damdiduuu

Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Saturday, February 2, 2013

kelahiran adik perempuan Ainul Mardhiah

alhamdulillah
kita dapat berita kelahiran adik kepada Ainul Mardhiah.
lahir secara pembedahan di Hopital Ampang
pada malam Sabtu 2/2/13.

awal betul lahirnya,
cuma 8 bulan dalam kandungan.
comel sangat baby girl cuma 2.03kg.
alhamdulillah
selamat anak dan ibu.
semoga segala urusan dipermudah
serta dikurnia melimpah ruah rezeki dan kasih sayang yang berpanjangan
:)


mana kita nak pergi ni, Alice?


belum masuk waktu melawat lagi.


so typically Alice.
sempat layan slide seround dua sementara tunggu waktu melawat!


mari beratur tunggu waktu melawat!


alhamdulillah!


baby kecik comel
nangis pun suara perlahan saja
orang sebelah pun silap² tak dengar
:p


subhanallah!
hello world!

:)

Wednesday, November 21, 2012

bayi lelaki tertukar di Hospital Kandang Kerbau Singapura

Pasangan A
- bayi baru ini adalah anak pertama mereka
- apabila sampai di rumah
tanggalkan tag pada kaki bayi
tanpa memeriksanya terlebih dahulu
- tengah malam Ahad
selepas 10 jam bersama bayi
baru diberitahu
tersilap bawa balik bayi

Pasangan B
- bayi baru ini adalah anak ke-3 mereka
- telah beri susu ibu kepada bayi selepas keluar daripada hospital
- sejam selepas balik rumah
tengok tag kat pergelangan kaki baby
nama ibu lain daripada yang sepatutnya
- buat ujian darah
keputusan: darah anak tak sepadan dengan darah ibu bapa

ujian DNA telah dibuat
akan dapat keputusan akhir minggu ini.

wakil Hospital Kandang Kerbau (KKH) Singapura
CEO dan pengerusi lembaga perubatan
minta maaf dan berjanji kesilapan tidak akan berlaku lagi
serta memberi sokongan kepada keluarga terlibat
termasuk kaunseling

kejadian turut dapat bantuan Kementerian Kesihatan

identiti keluarga terlibat tidak didedahkan



sekadar gambar hiasan

kemungkinan
tag pengenalan pada 1 bayi tercabut
dan kemudiannya 1 lagi tag yang salah telah diletakkan.
tag yang dipercayai tertanggal daripada kaki bayi
telah dijumpai di atas sebuah baby cot yang kosong.

lazimnya bayi ditandakan dengan 2 tag
yang mempunyai nama ibu.
tag pertama pada pergelangan kaki kanan
yang diletakkan ketika di bilik bersalin
dan tag kedua pada pergelangan kaki kiri bayi
ketika bayi dibawa ke nursery.

apabila mahu keluar daripada hospital
jururawat sepatutnya memeriksa kedua² tag.
ada kalanya
apabila bayi tidur
sesetengah jururawat dan ibu bapa berat untuk melakukan pemeriksaan tag
kerana perlu membuka bedung
dan mungkin mengganggu tidur bayi.

hingga kini, penyiasatan masih lagi dijalankan.

untuk bacaan lengkap: sumber berita

Sunday, July 29, 2012

2nd baby

ikut²kan
memang kalau boleh
nak biar Alice membesar dulu.
bila dah boleh berdikari sikit
dah umur 2 tahun
baru kita plan pasal adik Alice.


arkib: 6 bulan
belum gemuk betul lagi
:p

tapi baru² ni
bila tukar doktor
dan tukar kepada depo provera yang 2 bulan
dah rasa lain macam.
rasa was².
musykil dengan keberkesanan suntikan kali ni.

kenapa?

pertamanya sebab sakit lama sangat.
selalunya kawasan suntikan baik selepas 3 hari
kali ini sakitnya lama.
lagi pulak ada rasa macam ketulan
atau bengak di dalam.
ada juga rasa perbezaan fisiologi
lain, tak macam tengah buat terapi hormon.
memang la ada beza
antara normal dengan ambil suntikan.


sakit lutut,
sakit nak berjalan,
hitam²,
allergic semua keluar
- the joy of pregnancy!

bersedia?
slow², bit by bit
redha la
kalau rezeki awal :)
lebih² lagi banyak faktor luaran yang menggalakkan
ramai ibu² yang dikenali tengah mengandung.
tak masuk lagi cerita Farah SaraKids
yang telefon² je cakap
'Soalan pertama - you tengah mengandung ke, Zac?!'

antara perkara besar untuk baby ke-2:

1) masa

kalau mengandung sekarang
Alice akan dapat adik
pada umurnya 15+9=24
ngam² 2 tahun

2) antenatal checkup
swasta
- tiap² bulan scan
- banyak supplement
- boleh pergi weekend (abang & Alice boleh teman, yay!)
- budget RM200 sekali visit
kerajaan
- banyak test² tambahan yang swasta tak buat (glucose test I & II)
- waktu menunggu lama
- weekday (kena minta excuse dengan boss, ambil time slip, kena pergi sorang²)
- budget kecik tiap kali visit


ujian air gula
yang membuatkan doktor yang nak sambut kelahiran baby
jadi confused!

3) bersalin
semi-kerajaan
- deposit 500$
- kalau tak salah sekarang suami boleh masuk labour room & selepas bersalin boleh pilih untuk duduk di bilik kecil, bukan wad besar
- dekat dengan rumah
kerajaan
- kos rendah
- sampai sekarang masih lagi dengar (baca!) cerita yang dah nampak kepala baby baru panggil misi

4) nursery baby
nursery Alice sekarang
- RM555 sebulan kalau boleh jemput dia ngam² tepat 6.30 petang setiap hari tanpa gagal
- kira dalam RM1,200 untuk nursery sahaja kalau nak hantar Alice & adik di tempat sama
pilihan lain
- hantar rumah orang (dua² orang: aku & abang tak yakin dengan pilihan ni)
- hantar nursery jauh


lepas bersalin tak boleh duduk tegak
sakit² kat dalam
susah nak bergerak

5) tukar kerja
maternity leave
- untuk layak dapat gaji penuh
waktu cuti bersalin
ialah kena kerja lebih daripada 3 bulan
kat syarikat tu
- maknanya aku kena stay kerja kat sini
- atau masuk kerja kat syarikat lain
paling lambat bulan November 2012
(3 bulan dari sekarang)
bonus
- kalau stay kerja sini
insya Allah boleh dapat bonus 1 bulan
menjelang Chinese New Year tahun depan.
ringan sikit nak bayar bersalin dan keperluan² lain
upgrade
- ramai yang suruh aku tukar kerja daripada terperuk kat sini
rata² point out English aku bagus.
boleh dapat gaji tinggi kalau English bagus?


ambik bahagian menunggu

6) barang baby yang perlu beli baru
- sterilizer (Alice punya dah terbakar - ganaz tak mak Alice?!) :p
- pam susu (entah kenapa aku nak Madela Free Styler yang harga RM2,900
mungkin sebab kalau guna pam ni boleh pam sambil buat kerja kat cubicle
senang, efisyen, tak perlu time out)
- barang² lain akan difikirkan kemudian

7) jantina baby
- terus terang aku kata
memang lebih mudah kalau dapat anak perempuan LAGI.
baju pun tak payah nak beli sangat
yang hari² punya boleh recycle baju Alice lama²
- kalau dapat anak lelaki alhamdulillah
tapi banyak perkara aku kena belajar
terutama dalam mendidik dia.
anak lelaki aku tak akan layan macam Alice.
- ada sekali daddy tersasul cakap 'good boy, Alice'
bila ditegur, daddy kata 'eh, tersalah. daddy nak anak lelaki la ...'

8) nama baby
kalau perempuan
- dulu pernah nak beri adik Alice nama Alyssa Zandra
tapi mama Mi kata sama je bunyi macam Alicea Zara,
eja je lain :p
- daddy nak bagi nama Melayu sikit macam
Natasya Athirah Aelina Zarina Farhana
(ni nama 5 orang ke?!)
kalau lelaki
- mama Pi cadang nama Alex (defender - sama makna dengan Alexis)
jadi Alice & Alex
- Adrian (rich, from Italy,the dark one)
- Aiden/ Aden/ Aidan (little fire)
- Aisy (mewah, kaya raya)
- Zafri (kemenanganku)
- Zarif (periang)
- Zharif (cerdik/ terang)
- Zafeer (teguh)
- Zhafir (yang menang/ beruntung)
- Leroy Jethro (The King, Notable above all/outstanding): nama watak hero NCIS
kena tunggu daddy bagi nama la
makin lama makin banyak idea dia
:)


dak cik kurus
:D

so how now brown cow?
bila nak buat pregnancy test?

Wednesday, October 19, 2011

JANGAN beri baby madu!!!


madu boleh mengadungi spora clostridium botulinum yang akan mengakibatkan keracunan makanan atau botulisma kepada baby.
spora tersebut merbahaya kepada sistem imunisasi bayi yang masih belum matang.

infeksi boleh menyebabkan
- lumpuh dan kecacatan otot bayi

simptom botulism pada bayi:
selepas 8 - 36 jam makan madu, bayi boleh mengalami
- sembelit
- tidak bertenaga
- kurang selera makan
- tangisan lemah
- berat kelopak mata
- muka tanpa ekspresi
- air liur meleleh atau kesukaran untuk menelan
- kadang kala sehingga mengakibatkan kesukaran pernafasan

botulism tidak membunuh tetapi mudah dielakkan bagi bayi.

spora botulism turut terdapat dalam habuk, kekotoran dan makanan mentah yang biasa dihadapi oleh orang dewasa dan kanak²
namun risikonya adalah minima.
memandangkan botulisma merupakan risiko yang boleh dielakkan, jangan beri madu kepada bayi yang berusia di bawah 1 tahun.

jangan ambil risiko!

Wednesday, July 27, 2011

Perkembangan Bayi: baby Alice 3 bulan!

baby Alice dah besar!


lebih sihat
- semasa baru lahir, baby Alice mengalami umbilical hernia jadi dia selalu menangis kuat bila tak selesa atau sakit. alhamdulillah menjelang 3 bulan usianya, umbilical hernia dah sembuh jadi dia lebih ceria :)

tidur
- baby Alice senang dijaga. dia jenis yang tidur malam. bila lapar malam-malam cuma merengek, menyusu sambil pejam mata dan kemudiannya tidur sendiri. jangka masa menyusu waktu malam kurang berbanding 1 sesi penyusuan waktu siang.

menyusu
- baby Alice kerap menyusu. tengok pipi je pun tau. sebab tu agaknya kat nursery dia kerap menangis bila cuma diberi 3 botol susu dalam masa 10 jam

main
- rasanya sebab lain kenapa baby Alice selalu menangis di nursery ialah dia dah makin kurang nak tidur siang, dia lebih suka main dan berborak sedangkan kat nursery asyik kena tidur je.

berbual
- sudah pandai berbalas bual dengan orang ketika mood baik dan orang berada pada level mata dia.

baju
- 1 batch rompers sudah tak muat, jadi sudah mula shopping untuk baju saiz lebih besar

pemalu
- bila senyum atau ketawa dia akan senyum/ketawa kemudian pandang tempat lain ... alahai pemalu rupanya baby mommy ni ya! :)

duduk
- sudah boleh duduk di Bumbo Seat atau disokong dengan bantal, leher dah agak tegap

baby Alice makin sihat :)

meniarap
- sudah mula bergolek kentang untuk meniarap tapi panik kalau meniarap lama-lama

baring
- ada masa²nya baby Alice tak suka baring tapi nak duduk macam orang besar. kalau baringkan nanti dia protes!

mohawk
- rambut dah mula lebat & panjang (daddy kata sikit hari lagi boleh pacak!) :p

komunikasi
- bila tidak selesa ada 4 peringkat
i) tinggikan suara untuk tarik perhatian orang
ii) bercerita dengan nada sedih berkenaan masalah yang dihadapi (tinggal lagi orang faham ke tidak saja!)
iii) bercerita dengan nada yang tinggi sambil menangis kalau tak dapat perhatian
iv) last resort - menangis kaw-kaw punya high pitch (selalunya bila mommy tengah drive dan tak dapat attend Alice)

linguistik
- baby Alice tak banyak bercakap guna Dunstan Baby Language, tapi dia ada bahasa dia sendiri. antara perkataan baby Alice yang mommy mula-mula faham ialah 'gek' atau 'enggek' (bunyikan perkataan tu macam 'enggang bertenggek')

*kalo terer teka la 'gek' tu apa?! :D

baby Alice dah pandai minta mau dilayan begini dan bukan begitu :)

hmmmm dah 3 bulan. bila korang nak jumpa baby Alice ni? :D

Tuesday, July 26, 2011

bumbo seat vs karibu seat

muka tak puas hati - baru bangun tidur dah kena jadi lab rat


pelik - ni apa pulak kena duduk duduk ni?!


dari segi material, Bumbo Seat lebih lembut dari Karibu.
dari segi design, Karibu nampak lebih besar sebab bahagian siku bayi lebih rendah, berbanding design Bumbo yang 'memeluk' bayi.
tray Bumbo Seat lebih besar dari Karibu.
di Camy Sunway Giza Bumbo Seat ada banyak pilihan warna, Karibu Seat ada warna hijau saja yang tinggal.
harga Camy Sunway Giza: Bumbo Seat RM199, Karibu RM99.

Test bayi anda:
i) muat masuk, duduk dan keluar dari seat dengan selamat?
ii) bayi mau duduk dengan selesa & gembira?

selamat memilih!

duduk macam ni kan lagi rileks ...

Friday, July 22, 2011

Senarai barang bayi: Kelengkapan Penyusuan Susu Ibu

baby Alice sudah hampir 3 bulan.
alhamdulillah :)
sebagai give back, mommy Alice review barang² baby yang berbaloi dibeli.
mana lah tau moga² dapat dimanfaatkan oleh ibu² lain (bapa² tolong sediakan budget ya!) :)

sebelum tu perlu dinyatakan - mommy Alice ni jenis orang yang ringkas.
tak perlu DSLR mahal untuk enjoy fotografi.
ada semi auto pun dah seronok giler shoot sana sini.
yang penting ialah orang dan situasi gambar tu diabadikan.
orang yang kita suka, kita kagum, family & kawan².
situasi yang tak akan berulang walau diskripkan.
buat sesuatu mesti ikhlas, baru kita puas hati :)

macam tu juga bila masuk bab lain.
asalkan perkara asas ada ikut kemampuan, hidup ni dah boleh dinikmati sepenuhnya!

peralatan menyusu

- mommy Alice nak buat penyusuan susu ibu ni sebagai mudah tapi tidak ambil mudah
- yang penting ialah galakkan (ajar) baby menyusu sebaik lahir walau apa pun cabaranya!
- bila baby dah menyusu elok, yang lain insya Allah akan jadi mudah :)
- sebelum Alice lahir lagi mommy dah set dalam minda: senang je menyusu ni, tak perlu peralatan mahal cuma kena perlu sabar & cekal demi baby

pam
- nak review semua pun tak arif sebab setakat ni hanya mencuba pam manual
- setakat ini pam manual memadai untuk kumpul susu bekal ke nursery sebab kelajuan, posisi lekapan, kekuatan semua boleh setting manual ikut keselesaaan, jadi tak ada masalah :D
- kebaikan pam manual - murah, ringkas, ringan, mudah dibawa, boleh pam bila² tanpa perlu charge/bateri/sumber letrik
- salah 1 ciri yang baik pada pam manual ialah semua parts senang dicuci (ada kontroversi di Korea susu bayi yang diperah menggunakan pam berpiston tercemar dengan gris yang diletak untuk melicinkan pergerakan piston)
- pam manual Anakku RM79.90, boleh dapat RM60 masa sales.

* sekiranya ibu² ada pam bateri/elektrik, uji pam - cuba sedut air yang tidak berwarna (contoh: air paip) dan lihat hasil akhir yang terkumpul. ada keladak sisa susu? ada habuk? ada kotoran? mungkin pam perlu dibersihkan?

botol
- ada 2 jenis botol (standard & wide neck) jadi pastikan beli puting yang padan kalau beli asing²
- sekarang dah banyak botol BPA free di pasaran (dulu memang tergila² beli botol mahal, tapi akhirnya sedar botol lain pun fungsinya sama saja)
- bayi baru lahir hingga 6 bulan hanya minum 3oz satu sesi, jadi botol 5oz sedang elok untuk dilekat pada pam & kemudian beri pada bayi
- botol Bumble Bee boleh dapat purata RM4 each untuk pack 10s, total dalam RM40 per set

* selalunya pam ada adaptor yang boleh lekatkan kedua-dua jenis botol standard dan wide neck kepada pam, jadi rasanya tak ada masalah nak memilih mana-mana jenis ikut suka :)


puting botol
- jangan tak tau puting botol saiz yang sama tapi berbeza brand (berbeza manufacturer) bebeza flownya
- sebaiknya untuk baby baru belajar, susu tak keluar sehingga baby hisap
- malangnya ada puting saiz S yang susu mengalir laju bila botol senget sikit je
- setakat ini puting yang lubangnya paling kecil (flow susu keluar perlahan) ialah jenama Baby OK
- ada puting orthodentic yang berbentuk mulut baby macam jenama NUK & MAM
- ada puting yang sangat lembut macam Tommee Tippee
- cuma NUK, MAM, Tommee Tippee banyak yang jenis wide neck. jadi kalau beli botol jenis standard kena la guna puting botol jenis standard juga :)
- Baby OK dirt cheap macam RM7 per 3s, yang lain mentioned dalam RM30 untuk 2s


plastik steril menyimpan susu beku
- untuk beri pada bayi sebaiknya pam hari ini (ke dalam botol), simpan di rak pertama dalam peti ais (bukan di tempat beku), esok selepas dipanaskan beri pada bayi
- untuk susu buat stok beku (mana tau kalau ada apa² kecemasan) senang simpan di dalam plastik, jimat ruang berbanding botol.
- Suri jenama tempatan RM29.90 untuk 50s


sterilizer
- sangat² memudahkan kerja berbanding merebus botol & peralatan pam
- cuma sediakan air paip dalam botol mineral kecil di sebelah sterilizer, dah boleh nyahkuman untuk seminggu :D
- rak ringan, muat untuk peralatan sehari (pam, botol, puting dan komponen²), mudah diguna, bukan punca stress :D
- Little Bean sterilizer & warmer RM159.90


Warmer
- seeloknya bekal untuk nursery supaya susu mudah dipanaskan, lagi² kalau nursery ramai kanak² & bayi yang minum susu formula
- bancuh susu formula senang - air panas, air sejuk & susu. kalau kita nak harap penjaga di nursery panaskan air, sediakan 50-50 air panas & air sejuk atau suhu 40 darjah, panaskan susu, tunggu hingga suhu susu sedang elok diberi pada bayi, nak ke mereka? kalau nak alhamdulillah, tapi kalau baby dah menangis kita sendiri kelamkabut juga nak panaskan susu (ni baru anak 1, di nursery lagi ramai!)
- Warmer harga package sama sterilizer

cooler bag
- kalau rumah dekat perlu cooler bag?
- kalau perah susu pukul 6 petang, perlu disejukkan? sempat je kan nak bawak balik rumah, simpan di peti sejuk sebelum 10 malam (pada suhu bilik susu tahan 4 jam)
- cooler bag untuk susu yang baru perah nak bawa balik rumah atau cooler bag untuk susu yang dihantar ke nursery?
- di pejabat dan nursery ada peti ais untuk sejukkan susu tak perlu cooler bag?
- semua bergantung pada situasi masing²
- rumah baby Alice dekat dengan nursery. nursey dengan pejabat sebelah². pejabat mommy ada peti sejuk 2 pintu (yang kosong tak isi apa², tetapi terpasang je setiap hari - memang rezeki Alice kot!), cuma kat nursery peti ais jauh jadi susu simpan dalam cooler bag untuk mudahkan pengasuh (susu dalam cooler bag tahan sekitar 12 jam)
- kalau lepas kerja nak terus keluar (daddy bawak jalan²!), mommy simpan susu baru perah dalam cooler bag Alice
- Jingle Jungle cooler bag RM19.90 muat 6 botol & 3 ice packs (kat nursery Alice diberi minum 3 botol saja)


ice pack
- cooler bag tak guna kalau tak ada ice pack :p
- ice pack yang mencukupi bila diletak dalam cooler bag dengan insulasi yang baik boleh simpan susu sehingga 14 jam
- cuma bekukan ice pack (letak horizontal cantik²) dalam freezer semalaman, esok dah boleh guna
- Autumnz reuseable ice pack RM23 per 3s


baby bag
- jagan underestimate beg bayi yang bagus
- bawa apa ke nursery? baju baby, mitten, booties, barut, bedung, lampin pakai buang stok 1 hari, wet wipe, tissue, bedak, miyak telon/yuyi, sapu tangan, towel, plastik isi baju kotor, alas tidur bayi (bawa balik untuk cuci), bantal bayi (bawa balik untuk cuci & jemur kat panas), warmer (weekend waktu siang daddy latih baby minum botol), cooler bag berisi 3 ice packs & 6 botol. pergh tak cukup tangan tu!
- untuk ke nursery memang kena bawa lebih berbanding outing mungkin muat beg kecil saja
- beg yang cukup besar memudahkan ibu² bawa barang² dan yang paling penting - bawa barang² bersama bawa baby dengan selamat tak terpenyet-penyet

lain²
- sapu tangan: mudah untuk bersihkan dan lap tumpahan susu masa mengepam & menanggalkan pam
- berus botol jenis span: lembut pada botol dan memudahkan kerja² mencuci
- mesh bag: lepas cuci pam masa basah² letak dalam mesh bag jadi cepat kering. tak perlu beli, kadang² beli barang bayi ada yang packaging dalam mesh bag
- bekas makan plastik: letak komponen² botol & pam dalam bekas plastik, jadi senang dibawa dari beg ke sinki ke sterilizer


semoga dengan susu ibu, baby selalu sihat, cepat pandai dan membesar dengan baik :)

Thursday, June 23, 2011

asal emo je nak cakap English!

the dreaded day came & went by.
i didn't even sleep a wink last nite.
or my wink is not as fast as it shud (am i makin any sense here?)

so i sent alice to the 'nursery'
or what happen to be a humbly furnished office space
there were few other babies & toddlers there
i secured alice's cot and went off when alice just about to bawl one of her high key pitches
i just need to leave or i'll be stucked there till closing time

the one who's takin care of the baby was rather young
not even a mom i recon
she gave some good suggestions
plus ones i'm not really fond of
i suppose she's an older hand at the kiddie game since she's being doin it rather a wee bit much longer than i have alice
hmmm i just have to let go ...

mommy, kiss me if you can! :(


i must say i'm quite concern about feeding alice since they're not familiar with EBM
its not that hard aight:
- keep milk on middle shelve in fridge (no need to freeze)
- heat milk with warmer (provided on purpose)
- check milk temprature before givin to baby
- use milk immidiately
- discard leftover milk after 1 hour of heating

its so simple even YOU can do it aight?

what do i get after 4 hours of nusery?
- diaper changed 1x
- alice fed 1x 3oz (shud it be 2x instead? do you think alice gonna put off weight?) *sigh*
- alice is still in 1 piece (thank God!)

what did i do when i got around 3 hours on my own for the 1st time since alice was born?
spring cleaning!
the whole house was spit shine!
i wanted to clean the room and flip the bed for quite a while, but alice always sleeps there

i hope my dear hubby notice the changes

... kadang-kadang orang perempuan nih bila dah jadi emak lupa nak jadi isteri
- sekadar memetik
something i've read somewhere

23rd June 2011 9am-1pm: baby Alice 1st nursery experience
... wish me luck (or her?)
*sigh*

baby Alice pakai skirt Care Bear yang mama Mia bagi. tq mama Mia! :)

Friday, June 17, 2011

back-to-work blues :(

baby Alice hampir 2 bulan
maknanya mommy dah kena masuk kerja semula
macam mana?
macam mana nak tinggalkan baby Alice?
bagi orang mandikan dia
bagi dia susu
main sama dia
pujuk bila dia nangis
sayang dia
spend time dengan dia

macam mana?!

... sedihnya!

macam mana nak tinggalkan baby yang macam ni punya comel?!


selalu daddy mesti nak dukung Alice sebelum pergi kerja
borak sama dia
gigit pipi dia
kacau hidung dia
timang dia tinggi-tinggi
buli dia cukup-cukup
lepas tu baru daddy pergi kerja

kalau baby Alice tidur pun daddy usik dia
Alice dah bagun daddy dia pujuk & dukung
lepas tu baru boleh pergi kerja

jom pakai topi & ikut daddy pergi kerja!


cumanya dia tinggalkan baby Alice sama mommy
mungkin dia tau apa pun jadi mommy akan jaga baby Alice
tapi bila kena tinggalkan baby Alice dengan strangers macam mana?
*sigh*

pipi yang memanggil-manggil kata 'mari kiss saya!'


persediaan fizikal
checked: lampin, baju, food warmer
belum: stok susu untuk Alice belum cukup

persediaan mental
checked: tak ada
belum: don't take away my baby! don't hurt her! i love my baby!

nasi ayam daddy special: 1st time daddy masak ayam goreng lepas mommy habis pantang - you're the best, hun! :)


dapat makan best pon tak guna bila habis pantang kena masuk kerja & tinggal baby dengan strangers

*sigh*

Wednesday, June 8, 2011

Legally Alice

baby mommy berlagak boboy hari nih - daddy dia pakaikan baju Baby Gap yang dia kata laki pompuan pon boleh pakai


hari nih Alice dah legal.
baru je dapat MyKid yay!
daddy dia buat kat Menara Maju (Maju Junction eh?).
sempat jugak buat akaun Tabung Haji untuk baby Alice
cuma daddy dia tegur 'Camner baby punya lagi banyak dari mommy dia nih?!'
apa boleh buat, orang bagi duit kat Alice, tak bagi duit kat mommy dia pun :p
(janji ada alasan walaupun last transaction akaun mommy tahun 2008)

bapa mithali - daddy burpkan baby Alice masa kat Tabung Haji


Alice dah 6 minggu
masa untuk jab lagi
kali nih sekali 2
kat dua-dua belah peha dia
Alice nangis kuat-kuat :(
cepat-cepat mommy bagi Alice menyusu
aman sikit dia tidur.

FYI: 6th week baby check up kat PPUM kena charge RM20 - check up mommy & baby, 2 baby immunisation shots
oh tu pun termasuk bayaran ubat mommy dan sirap Panadol kalau-kalau baby demam lepas kena injection.
Alhamdulillah setakat nih baby Alice sihat :)

next appointment bulan Julai kat Paed Surgery pulak.
moga kita semua sentiasa sihat dalam rahmatNya :)

daddy tak puas hati: kenapa nak timbang baby kena bukak baju & seluar - baby tak pakai baju besi perisai perang katanya

Saturday, June 4, 2011

'Nyang Alice

hari nih Alice balik kampung.
kuala pilah.
jumpa moyang dia.

moyang Alice suka sangat-sangat dapat jumpa Alice.
dah beberapa kali dia nak datang tengok baby Alice.
tapi dia tak berapa sihat.
akhirnya dapat jumpa jugak.
bila Alice dah sebulan lebih.

kehadiran yang dinantikan




moyang Alice adalah antara orang yang genuinely very happy bila jumpa Alice.
mesti 'Nyang betul-betul rasa baby Alice sebahagian daripada hidupnya.
sejuk hati melihatnya.
tak sia-sia daddy baby Alice redah jem dari Tol Sungai Besi sampai depan rumah 'Nyang.

walau ada hari indah dan ada hari tak berapa nak best, moga kita semua saling menghargai dalam keluarga dengan cara kita yang tersendiri :)

Friday, May 27, 2011

alice 1 bulan :)

wah baby Alice sudah full moon!
antara yang ketara bulan nih ialah vocab baby Alice makin berkembang.
dulu pandai cakap 'eh' ngan satu bunyik yang daddy dia ajuk 'meow'.
sekarang dah padai cakap 'ouh', 'gu', selalu buat bising dan suka mencelah bila orang berborak :D

baby Alice makin chubby? agaknya la kot


sudah dekat 4kg berat dia :)


1st function baby Alice: kenduri kahwin kat Setapak. Selamat pengantin baru Aunty Nara, Uncle Tulang & happy selalu kakak Kiesha :)


baby Alice pun dah pergi restoran - manja kan dengan daddy dia!


paling comel bila baby Alice pergi shopping sama mommy & daddy!

Thursday, April 28, 2011

nak bagi baby nama apa?

baby Alice's fact sheet

Zaza Si Photographer & Ali JB
27 April 2011, Rabu pagi
PPUM Kuala Lumpur
baby girl
2.7kg
lahir normal


kenapa baby Alice best?
sebab dia
- alhamdulillah sihat, tak sakit apa-apa
- sebab sihat & selesa, baby Alice tak nangis kuat-kuat lama
- baby Alice pandai menyusu, moga sihat selalu!
- baby Alice belum belajar multi-tasking lagi, jadi bila dia cam nak nangis, mommy kata 'Alice, drink milk' Alice pun minum susu saja sebab dia tak pandai nangis sambil minum susu :D
- baby Alice ada mama Su, mama Fizah, mama Mia, papa Zuri, saudara-mara dan kawan-kawan daddy & mommy dia bagi wishes, tolong macam-macam dan bagi hadiah banyak-banyak sangat! :D

kalo korang nak tau, daddy baby Alice ada senarai nama yang panjang untuk dia:
Nur Alisya Natasha Athirah Aelina Zarina Farhana

hmmm ... nak bagi baby Alice nama apa uh?!

Tuesday, April 26, 2011

baby cakap apa?!

jom tengok baby cakap apa?


1 - baby lapar


2 - baby ngantuk


3 - baby nak burp


4 - baby sakit perut, angin!


5 - baby tak selesa


bila dah faham boleh la tolong jaga baby Alice eh? :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...