kita akan berkelah di air terjun.
dengar khabarnya kawasan air terjun tu memang cantik :)
aku bukan la suka sangat dengan aktiviti outdoor ni
tapi yang penting
ialah meluangkan masa
dengan tersayang
:)
di rumah abang nampaknya dah berkemas²
bersiap² nak ke air terjun
tapi katanya
terpaksa dibatalkan.
hairan juga aku.
kenapa perkara yang abang suka
tiba² boleh batal macam tu saja.
tetamu
segala persoalan terjawab
dengan kunjungan seorang tetamu.
seorang gadis.
abang beriya² minta aku layankan tamunya.
ketika di dapur
aku terdengar kawan abang bertanya pada mak.
siapa yang datang tu?
jawab mak
dah sampai masanya abang berteman
jadi mak carikan calon²nya.
calon?!
waddaheck?!!!
aku ada 3 pilihan
1) pecahkan pinggan kat tangan
- aduh leceh pulak
kesian pulak siapa yang kena kemas nanti.
silap² aku yang terpijak kaca
luka kaki tak pasal²!
2) jerit sekuat hati lepaskan perasaan
- nanti orang kata aku psycho
jatuh saham!
3) kalau bukan sini tempat aku
baik aku pergi.
aku perlu majukan diri
bukan sekadar cari kerja
tapi bina kerjaya yang boleh mempertingkatkan nilai kemahiran aku di pasaran.
sambung belajar!
kalau kerja dengan IPTA
boleh dapat cuti sabatikal.
walau pun cuti kerja sebab sambung belajar
tapi masih diberi gaji.
ke atau pensyarah saja yang dapat kelebihan tu?
kerja dengan syarikat² besar
boleh dapat banyak benefits
(macam² elaun, harga staf untuk barangan atau rumah rehat company, bercuti ke luar negara, cuti tambahan, sokongan untuk sambung belajar)
dan ada juga peluang kenaikan pangkat.
gaji setimpal dengan usaha dan kerja.
boleh juga buka perniagaan sendiri.
pendapatan tak ada batasan.
cuma perlu kerja dengan orang dulu
dalam 3 tahun
untuk timba pengetahuan
dan dapatkan pengalaman.
bila masuk belajar semula
aku kena mula jual barangan Avon,
jual top up
dan jadi runner untuk perkhidmatan photostat
(harga jualan = kos + untung).
aku juga kena baik² dengan pensyarah
untuk dapatkan peluang pekerjaan
sama ada di institusi itu
atau di syarikat yang lebih besar dan terjamin.
p/s: dalam mempertimbangkan kemungkinan
dan mengatur strategi
serta kepala dah rasional sikit
baru aku sedar
hari ini bukan hari jadi abang.
malah abang dah pun jadi Mr. Right aku
tanpa disangkal oleh baby Alice.
damn!
lama juga aku tidur malam tadi.
balik awal dari pejabat.
rasa nak muntah dan sakit kepala.
siapa letak soju dalam botol 7up
dalam peti ais kat office
baik mengaku cepat!
=E
p/p/s: shōchū ialah minuman beralkohol (17-45%) dari Korea.
diperbuat daripada penapaian beras, ubi kentang, gandum, barli, keledek atau ubi kayu.
rasanya macam vodka tapi lebih manis.
jerih dan tiada warna.
selalunya diminum neat.
yeah, dalam peti ais kat pejabat aku ada banyak ...
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment