damdiduuu

Showing posts with label anniversary. Show all posts
Showing posts with label anniversary. Show all posts

Wednesday, July 3, 2013

happy 3rd wedding anniversary!


aku tau dia sayang
bila dia tengok Diva channel
dengan isterinya
bukan cerita tangkap ikan gergasi atau dokumentari pasal haiwan

aku tau dia sayang 
bila dia beli durian
3 bekas polystyrene penuh
tapi dia makan seulas saja.
(isterinya orang kampung
suka durian kampung yang isinya nipis tapi manis!)




aku tau dia sayang 
bila dia yang masukkan baju ke dalam washing machine
selepas diasing²kn oleh isterinya
untuk dicuci.
bertrip² pulak tu!

aku tau dia sayang 
bila dia marah²
waktu isterinya ada banyak kerja
sampai lewat masih belum makan.
kalau isteri kena pergi kerja luar daerah
dia siap ambil time off untuk hantarkan!



aku tau dia sayang 
bila dia marah² anak
untuk diajar disiplin.
ada masanya kena bertegas juga.
anak ni dengan ibu selalu tak lut marahnya.

aku tau dia sayang 
bila dia sabar
yang biasanya dia tak peduli
- selepas ditegur supaya lebih prihatin.
nampak besar usahanya.
tak senang dia nak mencuba
tapi dia sayang
:)



aku tau dia sayang
bila setiap kali ziarah emak
balik dengan niat baru - untuk berjasa.
isteri bantu setakat yang mampu
sekurang²nya boleh balik jumpa emak tiap² bulan.
aku yang ada dengan Alice hari² pun
selalu rindu bila Alice tidur atau di nursery.
inikan pulak emak yang jauh di mata.
abah pun rindu anak²nya
bila nampak cuba nak berbual kosong :)



tak tahu berapa lama masa yang dipinjamkan.
tak tahu apa cabaran akan datang.
aku usahakan yang terbaik
sebagai tanda penghargaan , syukur dan terima kasih.


pernikahan sudah 3 tahun.
Alice dah 2 tahun 2 bulan.
tak ada apa lagi yang aku nak mintak lebih dari kurniaan.
alhamdulillah!



p/s: barang² Esprit, perfume Big Pony Ralph Lauren
ada pilihan yang murah kat JPO
:D

nak beli kasut?
kena check material dia dulu!
:p

Friday, July 6, 2012

untuk abang



Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku


belum sempat nak menulis pasal
ulang tahun ke-2 perkahwinan.
terima kasih, sayang.
isteri ini mahu jadi wanita mulia
yang tahu harga budi dan hati.
i heart you
*terharu*

Friday, June 29, 2012

2nd wedding anniversary

wah diam tak diam
dah nak masuk 2 tahun usia pernikahan :)
anak dah umur 14 bulan.
belum nak tambah lagi kot :p

apa program nak celebrate?
kita mulakan dengan bukak kotak la
:D


fuyoo kotak dah ada branding sekarang!
:D


wah! cheesecake?!


dah Like kat fb?


pavlova la!
strawberry passion fruit pavlova.
masam manis kenangan 2 tahun bertiga
:)

terima kasih untuk 2 tahun yang bermakna
1 anak comel yang bijak
1 budak (besar) nakal yang kuat buli
sebanyak²nya pengorbanan yang tak dapat dibalas
serta sokongan moral, tenaga dan material yang akan selalu diperlukan
:)

syukur alhamdulillah
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...