damdiduuu

Showing posts with label baby food. Show all posts
Showing posts with label baby food. Show all posts

Sunday, December 11, 2011

makan luar

lama dah kita tak makan kat luar.
alhamdulillah, ada rezeki kali ini.
sekarang Alice pun dah mula makan pejal.
bila kita makan di luar
selalunya daddy feed Alice sekali.
Alice sekarang makin tak boleh duduk diam.
jadi tak mau dia bosan dan lasak nak buat itu ini
daddy rajin layan Alice :)

daddy feed Alice banana.
kompol masuk mulut banyak².
kunyah dan telannya entah bila.
kat hamster mana la Alice belajar makan ni :p

hahaha
teringat dulu waktu Alice mula² makan pejal
mommy panik sebab tengok dalam pampers ada banyak cacing :p
warna hitam halus² pendek²
pada hal tu cuma fiber pisang yang baby tak boleh hadamkan!

perangai macam daddy
suka minum ais kosong!
tak mau banyak² sangat tau, sejuk tu!


thank you, daddy
:)
mommy & Alice sayang daddy
:*

Wednesday, October 19, 2011

JANGAN beri baby madu!!!


madu boleh mengadungi spora clostridium botulinum yang akan mengakibatkan keracunan makanan atau botulisma kepada baby.
spora tersebut merbahaya kepada sistem imunisasi bayi yang masih belum matang.

infeksi boleh menyebabkan
- lumpuh dan kecacatan otot bayi

simptom botulism pada bayi:
selepas 8 - 36 jam makan madu, bayi boleh mengalami
- sembelit
- tidak bertenaga
- kurang selera makan
- tangisan lemah
- berat kelopak mata
- muka tanpa ekspresi
- air liur meleleh atau kesukaran untuk menelan
- kadang kala sehingga mengakibatkan kesukaran pernafasan

botulism tidak membunuh tetapi mudah dielakkan bagi bayi.

spora botulism turut terdapat dalam habuk, kekotoran dan makanan mentah yang biasa dihadapi oleh orang dewasa dan kanak²
namun risikonya adalah minima.
memandangkan botulisma merupakan risiko yang boleh dielakkan, jangan beri madu kepada bayi yang berusia di bawah 1 tahun.

jangan ambil risiko!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...