damdiduuu

Friday, October 19, 2012

resepi: mee rebus tulang

Bahan-bahan (untuk 4-5 org )

600g mee kuning
taugeh
3 biji kentang direbus
3 biji telur direbus
3 kpg tauhu di goreng
lada merah dan bawang merah
caipo dan limau kasturi

Bahan untuk kuah
5 sudu besar lada boh
*3 biji bawang merah
*3 ulas bawang putih
*2 batang serai
*1 inci lengkuas
*2 sudu besar udang kering
2 sudu besar campuran ketumbar jintan disangai
400 gm tulang rusuk
1 1/2 cwn santan pekat
2 sudu besar taucho
1 1/2 sudu besar gula merah
garam secukup rasa


Cara-cara

Rebus tulang hingga empuk
Bila tulang hampir empuk masukkan taucho dan biarkan mereneh.
Masukkan santan pekat.

Kisar bahan bertanda *

Sementara itu di kuali lain
tumis lada boh hingga garing

masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau dan terbit minyak.
Kisar ketumbar jintan yg telah disangai td, masukkan ke dalam bahan tumis
biar garing dan naik bau.
masukkan bahan tumis kedlm kuah rebusan daging tadi.
Masukkan gula merah dan garam secukup rasa
Biar hingga kuah pekat (boleh letak keledek, kentang atau tepung jagung utk memekatkan kuah)

Rebus mee dan celur taugeh
kemudian tapis.
Potong kentang, tauhu, telur, lada merah dan bawang
hias dan hidangkan.

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...