sudah 17 bulan.
bulan depan dah boleh makan makanan orang dewasa :D
sama bulan depan kena pergi dapatkan suntikan lagi :p
kalau dah perempuan tu!
Alice konon² pakai lipstick.
nasib baik tak tahu lagi macam mana nak pakai lipstick
kalau tidak alamatnya
mommy kena share lipstick sama Alice la!
:p
superman
dah banyak perkara Alice boleh buat sendiri.
antaranya macam buka bekas pensel warna,
tanggalkan pampers,
dan buka penutup bekal makanan.
bak kata Superman
with great power
comes great responsibility.
bila Alice dah boleh buka² sendiri
dah kurang datang pada mommy atau daddy
'kak! kak!'
minta buka itu ini.
cumanya, bila dah pandai buka bekas pensel warna
nanti pensel jatuh bersepah²,
satu hari berkali² mommy kutip dan simpan pensel warna Alice
(stress wo!!!)
bila dah pandai tanggalkan pampers
kena tengok tempat dan masa juga
tak mau kejadian tak diingini berlaku :p
buka bekal pun mesti baik²
baru la makanan tak terabur.
yang mommy belajar dari perkara ini
ialah Alice masih perlukan bimbingan.
walau pun dah belajar beberapa perkara
tapi perlu diajar perkara lain yang berkaitan.
mengingatkan mommy yang manusia sentiasa belajar
dari dalam kandungan hingga ke liang lahad.
perkara yang dipelajari dan pendekatannya mungkin berbeza
tapi belajar tetap belajar.
maka mommy nak jadi pendidik Alice nombor satu
yang ajar Alice pasal kehidupan
dan pasal kejayaan
:)
feedback
yang agak ketara juga
Alice lebih banyak guna perkataan
untuk sampaikan mesej pada mommy dan daddy.
Alice akan mengadu 'Sakit'
jadi kita akan tanya 'Kat mana sakit?', 'Kenapa sakit?'
Alice akan tunjuk dan beritahu pada kita.
biasanya Alice cakap banyak
tapi cuma beberapa perkataan kita faham.
sama juga dengan 'Takut', 'Jatuh' dan lain².
brush teeth Alice masih juga kata 'Tatish' :D
mari²
Alice juga suka panggil kita dengan cara gamit dengan tangan.
pegang tangan mommy atau daddy
dan bawa ke bilik air kalau nak wash butt
atau ke singki kalau nak wash hand
atau ke ruang tamu nak watch 'Betul betul betul'
atau nak makan, nak minum, nak write book atau nak main :)
bila Alice pegang tangan kita
dia boleh bawa mana dia nak pergi
dan beritahu apa dia nak buat.
ada kalanya senang
sebab kita boleh faham apa Alice nak
dan ada kalanya leceh juga
bila kita tengah sedap² baring²
Alice sibuk nak bawa ke sana sini :p
tengah syok makan cereal!
Alice paling stim bila makan cereal gigit sikit²
bukan masuk semua sekali dalam mulut
walau pun cereal tu memang dah kecik giler :p
Alice suka gigit² guna gigi depan dia rasanya
:)
climber
dari segi fizikal juga Alice dah semakin aktif.
kerusi kanak² untuk Alice menulis di meja
agak tinggi.
bila nak duduk, Alice akan panjat, pusing dan duduk.
tapi selalunya mommy akan angkat Alice
dan tolong dudukkan dia atas kerusi terus
sebab kadang² bila dah panjat kerusi
nanti dia syok nak berdiri atas kerusi lama² buat macam² gaya.
bahaya betul!
alhamdulillah sampai sekarang Alice masih belum jatuh
atau mengalami apa² tragedi lagi.
kalau boleh biarlah Alice selamat
dan belajar semua perkara tanpa trauma.
dalam masa yang sama
mommy nak Alice meneroka juga
jadi kena selalu perhatikan
dan awas dari dekat
(kalau dari jauh takut terlambat pulak!)
selain daripada kerusi kanak²,
Alice juga panjat sofa,
kerusi meja makan,
bench tempat letak kasut,
katil kat master bedroom
(sejak Alice dah mula meniarap lagi
kita beri Alice tidur bawah atas tilam saja
tak mahu dia jatuh katil!)
dan kalau di luar
semua benda yang dia boleh panjat :p
tegas
ada bebrapa perkara yang mommy nak sangat terapkan pada Alice.
antaranya - bila dah main
mesti kena kemas semula.
sebelum masuk tidur
kena simpan semua buku dan majalah di rak
dan simpan semua toys kat tempatnya.
lagi cepat dan senang kalau mommy buat sendiri
tapi selalu mommy kuatkan semangat
untuk latih Alice simpan semua barang sendiri.
kalau ikutkan sebenarnya mommy tak kisah
tapi mommy kesian kalau rumah sepah²
daddy kerja penat², balik rumah berserabut, tension daddy!
kita sayang daddy
sebab itu kalau boleh
bila daddy balik
Alice dah mandi wangi²
rumah kemas
sinki clear
dan air dah ada cukup siap² untuk minum :)
daddy jaga kita baik².
thank you, daddy!
:)
diam tanda protes!
Alice pun ada masanya buat ikut suka dia juga.
mommy paling tension kalau lepas mandi
bila nak keringkan badan dan pakai baju
tapi Alice sibuk nak main sana sini.
ada kalanya mommy dah penat
mommy diam saja.
biar saja Alice buat apa dia nak.
tapi Alice ni bukan tak faham.
bila dia main² tapi tengok mommy diam saja
tak cakap dengan dia
tak panggil² dia pakai baju
kadang² Alice sendiri rasa bersalah
dia sendiri datang baring depan mommy
untuk put powder dan put on pampers.
ha! tau takut!
keh keh keh
(pada hal Alice mana takut dengan mommy dia)
:p
dancing baby
macam baby lain
selain daripada suka tulis²,
main bola,
ride toy car,
main teddy bear,
sepahkan buku,
keluarkan bantal banyak² :p
Alice pun suka dancing² bila dengar lagu rancak.
selain daripada suka dengar suara Najwa Latif dalam lagu Untuk Dia
(agaknya sebab suara kecik macam budak²) :D
yang terbaru kita terhibur sungguh
bila tengok Alice dancing²
dengan video klip Bunkface, Panik.
yang tak boleh blah
siap ada aksi yang kita tak tau apa
tapi kita agak Alice main gitar :p
hahahahaha
kita dua orang perhatikan saja dia sambil ketawa².
habis saja lagu
bila Alice tengok mommy dan daddy duduk rapat² hug² kat sofa
mula la dia tak senang duduk.
daddy komplen 'Alice ni cepat jealous la'
:D
manja
macam biasa
Alice selalu manja
nak dilayan main sama².
kalau Alice jatuh atau sakit atau tak selesa
mommy suka hug Alice, tepuk² belakang dia
dan pujuk Alice baik².
mommy nak Alice tahu
bila Alice sakit - mommy faham, mommy ada dan mommy pujuk.
kita nak Alice jadi budak prempuan yang tahan lasak
tapi kita tak marah² Alice kalau Alice nangis.
bila kita pujuk
Alice akan lagi cepat tenang dan lebih kuat
berbanding kalau kita terus kata dengan tegas 'tak ada apa² tu, jangan nangis'
nanti lagi kuat Alice nangis :p
kita nak Alice tahu kalau sakit boleh nangis
tapi sekejap saja
sebab mommy dan daddy jaga Alice baik².
mommy nak Alice membesar dengan kasih sayang
dengan 'I miss you', 'I love you', hug dan 'mmmmmmm maaa!' :)
mommy paling suka
bila tiap² kali mommy jemput Alice di nursery
nampak saja mommy datang
dari jauh lagi
Alice akan cepat² datang hug mommy dengan gembira sekali!
I miss you so much!
:)
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment