poster girl botol Stylo Mama :D
suka betul Alice dengan botol tutup pink ni!
kalau pasal makan, Alice sedia cuba apa yang kita makan
walau pun makanan yang kita expect agak pedas untuk Alice
bila dibaca panduan di internet
katanya waktu sekarang ni ialah waktu puncak
untuk baby tunjukkan temper tantrum.
Alice macam mana?
boleh tahan handal bila meragam :p
pada mommy
kalau Alice meragam ada sebabnya.
punca utama tentunya Alice lapar, penat dan mengantuk.
yang agak 'kelakar' sikit
(masa Alice meragam tu memang tak kelakar langsung!)
ialah kita boleh nampak
yang Alice sendiri pun tak tahu yang dia lapar, penat atau mengantuk.
yang dia tahu dia nak menangis tak henti².
tak mahu dipegang
tak mahu dipujuk.
kalau merajuk dengan daddy
cuma mommy yang boleh hug Alice.
kalau merajuk dengan mommy
Alice akan cari daddy
(mengadu la tu!) :p
memang ketara merajuknya.
kalau dulu
apa² masalah pun
mommy cuma hug & tepuk² belakang
pujuk baik²
nanti semuanya akan jadi ok.
sekarang, kalau merajuk dengan mommy,
mommy nak pegang sikit pun dia tak kasi :p
ala hai baby mommy!
walau macam mana pun, mommy tak mahu la besar²kan cerita Alice meragam.
pada mommy memang fitrahnya manusia
kalau lapar, penat dan mengantuk
mula la emosi tak stabil :p
setakat ini tak ada masalah serious pun dengan Alice.
ada masa²nya mood tak baik
baru timbul ragamnya.
selalunya selepas dipujuk
selepas menyusu
selepas disayang²
Alice akan tertidur
kalau tak teruskan main dan meneroka lagi
(ha, kan dah kata - lapar, penat, mengantuk sebenarnya!)
mommy akui temper tantrum ni salah satu fasa normal untuk baby
cuma kalau kita sabar, sayang baby dan cari jalan untuk tenangkan dia
insya Allah tak ada apa teruk sangat
terutama sekali bila kita tau apa punca baby meragam
(lapar, penant, mengantuk)
dan bukan ingat baby sengaja mengada² nak cari pasal dengan kita
(amboi taikonya!) :p
gigi besar
bila Alice meragam
mommy tertanya² juga
mungkin sebab gigi gerham atas sebelah kiri
(first upper molar)
baru nak tumbuh.
ada kalanya bangun pagi meragam
malam² kerap terjaga
dan bila terjaga tak mahu ditepuk atau dipujuk
cuma nak menyusu lama²
(lama sangat sampai sakit² pinggang mommy - pengorbanan seorang ibu!)
kita cuba la pujuk Alice baik²
kita bersabar
dan cuba jadikan pengalaman ni sebagai sesuatu yang tidak menyakitkan.
part yang syok sekali pasal gigi baru ni
ada 2 perkara
yang pertama: kita acknowledge kehadiran gigi geraham baru ni!
kita namakan dia: Gigi Besar!
:D
yang kedua: kita boleh manipulasi gigi besar ni!
keh keh keh!
inilah nikmatnya bila orang dewasa lebih bijak dari bayi! :p
sejak botol dah dikira old school oleh Alice
dia jarang minum air masak.
kalau nak minum pun dalam cawan
atau dalam bekas air
tapi bukan botol susu bayi.
so yesteryear agaknya bagi Alice :p
jadi untuk galakkan Alice minum air masak
kita selalu pesan pada Alice
'You give Gigi Besar drink water, ya. Gigi Besar wants to grow BEEEEESAR!'
(biasa la mak Alice selalu dramatik!)
Alice minum air sesedut
(bekas air ada straw).
balik rumah dari nursery
'Gigi Besar wants (to) drink water'
Alice minum air sesedut.
selang sejam
'Gigi Besar thirsty, give Gigi Besar some water ya'
Alice minum air sesedut.
ada masanya Alice meragam waktu nak mandi
sama ada pagi atau balik dari nursery
daddy akan pujuk dan kata
'Gigi Besar wants to brush teeth'
setakat ini Alice ada 4 gigi atas + nak tumbuh 1 geraham atas sebelah kiri
dan 4 gigi bawah
:)
tatish
oh ya, Alice memang suka berus gigi
tatish (brush teeth)
sebab Alice suka makan ubat gigi.
awal² dulu lepas mandi
siap wash hair & wash butt
lap badan
nanti mommy tanya kat Alice
'Alice, mommy wants to ask you one question'
Alice akan beri perhatian
dan angkat kening
macam tanya 'Apa dia?!'
bila Alice dah beri perhatian
mommy akan tanya
'Who want to brush teeth?'
Alice akan jerit 'Yaaay!' dengan gembira
sambil angkat dua² tangan ke atas.
jawapan ni adalah jawapan standard Alice
bila kita tanya soalan yang kena jawab dengan angkat² tangan ni
'Siapa nak koko krunch angkat tangan?'
'Siapa nama Alicea angkat tangan?'
'Siapa nak kena tickle angkat tangan?'
semua Alice jawab 'Yaaay!' sambil angkat dua² tangan
:)
sekarang ni bila dah jadi rutin
mommy baru saja tanya kat Alice
'Alice, mommy wants to ask you one question'
terus Alice jawab 'Yaaay!'
'Hey, mommy belum tanya lagi la!' :D
Alice bukan kisah
dia dah excited tengok tempat simpan ubat gigi
sebab nak suruh mommy ambilkan berus gigi dan letakkan ubat gigi
:)
bosan
yang mommy perhatikan juga
Alice ni makin cepat bosan.
natijahnya dia akan selalu nak menyelit menyempit dengan kita.
apa kita buat, ada saja idea dia nak buat sepah
nak selongkar kitchen kabinet la
nak teraburkan semua buku kat rak la
nak punggah dia punya drawer baju la
nak sepahkan laundry yang kita tengah nak gantung la.
kalau tak sabar
kalau pendek akal
memang mendapat budak tu :p
orang banyak kerja
dia lagi nak buat sepah sana sini!
ubatnya?
rotan?!
whahahahhahahaha (gelak jahat)
buat apa nak rotan
nanti dia nangis lagi kita tension.
dah la rumah beselerak
anak pulak menangis bising comot air mata berjurai²
dengan hidung penuh hingus
rambut kusut masai
memang sesuai dengan emaknya yang terpekik² macam tarzan :p
dengan Alice senang saja
bukan setakat senang
malah menguntungkan!
haaaa seronok kan?! :D
pada umur sekarang
Alice dah boleh diharap untuk buat kerja² rumah
betul, tak tipu! :D
hang clothes
waktu mommy ada berbakul² baju nak digantung pada hanger
(untung cuma perlu basuh baju seminggu sekali!) :D
selalu memang Alice sibuk
nak sepahkan baju yang mommy dah siap gantung.
jadi untuk buat Alice occupied
supaya ada kerja yang dia boleh buat
mommy beri baju Alice yang kecik² tu
dan beri hanger kecik untuk saiz baju Alice
supaya Alice boleh belajar gantung baju dia sendiri.
kalau tak tahu, mommy tunjukkan.
kalau susah, mommy tolong.
baju yang dah siap bergantung
mommy beri pada Alice sikit
supaya Alice boleh tolong bawakan
untuk pergi dijemur.
baju yang dah kering
mommy beri pada Alice
dan beritahu dia
'Put these on the bed'
Alice pun letakkan.
'Thank you, Alice. Clever girl!'
'Put these on the sofa'
Alice pun letakkan.
'Thank you, Alice. Clever girl!'
baju Alice yang dah siap berlipat
mommy beri pada Alice sikit
supaya dia boleh bawa ke bilik
dan simpan dalam drawer.
(yeah, confirm la mommy kena rapi²kan semula lepas tu!)
ada kain lap atau baju yang nak dicuci
mommy minta Alice letak dalam basket.
fuu banyak betul Alice tolong mommy! :)
ada kalanya mommy minta tolong itu ini
semata² nak lekakan Alice saja.
tak sangka banyak arahan yang Alice faham
dan boleh patuhi dengan baik.
pernah sekali mommy minta Alice ambilkan telefon bimbit.
Alice cari kat bilik tak jumpa.
mommy cakap kat Alice
'Mommy hand phone near the tv'
memang tak sangka Alice pergi ruang tamu
panjat sofa
ambil hand phone atas head rest sofa
dan beri pada mommy.
(nak cakap pada Alice 'atas head rest sofa' takut nanti dia confuse
kalau kita guna banyak sangat perkataan yang dia mungkin tak pernah dengar)
subahanallah!
saya sudah pandai
ada juga perkara
yang Alice ambil masa untuk belajar.
ada juga yang dah terkena
baru nak belajar :p
kalau dulu waktu mommy nak sapu lantai
Alice mesti nak ikut ke sana sini
walau pun mommy dah pesan banyak kali
pergi duduk di bilik/ watch tv waktu mommy menyapu.
sekarang Alice dah boleh sabar sikit
boleh duduk di bilik
tunggu mommy siap sapu ruang tamu
kalau umpan Alice dengan buku, pensel Upin Ipin dan piano kat bilik :p
bila mommy mop lantai
mommy pesan jangan pergi mana²
tapi bila dah jatuh, sakit
sebab jalan atas lantai basah yang licin
baru Alice sit tight waktu mommy mop lantai
:D
bagus!
ada peningkatan!
:)
oh ya, Alice juga dah boleh tanggalkan seluar sendiri.
dulu pandai buka pampers
tapi sekarang dah tukar jenama baru
yang fastennya melekat kuat
Alice dah tak boleh lagi tanggalkan pampers sendiri.
yang comel sangat²
sebenarnya dari dulu
balik saja dari nursery
masuk dalam bilik
Alice akan tolong tanggalkan socks mommy :)
comel comel comel!
sayang kucing
pagi² cari cat.
anak kucing takut baby.
mommy pesan kat Alice
boleh borak² saja, tak boleh pat cat
'Cat takut'
vocab
setiap hari
makin lama
makin banyak dan makin panjang
ayat yang Alice cakap
tapi masih banyak yang kita tak dapat nak faham.
selain daripada perkataan dulu
(sakit, jatuh, manyak, etc.)
perkataan baru yang Alice boleh gunakan dalam konteksnya:
cat
- Alice suka sangat dengan kucing!
car
- semua kenderaan Alice sebut car termasuk budak naik basikal :p
besar
- gigi besar dia :D
dabis, nakgi
- bila nak minta makanan lagi :p
lagi
- kadang² tension woo
bila dah buat sarkas aksi gagah berani
angkat pusing² Alice
sampai dia ketawa terkekek²
bila kita letak dia
ambik nafas
kemudian selamba kapal Alice minta 'Lagi?'
:p
nenek
hahahaha salah satu hobi baru Alice sekarang
ialah minta didukung
supaya boleh tengok gambar yang tergantung di dinding ruang tamu
Alice akan pergi dekat gambar
cakap 'Nenek! Nenek!'
sambil angkat dua² tangan minta didukung.
bila tanya 'Mana nenek?'
jawapan Alice macam asyik berubah² saja :p
Alice cakap 'Nenek' sebab sejak kecil
bila Alice meragam
kita tunjukkan dia pada gambar tu
dan kata 'Ni nenek!'
dalam frame tu juga ada gambar mommy duduk atas vespa.
Alice akan tunjuk gambar tu
dan kata 'Car'.
jadi kita sama² ingatkan Alice
'Motorcycle ...!'
:)
yang lawaknya
bila tanya 'Mana mommy?'
Alice akan tunjuk pada mommy yang betul²
sambil cakap 'Mami'
bukan tunjuk pada gambar :p
kalau tanya 'Mana daddy?'
pun dapat jawapan yang sama juga
Alice tunjuk daddy yang sebenar
sambil kata 'Dadi'.
Alice tak tunjuk kat gambar pun.
nak kasik Alice confuse sikit
(terpuji sungguh perangai mak Alice ni!) :p
mommy pun kata kat Alice
'Itu Ayang la' :p
hahahahha kita memang perasan
yang bila marah atau jerit saja
mesti Alice panggil daddy 'Ayang', cuma dengar macam 'Ayah'.
mesti kat rumah sebab daddy suka buli mommy
geli mommy la
cubit mommy la
selalu mommy marah daddy
mommy kata 'Ayang!'
sampaikan Alice pun ikut :p
ada sekali tu kat Giant
daddy tengah beratur nak bayar groceries kat kaunter
mommy bawa Alice jalan²
dan kemudian duduk dekat rak mee hoon.
Alice punya la excited
ambil satu paket mee hoon
angkat dan tunjuk kat daddy
sambil jerit 'Ayang!' kuat²
sampai daddy yang tengah beratur kat kaunter pun boleh dengar
:p
alhamdulillah
Alice sihat, gigih belajar
seronok main itu ini
aktif fizikal
makin luas kosa kata yang boleh disebut
dan semakin comel.
rambut baru je trim bangs yang mencucuk mata :)
makin boleh diharap untuk tolong²
manja
dan semakin bijak.
semoga kita sentiasa dilindungi dalam rahmatNya
sama² selalu sihat, senang dan gembira
:)
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment