mommy risau kalau orang lain yang mandikan baby.
bukan senang nak mandikan bayi yang baru lahir
kena mahir dan ada tekniknya.
tak nak menyusahkan orang lain
dan nak jaga Alice baik²
jadi mommy dan daddy sama² ambil keputusan
yang kita akan mandikan Alice
sebelum hantar ke nursery.
memanglah ada harganya.
ada cabaran.
kena bagun awal
kejutkan Alice awal
(ada masanya Alice terbangun sendiri bila dah cukup waktu tidur)
beri masa
borak² lebih kurang dulu
kalau lapar minum susu dulu
bila Alice dah segar sikit
dah mood baik dan tak cranky
baru kita bawa pergi mandi dan berus gigi
(Alice suka 'tatish' (brush teeth) sebab Alice makan ubat gigi!) :p
ritual
lepas mandi kena keringkan badan
put powder
put on pampers
letak krim Ezerra kat leher, tengkuk dan belakang bahu
pakai baju
sikat rambut.
kemudian tengok sama ada Alice nak minum susu
atau main saja.
main tu wajib la
sejak masuk bilik air saja terus main air.
selepas mandi waktu nak keringkan badan pun sibuk main.
bila Alice dah semakin besar
kita tengok ini baik untuk Alice.
mommy tak setuju sangat angkat budak tidur terus hantar sana sini.
mommy nak Alice bersedia.
pagi² waktu yang baik untuk belajar.
pagi mesti bangun.
kalau lapar boleh minum susu atau makan snack.
mandi bersih²
siap
dan sedar.
sedia untuk belajar perkara baru
dalam udara pagi yang nyaman :)
super team
ada masanya Alice meragam
pagi bangun menangis
itu ini semua geleng.
tak mahu.
cuma nak menyusu sambil pejam mata.
(kadang² bila protes, dia pejam mata kuat²) :p
jadi mommy dan daddy kena tag team
dan jadi orang dewasa yang lebih bijak daripada baby.
ada masanya menyirap juga
bila difikir²kan, sampai sekarang dah besar panjang pun
ada saja hari yang mommy malas nak bagun awal :p
waktu kecik dulu lagi la! keh keh keh ...
jadi Alice perlukan panduan, didikan, sokongan dan kasih sayang.
kasih sayang tu penting
supaya apa pun yang Alice buat waktu dia meragam
dia tetap dimaafkan.
supaya kita sedar yang Alice selalunya baik
cuma ada masanya
dan ada sebabnya
dia meragam.
waktu yang 3 minit yang dia meragam tu la
yang kena betul² tunjukkan kasih sayang
dan didik Alice, berikan panduan
macam mana nak menghadapi waktu² getir
:)
pagi memang waktu yang istimewa.
kalau keluar dapat udara segar yang menyihatkan badan dan minda.
kalau belajar senang nak dapat
kalau buat kerja² kreatif akan turun idea mencurah² :)
selamat pagi! :D
(bila selamat pada waktu pagi
maknanya orang, barang, ahli keluarga, rezeki semua selamat
bukan pagi saja yang selamat!)
Alice is so happy that she got to pat the cat :)
kat tangan pegang beg susu kegemaran Alice
alhamdulillah pada umur 17 bulan 3 minggu masih ada bekal susu ibu untuk Alice
:)
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment