kurangkan sakit ke tidak, sebab semua contraction pun rasa sakit
- yang bestnya, bila sakit contraction sedut gas nih ada aktiviti sikit, tak lah fokus sangat pada sakit tu
- side effect? jadi ngantuk!

tak puas tidur :p


gas tu la sebabnya saya tak boleh jawab - sakit ke bersalin?
sebab saya tertidur :p
setiap kali contraction - mungkin dalam 3-4 minit sekali saya terjaga sebab sakit, lepas tu tidur balik.

ye la, mana tak nya - datang hospital 11 malam & sedut gas dalam pukul 5pagi
penat, ngantuk, tak cukup rehat, belum tidur + gas
orang sibuk nak bersalin, dia boleh bantai tidur :D

tu lah yang saya ingat
- masuk labour room dekat pukul 5pagi
- bersalin 8pagi
dari pukul 5 sampai pukul 8 tu saya tak ingat pun buat apa
tidur la kot
cuma terjaga setiap kali sakit contraction
bila terjaga je sedut gas lagi :D
tau-tau bila dah agak-agak nak sedar dah kena teran keluarkan baby

siap kena marah, ugut bagai
"Puan, jangan tidur! Fokus puan!" :p
"Kalau puan tak teran, baby puan kena vakum nanti kepala tak cantik!"

cuma sedar & coherent 3 teranan terakhir
tapi dari dengar yang dorang borak-borak lepas bersalin rupanya dah sejam dorang suh teran tapi baby tak kuar-kuar
... tu la, sapa suh cakap ngan orang tidur! :p

sakit ke bersalin?

hmmm...
sakit ke bersalin?
yang nyata mengandung & lepas bersalin sakit!

mengandung
- nak duduk susah
- nak berdiri susah
- nak berjalan susah
- bila baring, nak beralih megiring ke kanan/kiri susah
- bila baring, nak duduk susah
- nak pakai stoken susah (saya abang yang pakaikan) :D
- nak masuk/keluar kereta susah
- tangan, kaki bengkak - nak bergerak susah
- sakit lutut, sakit butt, sakit sana sini
... hui, taubat saya tak mau jadi gemuk!




selepas bersalin
- sakit luka bersalin
- sakit kena jahit
- sakit tunggu luka & jahitan sembuh
- sakit kena urut perut sebaik saja baby keluar (untuk kecutkan rahim)
- sakit masa doktor keluarkan darah beku dari rahim tak lama lepas bersalin
- sakit rahim di dalam, masa baring nak beralih megiring ke kiri/kanan masih sakit
- tak boleh duduk betul-betul lama-lama sebab luka bersalin, dekat 3 minggu boleh berdiri & baring saja
- sakit bila bergerak, nak mengesot atas katil pun kena guna banyak tenaga dengan penuh berhati-hati, apa lagi kalau nak turun katil, pergi tandas dan sebagainya :(
- lepas bersalin kena sembelit?! hui sakit cam nak keluar anak lagi 1 - setiap kali nak buang air besar lak tu!
... orang bersalin memang layak dapat cuti 90 hari! (saya punya lagi 30hari mana?!)

jadi persoalannya sekarang - sakit ke bersalin?
... tak ingat la, masa tu saya tidur :p

Thursday, May 5, 2011

S&M bondage momma: berpantang 'ala Melayu


budget letak tajuk cam tu ramai la visitors :p

hari nih 1st time berpantang sendiri.
abang dah start kerja.

berjaya:
- masak air untuk mandi - umah sini tak ada heater
- rebus manjakani + sireh: budget untuk pagi & petang
- panaskan batu tungku
- mandi & cuci guna air rebusan manjakani + sireh
- bertungku
- sapu air limau purut, kapur, kunyit (ready made punya) sebelum berbengkung
- berbengkung
- sarapan

* di antara kerja-kerja tu semua pon bila-bila masa
- pujuk baby nangis
- menyusukan baby
- tukar lampin


baru 1st time tengok manjakani! :p


lepas mandi-tungku-bengkung Part I
- mandikan baby
- lunch: abang dah siap masak, tinggal panaskan - thanx hun! :)
- kemas rumah
- basuh baju (guna washing machine je pun!) & sidai
- lipat baju
- minum petang
- mandi-tungku-bengkung Part II
- ngam-ngam abang balik! ringan rasa dunia :)

dulu masa 1st time bertungku & bengkung memang alah
letak air limau purut tu rasa cam masak perut!
punya la panas!

tapi bila tengok hasilnya jadi rasa kesakitan tu macam dialu-alukan pulak.
sebab kita tau kita dah berusaha.
jadi kita deserved hasilnya
... tu lah, macam S&M pulak kan?
dah la sah-sah bengkung zig zag tu tu 'ala bondage
versi Melayu! :p


korang suka bau cinnamon?
kalau kat Aunty Anne's ke, Cinnabon ke wangi betul bau dia!
tapi kalau kulit kayu nanis tu diparut dan letak kat dahi
... panas macam haram!
tu kita tak buat la sebab tak sakit kepala (alasan)

... hmmm sampai bila agaknya rajin nih eh?
boleh sampai 44 hari tak agaknya? :D

Wednesday, April 27, 2011

38 minggu 1 hari: BERSALIN! :)

kronologi kelahiran baby Alice

26 April 2011 Selasa
11.08 pm : air kutuban pecah
11.50 pm : bergerak ke PPUM, masuk labour room, bukaan 2cm

27 April 2011
1.35 am :masih di labour room, contraction setiap 5 minit tapi selang seli kuat & perlahan, pindah ke wad bersalin
3.56 am: contraction makin kuat & makin rapat, bukaan 4cm
5.00 am: masuk labour room semula
7.00 am: bukaan 10cm, kepala bayi di stesyen 0, maknanya dah boleh teran keluar
8.15 am: baby Alice lahir :)
9.30 am: doktor keluarkan darah beku
11.00 am: pindah ke wad bersalin, baru dapat jumpa daddy baby Alice
11.30am: rooming in, baru jumpa baby Alice semula



baby Alice selepas diQamat oleh daddynya


28 April 2011
10.00 am: doktor check perut mommy baby Alice, ambil sampel darah
2.30 pm: baby Alice balik rumah bersama keluarga :)

Tuesday, April 19, 2011

nak terberanak dah?

Suspense!
Estimated Due Date atau tarikh jangkaan bersalin untuk baby Alice ialah 10 May 2011.
Lagi 3 minggu.
Tapi baby boleh lahir seawal 37-41 minggu.
Minggu 37 bermula hari nih, 19 April 2011.

sekarang nih apa² pun ingat nak bersalin.
sakit perut nak membuang pun ingat nak bersalin.
lapar ingat nak bersalin.
sakit belakang ingat nak bersalin.
tapi memang sakit belakang pun.
tak lama lagi lah nih.

kebetulan masih ada gambar nih


apa² pun, zaza mintak maaflah kat semua.
i always prefer to keep people at arm length - within safe distance.
tak mau menyakitkan atau tak sengaja menyinggung.
banyak isu yang timbul.
bayak isu yang dielakkan.
terutamanya kat dalam scene.
ada banyak perkara yang nak diperjelaskan dengan panjang lebar.
sebaiknya biarlah yang lepas² dah dimaafkan kalaupun tak dilupakan.

plan bersalin kat PPUM yang dekat² KWSP Jalan Gasing, PJ.
bila terima berita, jemputlah melawat.
kalau nak datang rumah kena tanya daddy baby Alice bila nak buat makan² sebab dia top chef kat umah :D

tengok² daddy baby Alice eh :)


moga semuanya selamat, jaga diri :)

p/s: kalo nak melawat kat hospital pastikan dress up semat² eh ~ budget la anak Si Photographer confirm mesti ada gambar dengan pelawat :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...