damdiduuu

Friday, October 19, 2012

daddy demam :(

daddy demam.
sedih :(
bila kata pada Alice
'Alice see, daddy hot or not?'
Alice letak tangan pada dahi daddy.
kemudian pada dahi Alice
seterusnya pada dahi mommy
akhir sekali dahi daddy semula.
Alice angguk².
daddy hot
:(

daddy makan ubat demam
yang dapat waktu pergi klinik
masa dia demam dulu.
makan nasi.
terus tidur.
kesian.
mommy tanya daddy nak pergi klinik?
mommy boleh hantarkan.
tak mahu.
walau pun klinik panel.
daddy banyak kerja, katanya.
esok ada stock take.
tak mahu cuti.


daddy yang selalu bawa kita jalan² sana sini
daddy bawa Alice main kat play ground
daddy selalu kesian tak mahu Alice & mommy terperuk di rumah.
bila daddy demam kita pun rasa sedih dan kesian juga.
kesian daddy balik kerja kena hujan sampai demam²
:(


kadang² setiap kali bila nak cakap
'mommy kenal sangat dengan daddy'
mesti daddy buat perkara yang mommy tak faham.
entah kenapa satu hari daddy keluar nak pakai kasut lama
siap jahit² dulu sebelum keluar rumah
pada hal ada 2 pasang kasut mahal yang cantik.
'mommy tak kasi daddy beli kasut baru,
asyik spent duit beli barang baby saja', katanya.
ni gambar daddy pakai kasut buruk lama.


daddy tak mahu cuti walau pun tak sihat.
daddy nak jaga kedatangan & prestasi kerja.
moga Tuhan beri bertambah melimpah ruah rezeki daddy
dapatlah Alice, mommy, mak dan ahli keluarga tumpang
sikit sama sikit
banyak sama banyak.
amin!

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...