damdiduuu

Showing posts with label Ali JB. Show all posts
Showing posts with label Ali JB. Show all posts

Thursday, April 17, 2014

daddy nak apa?!

abang selalu manjakan Alice.
kat pejabat abang kerja berat.
penat² balik redah traffic jammed digagahkan jugak jemput Alice balik nursery.
bukan jemput saja.
singgah kedai dulu.
belikan Alice lollipop.
kalau semalam Alice kat rumah nangis² nak coklat
hari ni daddy belikan coklat jugak.
kadang² aiskrim Magnum (Alice share dengan mommy, yeah!) :D
sampai rumah mandikan Alice.
pakaikan baju.
kemudian masak.
wow! padatnya jadual abang!


anak daddy.
daddy ada saja suka la dia.
nak wrestling sama daddy,
tickle² ganaz² sama daddy,
color book sama daddy.
nampak sangat Alice suka nak manja dengan daddy.
asal meragam je tau la rindu daddy tu.
nak daddy layan,
nak daddy pujuk,
nak daddy bagi perhatian.


aku pulak kalau pergi pasar malam TTDI
fuuu rambang mata!
kalau boleh nak beli buah mangga, pisang kaki, papaya, honey dew
dan ikut musim ada rambutan 3 kilo RM10, durian, fresh cherry.
putu piring, rojak, laksa, apam balik,
kalau ikut hati semua nak beli!
tapi selalunya beli buah oren untuk satu minggu,
taufu fah gula merah
dan abang belanja cempedak.
sebenarnya semua pun abang belanja
tapi kalau aku sendiri yang keluar duit
aku tak beli cempedak goreng tu.
giler mahal! sebiji 80 sen!
selalu abang belanja yang dah siap seplastik.
berapa biji, berapa ringgit aku makan saja
sebab kalau kira nanti rasa bersalah pulak :p


kalau kita tak ada plan,
daddy suka bawa Alice pergi playground
atau bawak Alice main basikal dekat park.
tq daddy :)


terpana
satu malam aku main dengan Alice
aku tak ingat apa permainannya
cuma kita beli barang².

lollipop, sweet dan aiskwim untuk Alice.
pavlova, taufu fah, cempedak untuk mommy.
kemudian Alice tanya " ... untuk daddy apa?"
*cricket sound*
dang!
seriously!
bila Alice tanya macam tu
baru aku perasan yang kita selalu tak belikan apa² pun untuk abang.
aku tak makan treats untuk Alice (kecuali aiskwim Magnum!),
snacks kegemaran aku selalunya share dengan Alice
dan abang tak makan apa yang dia beli untuk aku dan Alice.

so?
daddy nak apa?!
Oh my God! (Alice selalu cakap macam ni!) :p
aku pun suruh Alice pergi tanya abang,
tanya daddy nak apa.
Alice tak pergi pun.
dia selamba kata
" ... daddy nak karipap".
oh well, Alice lagi kenal daddy dia daripada aku :p


nak makan kat mana,
nak order apa,
semua keputusan daddy buat mesti untuk senangkan Alice.
thank you, daddy.
kita hargai pengorbanan daddy
:)


p/s: untuk seorang yang tak perasan selalu mintak itu ini
selalu complaint (dalam hati!)
selalu tension bila abang tegur,
rupanya abang selalu manjakan kita dan letak diri dia sendiri kat belakang.
i'm sorry.
thank you.
:-(

Wednesday, July 3, 2013

happy 3rd wedding anniversary!


aku tau dia sayang
bila dia tengok Diva channel
dengan isterinya
bukan cerita tangkap ikan gergasi atau dokumentari pasal haiwan

aku tau dia sayang 
bila dia beli durian
3 bekas polystyrene penuh
tapi dia makan seulas saja.
(isterinya orang kampung
suka durian kampung yang isinya nipis tapi manis!)




aku tau dia sayang 
bila dia yang masukkan baju ke dalam washing machine
selepas diasing²kn oleh isterinya
untuk dicuci.
bertrip² pulak tu!

aku tau dia sayang 
bila dia marah²
waktu isterinya ada banyak kerja
sampai lewat masih belum makan.
kalau isteri kena pergi kerja luar daerah
dia siap ambil time off untuk hantarkan!



aku tau dia sayang 
bila dia marah² anak
untuk diajar disiplin.
ada masanya kena bertegas juga.
anak ni dengan ibu selalu tak lut marahnya.

aku tau dia sayang 
bila dia sabar
yang biasanya dia tak peduli
- selepas ditegur supaya lebih prihatin.
nampak besar usahanya.
tak senang dia nak mencuba
tapi dia sayang
:)



aku tau dia sayang
bila setiap kali ziarah emak
balik dengan niat baru - untuk berjasa.
isteri bantu setakat yang mampu
sekurang²nya boleh balik jumpa emak tiap² bulan.
aku yang ada dengan Alice hari² pun
selalu rindu bila Alice tidur atau di nursery.
inikan pulak emak yang jauh di mata.
abah pun rindu anak²nya
bila nampak cuba nak berbual kosong :)



tak tahu berapa lama masa yang dipinjamkan.
tak tahu apa cabaran akan datang.
aku usahakan yang terbaik
sebagai tanda penghargaan , syukur dan terima kasih.


pernikahan sudah 3 tahun.
Alice dah 2 tahun 2 bulan.
tak ada apa lagi yang aku nak mintak lebih dari kurniaan.
alhamdulillah!



p/s: barang² Esprit, perfume Big Pony Ralph Lauren
ada pilihan yang murah kat JPO
:D

nak beli kasut?
kena check material dia dulu!
:p

Thursday, December 20, 2012

I love my daddy


nak ambik gambar daddy sikatkan rambut Alice sebenarnya
tapi kamera lambat sangat snap.
ni yang nak kena ada iPhone5 ni
:p

sejuk hati bila pagi²
tengok daddy sikatkan rambut Alice,
dukung Alice,
beri Alice snack,
layan Alice berbual,
pujukkan rajuknya,
letuskan gelaknya
:)

sebenarnya Alice pandai pakai kasut sendiri,
tapi bila daddy pakaikan kasut
nak larangkan
nak minta Alice berlatih pakai kasut sendiri pun
tak terbuka mulut.

beg, bekal, segala bagai daddy dah letak kat luar tu.
tunggu masa tepat
dan tunggu kita bersiap saja lagi.
terima kasih banyak².
jasa daddy kita sangat² hargai.
hanya Tuhan yang mampu membalas segalanya
:)

Sunday, December 16, 2012

happy birthday yayang!

hari ini birthday abang.
isterinya tentu nak buat yang paling istimewa dan bermakna.
tapi abang tak nak.
tiup lilin pun tak nak.


Chocolate Cake with Swiss Meringue Chocolate Buttercream
siap tempah khas daripada 4cakesinacup
boleh tahan harganya.
kalau ikut aku, aku lagi suka pavlova
kalau nak kek, 4cakesinacup ada cheesecake yang sedap tapi murah dalam RM35 saja.
abang lebih suka kek biasa
sponge atau butter cake
jadi aku tempahkan kek yang belum masuk dalam senarai official
khas untuk abang.
keknya sedap chocolate moist.
toppingnya special sebab guna Swiss Meringue.
untuk abang
:)

apa tu ucukcukcuk?!

aku kenal abang
sebagai anak, kawan, boyfriend, suami, ayah dan si ucukcukcuk yang kuat buli :p
abang provider.
dia bayar duit rumah, belikan pampers Alice dan barang dapur tiap² bulan.
share airtime bila kredit aku dah expired.
abang masak untuk makan dan bekal aku hari².
pergi pasar beli bahan mentah, bersihkan, simpan, semua dia yang buat.
dia risau kalau aku balik lambat, banyak kerja, belum makan, drive dalam hujan.
abang suka buli Alice.
takkan berhenti tickle selagi Alice tak bunyi macam nak nangis.
suka dukung tinggi² dan terbalik² buat macam² stunt.
abang paling risau kalau Alice tak sihat.
macam² ubat, macam² cara dia nak buat nak bagi Alice sihat.
kalau kita keluar, abang akan jaga Alice
dan layan Alice itu ini sampai budak kecik tu suka hati
:)

insani
tak la semua dalam hidup ni indah.
tak la semuanya tak ada cacat cela.
tak la semua orang yang dah nikah pegang tangan 24 jam.
kata Dr Fadzilah Kamsah suami memang cakap kasar dengan isteri (tengok nombor 16!)
takkan sampai hari 'kena pijak kepala'
sebab aku takkan berani.
abang garang.
sampaikan aku takut kalau rumah tak bersapu, sinki tak clear, Alice belum mandi.
Alice aku boleh pujuk
tapi aku tak kan buat abang marah!
aku harap abang kasik aku chance sikit
dan cakap baik² sayang²
tiap² masa
termasuk kalau bila aku tak sengaja terbuat perkara yang dia tak berapa nak suka.
atau Alice menangis malam²
atau meragam waktu kita tengah penat, lapar dan mengantuk.


dalam diam
aku tahu abang sayangkan aku dan Alice
dah terbukti dengan perbuatan dia selama ini.
cuma aku harap
ada masanya abang zahirkan kasih sayangnya dengan cara lain.
kata² yang baik dan lemah lembut.
pujian.
terima kasih.
i love you.
cantik. baik. sayang. rindu.
gelang emas, iPhone5 (kalau bagi aku tak tolak!) :p
haaaa! kalau nak pergi honeymoon mana², bagi notice awal sikit.
baru ada masa nak kemas - siap - rehat - sedia.
kalau ad hoc sangat susah la sikit nak set fizikal dan minda!

kalau boleh
I wish
kita ada lebih banyak peluang untuk berkumpul sama family
balik JB
luangkan lebih masa dengan mak dan adik².
hang out dengan kawan².
ada lebih masa berkualiti sama².
duit? sikit sama sikit
banyak alhamdulillah! :D
moga kita sama² beri yang terbaik untuk perkembangan rohani, sahsiah, dan fizikal Alice.

teristimewa seadanya
aku rasa aku dengan abang
macam Samsung dengan Sony Ericsson
walau pun ada banyak function Sony pelik² yang Samsung tak boleh buat
tapi masih boleh sama² kongsi charger.
I love you.
happy birthday!

:)

Friday, December 7, 2012

jalan. makan. sayang


tak boleh duduk diam
budak kecik kena nasihat sama daddy dia


apa lagi yang dia nak buat tu ...


oho tak mau duduk ya!


dah dapat bill.
Alice pastikan semua item betul ok!


punya la banyak menu kat restoran ni
Alice makan Cheerio bekal dia
:p


daddy makan sup ayam nyum nyum
:D


comel tak Alice pakai cekak rambut?


bab ambik gambar makanan je fail!
tempura kat atas pizza dah bagi daddy
daddy
buang kulit bagi Alice


bye², see you soon!

Thursday, November 8, 2012

roti jala pink

kalau minggu lepas abang cuba buat karipap
minggu ni abang cuba buat roti jala pula.
tak macam karipap, kali ini abang beli acuan :D
dan disebabkan kat rumah dah ada pewarna pink
abang guna saja
tak beli pewarna kuning atau letak kunyit pun.

rasanya?
tentulah sedap!
aku paling banyak makan :D
Alice pun suka
tapi makan kosong saja tak cicah kuah kari.


I love you like pink roti jala
:)

aku untung dipinjamkan abang.
ada kalanya aku tension juga
bila ada hal abang marah atau tegur dengan kasar
(Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah kata lelaki memang cakap kasar dengan isteri - tengok nombor 16!)
tapi ada banyak masa
aku memang terhutang budi dengan ketulusan kasih sayang abang.
cara orang lelaki tunjukkan kasih sayang
tak sama dengan perempuan.
perbuatannya lebih daripada kata².
jasanya lebih daripada ucapan cinta.
tanggungjawabnya lebih daripada pemberian.
aku sangat² bertuah!

baru² ini abang bermimpi kehilangan aku.
aku yang sebak lebih.
moga Tuhan pinjamkan abang lama sikit pada aku dan Alice.
masih banyak budi abang yang perlu aku balas.
banyak perkara aku perlu perbaiki demi abang.
aku seadanya, sayang dia
seikhlasnya ...
moga Tuhan berikan kita semua kebahagiaan
di duni dan di akhirat.
amin.

Monday, October 29, 2012

thank you daddy :)


jalan jalan jalan
sabar saja layan kerenah Alice


daddy & baby isle
:)


penat
berehat sekejap


sorang sakit telinga, sorang sakit gigi
hehehehe
daddy nak suruh Alice senyum
letak tangan kat pipi
tapi Alice azan pulak
:p


see that, daddy!
sampai macam tu sekali Alice tengok pokok!
:D

Wednesday, October 24, 2012

kukus gril panggang, kukus gril panggang!


no kidding!
abang masak ayam ni
dengan teknik
kukus gril panggang, kukus gril panggang
macam Chef Michael
dalam iklan Master Chef.
takjub tak?!

eh ... dia kukus & gril saja la
sedap sangat²!
:D

thank you Ayang Cuk
I love you so much

:*

Friday, October 19, 2012

daddy demam :(

daddy demam.
sedih :(
bila kata pada Alice
'Alice see, daddy hot or not?'
Alice letak tangan pada dahi daddy.
kemudian pada dahi Alice
seterusnya pada dahi mommy
akhir sekali dahi daddy semula.
Alice angguk².
daddy hot
:(

daddy makan ubat demam
yang dapat waktu pergi klinik
masa dia demam dulu.
makan nasi.
terus tidur.
kesian.
mommy tanya daddy nak pergi klinik?
mommy boleh hantarkan.
tak mahu.
walau pun klinik panel.
daddy banyak kerja, katanya.
esok ada stock take.
tak mahu cuti.


daddy yang selalu bawa kita jalan² sana sini
daddy bawa Alice main kat play ground
daddy selalu kesian tak mahu Alice & mommy terperuk di rumah.
bila daddy demam kita pun rasa sedih dan kesian juga.
kesian daddy balik kerja kena hujan sampai demam²
:(


kadang² setiap kali bila nak cakap
'mommy kenal sangat dengan daddy'
mesti daddy buat perkara yang mommy tak faham.
entah kenapa satu hari daddy keluar nak pakai kasut lama
siap jahit² dulu sebelum keluar rumah
pada hal ada 2 pasang kasut mahal yang cantik.
'mommy tak kasi daddy beli kasut baru,
asyik spent duit beli barang baby saja', katanya.
ni gambar daddy pakai kasut buruk lama.


daddy tak mahu cuti walau pun tak sihat.
daddy nak jaga kedatangan & prestasi kerja.
moga Tuhan beri bertambah melimpah ruah rezeki daddy
dapatlah Alice, mommy, mak dan ahli keluarga tumpang
sikit sama sikit
banyak sama banyak.
amin!

Thursday, October 4, 2012

harga gula naik 20 sen


harga gula dah naik
jadi RM2.50 sekilo
sebab subsidi gula dah dikurangkan.
tambahkan manis dalam senyuman!
-________-

Wednesday, September 19, 2012

biarlah aku pergi

sempena ulang tahun kelahiran abang
kita akan berkelah di air terjun.
dengar khabarnya kawasan air terjun tu memang cantik :)
aku bukan la suka sangat dengan aktiviti outdoor ni
tapi yang penting
ialah meluangkan masa
dengan tersayang
:)

di rumah abang nampaknya dah berkemas²
bersiap² nak ke air terjun
tapi katanya
terpaksa dibatalkan.
hairan juga aku.
kenapa perkara yang abang suka
tiba² boleh batal macam tu saja.

tetamu
segala persoalan terjawab
dengan kunjungan seorang tetamu.
seorang gadis.
abang beriya² minta aku layankan tamunya.

ketika di dapur
aku terdengar kawan abang bertanya pada mak.
siapa yang datang tu?
jawab mak
dah sampai masanya abang berteman
jadi mak carikan calon²nya.

calon?!
waddaheck?!!!

aku ada 3 pilihan

1) pecahkan pinggan kat tangan
- aduh leceh pulak
kesian pulak siapa yang kena kemas nanti.
silap² aku yang terpijak kaca
luka kaki tak pasal²!

2) jerit sekuat hati lepaskan perasaan
- nanti orang kata aku psycho
jatuh saham!

3) kalau bukan sini tempat aku
baik aku pergi.
aku perlu majukan diri
bukan sekadar cari kerja
tapi bina kerjaya yang boleh mempertingkatkan nilai kemahiran aku di pasaran.
sambung belajar!
kalau kerja dengan IPTA
boleh dapat cuti sabatikal.
walau pun cuti kerja sebab sambung belajar
tapi masih diberi gaji.
ke atau pensyarah saja yang dapat kelebihan tu?

kerja dengan syarikat² besar
boleh dapat banyak benefits
(macam² elaun, harga staf untuk barangan atau rumah rehat company, bercuti ke luar negara, cuti tambahan, sokongan untuk sambung belajar)
dan ada juga peluang kenaikan pangkat.
gaji setimpal dengan usaha dan kerja.

boleh juga buka perniagaan sendiri.
pendapatan tak ada batasan.
cuma perlu kerja dengan orang dulu
dalam 3 tahun
untuk timba pengetahuan
dan dapatkan pengalaman.

bila masuk belajar semula
aku kena mula jual barangan Avon,
jual top up
dan jadi runner untuk perkhidmatan photostat
(harga jualan = kos + untung).
aku juga kena baik² dengan pensyarah
untuk dapatkan peluang pekerjaan
sama ada di institusi itu
atau di syarikat yang lebih besar dan terjamin.

p/s: dalam mempertimbangkan kemungkinan
dan mengatur strategi
serta kepala dah rasional sikit
baru aku sedar
hari ini bukan hari jadi abang.
malah abang dah pun jadi Mr. Right aku
tanpa disangkal oleh baby Alice.

damn!
lama juga aku tidur malam tadi.
balik awal dari pejabat.
rasa nak muntah dan sakit kepala.
siapa letak soju dalam botol 7up
dalam peti ais kat office
baik mengaku cepat!
=E

p/p/s: shōchū ialah minuman beralkohol (17-45%) dari Korea.
diperbuat daripada penapaian beras, ubi kentang, gandum, barli, keledek atau ubi kayu.
rasanya macam vodka tapi lebih manis.
jerih dan tiada warna.
selalunya diminum neat.
yeah
, dalam peti ais kat pejabat aku ada banyak ...

Friday, September 7, 2012

I Miss You


alololooooo
:)



Blink 182 I Miss You

Hello there
the angel from my nightmare
The shadow in the background of the morgue
The unsuspecting victim of darkness in the valley
We can live like Jack and Sally if we want
Where you can always find me
And we'll have Halloween on Christmas
And in the night we'll wish this never ends
We'll wish this never ends

(I miss you I miss you)

Where are you and I'm so sorry
I cannot sleep I cannot dream tonight
I need somebody and always
This sick strange darkness
Comes creeping on so haunting every time
And as I stared I counted
The Webs from all the spiders
Catching things and eating their insides
Like indecision to call you
and hear your voice of treason
Will you come home and stop the pain tonight
Stop this pain tonight

Don't waste your time on me you're already
The voice inside my head (I miss you miss you)

Saturday, August 4, 2012

zakat fitrah 2012

itu hari kita perasan
kat Giant Kota Damansara ada kaunter zakat.


daddy duduk kat kaunter amil


bayar zakat fitrah untuk 3 orang
daddy, mommy & Alice


Alice tengok daddy bayar zakat


aku terima nikahnya
eh salah!
:p


amil bacakan doa


untuk Selangor tahun 2012
kadar zakat fitrah ialah RM7 seorang.
2 resit saja?
mana lagi 1?!


budak kecik yang seronok dapat pegang resit sendiri
:D


biar pun dah jadi macam kertas belacan
Alice nak juga pegang resit dia sendiri.
thank you, daddy!
:)

Friday, August 3, 2012

hantu Jalan TAR


Tuesday, July 10, 2012

laki malas?!



untung la abang saya:

1) kemas dapur sampai bersih berseri²!

2) misai & janggut kemas :)

3) kat rumah pun sikat rambut lurus² macam teknik rebonding!

4) tak suka ambil cuti sebab nak jaga prestasi kerja

5) tiap kali ada kesempatan, balik Seremban je mesti cuci kereta sendiri

6) ada great sense of fashion (abang pilihkan baju Alice!)

7) keluar pergi kerja 1 jam 15 minit awal walau pun rumah jarak 10 minit dari tempat kerja. datang awal ni salah satu tabiat orang berjaya.

syabas inspektor sahab!
:)

Saturday, July 7, 2012

berkelah tepi laut

tak ada yang lebih nikmat
selain daripada kesempatan
untuk meluangkan masa dengan keluarga
bila semua orang sihat, gembira dan cukup makan :D

rupanya bila Alice dah semakin membesar
abang nak beri peluang semula pada Alice
untuk rasa semua pengalaman
yang dah dilalui sebelum ini.
pergi zoo, aquaria, taman burung, berkelah tepi sungai dan laut, melancong sana sini.

Alice dah besar, katanya
lebih faham sekarang
boleh belajar dengan lebih berkesan
lebih seronok
tak macam waktu kecik dulu :)
mommy iakan saja.
sejujurnya
bila kena jalan jauh² tengah panas
(macam pergi zoo & taman botani!)
memang mommy lemah betul! :p

syukur abang ajak kita berkelah tepi pantai saja kali ini.
bawa Alice mandi laut
bagi kena matahari sikit
dah basuh kulit dengan air garam.
picnic, yeah!
:D

sebulum ini kita bawa Alice ke sini
ialah waktu umur Alice 8 bulan
.
rambut pun pendek lagi :)
muka pun lebih bulat dari sekarang :D


balik Seremban.
bagun pagi² punya la seronok
tengok bunga kat laman
:D


see Alice, snail!
so slow!



punya la banyak barang pembinaan mama Su belikan!


kita sampai dalam pukul 9 pagi
air pasang sampai atas
ombak boleh tahan besar!


mari mandi laut yeah!


bukan main tekun
Alice belajar korek pasir
daddy ajar


tq mama Su teman kita pergi berkelah.
nak mandi lama², Alice kecik lagi.
dah besar sikit nanti boleh berendam sampai malam sama²
(kalo daddy dia bagi)
:p


hahaha kena timbus!


apa daa kota salah bikin
ada pagar senget sebab tak muat! :p
mula² nak buat castle tapi tak jadi.
'mama Pi tak ada, tu pasal tak jadi!' kata mama Su
:p


aik? apa tu?!


lepas bina castle
acuan castle boleh buat bekas kuah roti canai :D


mama Su bagi Alice makan koko krunch
kiri kanan Alice makan punya la sedap! :p


nak bawa semua pengorek
tapi tak larat sampai nak terjatuh²
nasib baik mama Su sempat sambut Alice! :p


thank you daddy bawa kita picnic tepi pantai :)


dalam perjalanan balik
pokok tumbang.
daddy sama orang ni tolong tolak ke tepi.
kalau tak, sampai ke sudah kita duk tunggu tak boleh lalu!


cantik kan tempat ni
laut dan langit dah bersambung :)


Alice dengan Happy Meal.
awalnya dapat 2 toys yang sama
siap mama Su pergi tukar supaya dapat 2 toys yang berbeza :D


balik rumah Alice tak boleh duduk diam
sibuk nak usik itu ini belajar sana sini.
daddy suruh Alice cuci tangan.


nak gerak dah
Alice tolong kemas
how sweet :)
baby mommy dah besar, cepat saja belajar itu ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...