terima kasih (buat kesekian kalinya!)
untuk artikel Prof. Dr. Rozieta Shaary
1) Ibu bapa mesti tenang & tak mengamuk sama
2) Tunjukkan kasih sayang & kesabaran dalam memujuk anak
3) Jika anak menjerit²
dengan tegas sebut nama dia sama kuat dengan jeritan dia
tapi bukan dengan nada marah.
setelah dapat perhatian
perlahankan nada dan kata²
4) Ajak anak tarik dan hembus nafas.
Ajak anak ikut beristigfar
5) minta izin untuk peluk anak
6) beritahu bahawa mengamuk bukan cara yang betul untuk minta tolong
7) tanya apa masalah anak.
dengar luahan hati mereka
8) puji anak kerana menerangkan situasi
* ketika anak mengamuk
bukan waktu untuk tunjuk siapa lebih berkuasa
atau kata² siapa yang perlu didengar
* anak yang mengamuk hilang kawalan
perlukan seorang yang lebih bijak
untuk membawanya keluar daripada keadaan kucar kacir emosinya.
anak perlukan kepimpinan ibu bapa dalam situasi ini.
* marah, tengkingan dan jeritan daripada ibu bapa
tak memberi kesan positif pada jangka panjang.
anak mungkin nampak seperti mendengar kata
tapi sebenarnya memendam rasa.
anak tidak akan hormat ibu bapa
bila anak melihat
ibu bapa tidak boleh kawal keadaan dengan bijak
tanpa perlu sakitkan hati anak
* jangan cepat marah.
anak mengamuk ada sebabnya.
bantulah dia (sebab kita lagi bijak daripada anak²)
jangan tambah lagi kesusahan si kecil tu
tambahan: apabila anak merajuk setelah dimarahi
apabila anak buat salah
perlu ditegur dengan efektif.
ada kalanya anak merajuk/menangis.
ayah: tegur
anak: menangis
anak pergi pada ibu
ibu: tenangkan anak, terangkan pada anak kenapa ayah tegur
apabila anak sudah reda
ayah: terangkan apa yang boleh dan apa yang tak boleh
kalau tak diterangkan atau tutup cerita saja
kesimpulan yang anak buat: ayah jahat! :(
semoga layanan yang betul
akan menjadikan anak² kita berkeyakinan, berani dan cepat belajar daripada persekitaran
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment