damdiduuu

Tuesday, May 24, 2011

kaedah tahan sakit bersalin

ada 3 kaedah biasa tahan sakit waktu bersalin
1. epidural
2. suntikan
3. sedut gas

1. epidural
- paling mahal
- boleh jadi kebas sampai tak rasa nak meneran
- jarang ibu ambil epidural sebab selagi boleh nak bersalin normal, fisabilillah tu!

2. suntikan
- biasanya pethidine
- hmmm ... tak tau lah kalau boleh kurangkan sakit sebab rasa cam sama je selepas & sebelum injection :p

3. sedut gas
- laughing gas: nitrous oxide + oxygen
- patut sedut 20-30 minit sebelum contraction
- sama jugak, tak tau la gas nih boleh kurangkan sakit ke tidak, sebab semua contraction pun rasa sakit
- yang bestnya, bila sakit contraction sedut gas nih ada aktiviti sikit, tak lah fokus sangat pada sakit tu
- side effect? jadi ngantuk!

tak puas tidur :p


gas tu la sebabnya saya tak boleh jawab - sakit ke bersalin?
sebab saya tertidur :p
setiap kali contraction - mungkin dalam 3-4 minit sekali saya terjaga sebab sakit, lepas tu tidur balik.

ye la, mana tak nya - datang hospital 11 malam & sedut gas dalam pukul 5pagi
penat, ngantuk, tak cukup rehat, belum tidur + gas
orang sibuk nak bersalin, dia boleh bantai tidur :D

tu lah yang saya ingat
- masuk labour room dekat pukul 5pagi
- bersalin 8pagi
dari pukul 5 sampai pukul 8 tu saya tak ingat pun buat apa
tidur la kot
cuma terjaga setiap kali sakit contraction
bila terjaga je sedut gas lagi :D
tau-tau bila dah agak-agak nak sedar dah kena teran keluarkan baby

siap kena marah, ugut bagai
"Puan, jangan tidur! Fokus puan!" :p
"Kalau puan tak teran, baby puan kena vakum nanti kepala tak cantik!"

cuma sedar & coherent 3 teranan terakhir
tapi dari dengar yang dorang borak-borak lepas bersalin rupanya dah sejam dorang suh teran tapi baby tak kuar-kuar
... tu la, sapa suh cakap ngan orang tidur! :p

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...