hari ini hari
loose -loose - loose.
aku keluar dari
nursery dalam keadaan
tension.
Alice menangis kuat² sangat².
pengasuh dia kejap lagi
confirm buat keje hentak² dengan muka masam
(buruh kerja kontrak kalau
tension hentak batu
kalo pengasuh hentak apa?!)
bila tengah berserabut macam² yang difikirkan
semuanya berserabut.
perlu ke nak cari
nursery baru?
nursery sekarang mahal sangat.
luar daripada kemampuan.
catatan
hari Rabu 30 November 2011
(Khamis 1 Disember 2011 aku
MC)
Jumaat 2 Disember 2011
Selasa 6 November 2011
Rabu 7 November 2011
4 hari ni
pampers Alice ditukar sekali saja sehari.
nursery tak cukup kaki tangan.
staff baru berhenti.
aku
suspek tukar lampin 2 kali sehari
sekali waktu mandi pagi
sekali waktu mandi dalam pukul 1
pm.
disebabkan Alice dah mandi kat rumah pagi²
jadi tukar
pampers masa tukar baju tidur saja
... agaknya lah.
tak tahu la sama dengan jadual yang tampal kat dinding ke tidak.
mengadu
aku sebenarnya suka dengan
nursery ni
terutama dari segi lokasi.
aku suka juga pengasuh Alice yang dah berhenti dulu
mungkin sebab orangnya peramah.
malangnya bila dia dah berhenti
ada seorang penjaga beritahu aku
yang
pengasuh lama tu selalu layan Alice kasar²
dan selalu biar Alice menangis.
tak macam pengasuh yang sekarang ni, lebih lembut dan baik
jadi Alice tak menagis dengan dia.
hahhahahahhahahahahhahahahhahahahahhahahahahhahahahahhahaha
aku rasa macam nak tergelak besar bila dengar.
sebab aku tak tahu macam mana sepatutnya aku
react.
?!
... ntah la
bidadari
ada lagi seorang pengasuh yang
heaven-sent
cara dia menjaga
baby memang buat aku tersentuh.
orangnya kecl molek lemah lembut
dia dukung
baby kalau
baby meragam
(ramai
baby sitter aku perasan seboleh²nya tak akan angkat atau dukung
baby)
dan dia orang pertama yang aku nampak cium
baby.
bukan
baby dia.
baby yang dijaga di
nursery.
dia ambil dan dukung Alice
waktu Alice menangis tak mahu duduk di
bouncer
dia kata pada Alice
"
Mommy want to go work"
bawa Alice keluar bilik
tengok benda lain
supaya tak fokus pada aku yang nak ke pejabat.
naik gaji
bersyukur sangat² aku!
sikit hari lagi aku nak tulis surat kepada majikan
supaya
naikkan gaji pengasuh tu.
aku juga nak beritahu majikannya
sekiranya aku buka
nursery, aku akan tawarkan kerja kepada pengasuh tu
dengan pakej gaji & kemudahan yang lebih menarik.
pengasuh yang seorang tu memang aset yang sangat² berharga kepada
nursery tu!
malangnya ...
pengasuh tu bukan 'pengasuh'.
aku rasa dia cikgu tadika yang berpendidikan dan berkelulusan lebih tinggi.
rasanya waktu dia jaga Alice tu
dia cuma 'tolong' saja.
lagi pun wajar la dia boleh beri perhatian
sebab masa tu dia cuma jaga 3
baby kecik.
yang lain² tengah dijaga oleh pengasuh lain
mungkin tengah makan di
hall luar.
what a party pooper!
:(
siapa sangka
budak kecik macam ni punya happy waktu nak keluar rumah
sampai nursery
letak atas bouncer je terus nangis dengan bersungguh²?
-______-
pengasuh yang ada sekarang bukan tak bagus.
siap dapat pujian dari penjaga lain lagi
yang pengasuh ni jaga Alice lebih baik.
tinggal lagi aku sendiri tengok waktu
nursery kurang staff
semua
baby menangis
(1
baby menangis, yang 1 terjaga - tak dapat tidur sebab bising sangat lalu menangis, lama² semua pun menangis sama². juara nangis aku rasa mesti la Alice - kenapa suara dia kuat sangat eh?) :p
dan nak menjaganya cuma seorang pengasuh ni.
dia la nak mandikan
baby
dia la nak siapkan barang²
baby
dia la nak pakaikan baju, sapu minyak, letak bedak
dia la yang nak beri ubat
dia la nak panaskan susu
dia la nak beri minum
dia la nak pujuk
baby nangis
dia la nak sambut budak ni yang nak merangkak keluar dari
bouncer
aku yang ada kat situ pun boleh jadi
tension dengan
baby comel aku.
inikan pulak dia?
siapa nak kerja kosong?!
aku harap cepat la dapat pengasuh baru
jadi
ratio pengasuh kepada baby tu rendah sikit.
terkawal sikit keadaan.
syarat nak jadi pengasuh ikut JKM ialah warga negara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
boleh tak kalau aku nak cadangkan supaya gajikan pekerja sementara?
budak² kolej yang belajar pendidikan pra sekolah atau seumpamanya.
gaji ikut jam.
susah juga budak² muda ni
komitment kurang.
kang time kerja sibuk main
handset.
pas tu dah janji nak datang boleh kansel sebab nak pergi
dating.
... aku serahkan pada
manager sahaja la bab²
management & strategizing ni.
(
manager nursery Alice sangat
chic &
hot, tak tipu!) :D
pandai la dia nak buat kerja dia.
aku doakan semuanya berjalan lancar
demi kebaikan bersama
:)
perubahan
nak salahkan itu ini pun tak patut.
aku tengok Alice sendiri dah berubah.
dah masuk 7 bulan 2 minggu.
tabiat terbaru Alice ialah bangun '
toilet break' sekitar pukul 3 pagi.
lepas tu nak tidur semula punya la payah
dengan aku² sekali tak tidur.
nak dibiarkan saja, habis satu bilik dia
inspect!
(
mental note: minggu ni nak bersihkan bilik!)
jadinya pagi² kita 2 orang liat nak bangun
sampai kena tegur sama
daddy :p
selalu pagi² di
nursery aku tidurkan Alice dalam
bouncer.
sekarang Alice macam fobia pulak.
wakti
feed, aku peluk, tidur macam mengantuk sangat².
lena sungguh.
letak atas
bouncer je terus menangis bersungguh²
tak ada kesian punya nangis.
sampai berpeluh² 1 badan
basah kuyup rambut dan tangan
macam baru lepas mandi.
kalau
miraculously lena atas
bouncer, dengar budak lain nangis, terus Alice terjaga dan nangis sama² (bezanya, Alice nangis lagi kuat!) :p
seperation anxiety?
sakit nak tumbuh gigi?
ya Allah, kuatkanlah semangatku, permudahkanlah urusanku, peliharakanlah anakku.
macam mana?
patut ke aku letak Alice kat
hall pagi² tengok tv?
boss aku kata budak bawah 2 tahun jangan galakkan tengok tv.
aku rasa Alice nak
nap, bukan tak nak
nap
bila dengan aku memang dia nampak ngantuk
cuma dia tak mahu duduk di
bouncer.
macam mana nak buat dia tak nangis sebelum aku keluar pergi kerja
on time?
macam mana nak
win - win - win : aku - Alice - pengasuh macam sebelum ni?
perlu ke tukar
nursery kalau masih tak cukup
staff dan hanya 1
diaper change terus menerus?
... berserabut!
:(
p/s: kadang² bila emosi, kita boleh cakap dan fikir macam².
walau apa pun, aku tak mahu menang dalam perbalahan tapi kalah dalam perhubungan
(
we can be angry, but we can not be rude).
memang senang nak salahkan orang
tapi orang yang lebih 'besar' akan cari jalan untuk selesaikan masalah
bukan jadi sebahagian daripada masalah.
aku sentiasa rasa bila dengan
baby, kita sentiasa tercabar
ada kalanya macam pertandingan
siapa lebih bijak
baby yang selalu (tak dengar kata!) nak buat itu ini sebab nak belajar
atau orang dewasa yang pandai cari jalan menangani setiap perlakuan
baby.
semoga Tuhan sentiasa beri pertolongan, rahmat dan petunjuk macam selalu
dan semoga aku akan jadi lebih bijak selepas melalui episod ini.
amin ...